Friday, September 19, 2014

Gaya hidup baru tanpa dadah..

Firstly, boleh ke?? Hahaha.. Kita ni mana pun susah nak lari kalau bab-bab ubat ni. Memang dah takleh buat apa sebab senang gitu kekdahnya. Anak demam cepat2 bagi ubat. Kang kalo suhu mencanak naik ke ape, satu hal pulak kalo jadik febrile fits ke apa. Luka kang, cuci dengan itu ini pastu sapu ubat luka la apa kan. Sebab all these drugs kan easily be bought over the counter. Kita macam dah terlatih bab tu.
Toksah kata korang, aku pun sama! Kahhhhhh. Kalau nak travel je, muka kami la sampai kat Klinik Segara Ampang nuh, stock up ubat wat bekal. Dari ubat orang tua sampai ke budak, dari ubat demam sampai ke cirit-birit. Mentang-mentang company offer unlimited medical benefit, lupa diri pulak. Hekhek. Kalau dah anak sakit, tak baik dengan GP Clinic, sampai la kami ke specialist. Paed ke, ENT ke, ape2 je lah. Sampai tahap gitu sekali bergantung dengan dadah. Phuiii tak? Hekhek.
Sampai la kawan aku si Mommy of Triplets Plus One (patut plus two!), si Munirah ni introduced aku kat Young Living Essential Oils and a therapist from Singapore named Yonie. Kau nama je apa treatment, hujung dunia pun aku terjah (bergantung pada budget availability).. So aku pun set la appointment dengan Sis Yonie ni.
Since then, aku banyak pakai Young Living Essential Oils ni. Apa dia Essential Oils ni? Bahasa mudahnya, minyak aromaterapi theurapeutic grade (kelas terapi). Kiranya kelas yang baguslah. Mula-mula masa therapist tu suggest kan minyak-minyak yang perlu digunapakai dek Rayyan Ariff, aku macam, "Gila apa mahei kebenor minyaknya!" Mau tak, sebotol kecik 15ml ranging between RM35-RM250++ pun ada, bergantung pada which flavor. Tapi namanya nak berubat. Aku gunalah jugak.
Target untuk Rayyan Ariff adalah untuk betulkan fizikal tubuh, perbaikkan tahap pendengaran, bijakkan kepala otak. So aku pun buatlah dalam aku tatau minyak2 ni berkesan ke tak. Tapi yang pasti, aku dah spent RM1.8k on the oils for a start. RM1.8k tu banyak ok. Dah bleh installment kete2 sebulan tu. Korek2 jugalah duit hat save sket2 sana sini.
Masa aku nak sapu minyak tu, aku memang sebak gila (especially part telinga untuk hearing), aku doa dengan tuhan mintak ada la kebaikan untuk Rayyan Ariff. Aku tahu kuasa kesembuhan tu ada kat tangan Allah SWT, aku cuma mintak biar la minyak tu menjadi asbab sebab ni salah satu usaha aku.
Then, another episod bertambah. Si Rifa Aleesya ni kalau bab-bab sakit, ko janganlah bagi ubat ke dia. Memang tak masuk. Tanak dia, Ko kurung dalam jamban pun tak jalan, ugut nak keluar gi jalan-jalan tinggal dia pun tak jadi, pujuk nak beli mainan pun tak gerak. Memang susah gila. Kami satu rumah ni memang pening la bab-bab ubat ni dengan dia. Ko bayang, kita dah paksa suap tutup hidung bagi dia telan bagi, elok ko lepaskan dia, dia boleh muntahkan balik. Muntahkan ok. Sigh.
So aku pun mula googled pasal Young Living Essential Oils, carik penawar untuk demam, batuk dan selsema. Masa ni baru aku tahu, macamana minyak ni diekstrak dan kenapa dia mahal berbanding dengan minyak aromaterapi lain. Masa ni baru aku tahu yang aromaterapi dan minyak tumbuhan mula digunakan zaman raja-raja Mesir beratus tahu dulu sebagai sumber perubatan dan lain-lain. Amazed. Memang aku hooked up. Aku boleh baca buku Dr Gary Young (pengasas YLEO) tu lama-lama.

Kalau dah gila, mulalah nak macam2 perisa macam2 blend. Yang dalam peket plastik tu pakej untuk demam, batuk, selsema minus hok oren tu untuk hearing. Ni bekal balik kampung masa raya itu hari..
So first aplikasi untuk Rifa Aleesya yang aku paling excited adalah masa dia demam. Badan panas gila, mata dah berair. Aku tatau suhu dia berapa sebab thermometer rosak. Masa tu pukul 7 lebih nak dekat pukul 8 malam. So lepas drama pujuk-memujuk, masuklah PCM kat dalam badan. Hat tu je dapat. Ubat batuk ke selsema ke memang tak dapatlah. Pastu aku sapu Peppermint YLEO kat tapak kaki. Tak lama lepas tu suhu dia turun. Aku biasa-biasa je la sebab dah nama pun telan PCM.

Diffusing thieves untuk purifying the air dan sebagai immune booster jugak.
Lepas tu pukul 230am suhu si Rifa Aleesya naik mencanak lagi. Aku pujuk dia makan ubat tapi dia tanak. Cemana nak paksa dah nama pun pukul 2 setengah pagi? Kang dia meraung habis bergema satu bangunan tuh habis terjaga orang-orang tengah tido. Nak tak nak, aku sapu je Pepermint Young Living Essential Oil kat tapak kaki dia and lap badan dia. Tawakal je la. Tido memang taklah, takut kang tak sedar suhu dia naik. Setengah jam pastu suhu dia turun sampai sudah tak naik-naik dah. Takde demam. Alhamdulillah. Gila tak teruja? Sbb at least aku dah resolved problem susah makan ubat budak ni! Natural ways pulak tu. So since then, macam-macam oil aku beli kat budak-budak ni yang untuk domestic usage punya.
Perubahan pada Rayyan Ariff? Banyak. Balancing improved. Curvation pada tulang belakang dia makin elok. Tidak kalu, obvious gila tulang belakang dia timbul-timbul yang menjadikan badan dia bongkok sket. Yang paling excited, alertness dia improved gila! Makin bijak! Makin banyak ragam. Kelakar ok layan dia.. Siap gelak mengekek-ngekek bergurau dengan dia. Hekhek.

Alhamdulillah interaksi dengan adik memang improved sangat. Dah boleh main sama-sama depa ni. Gaduh memang dah boleh sangat-sangat. Especially part berebut mainan.

Korang tahu pakcik ni tengah buat apa? Cilok alat mekap Kak Senah hoiiiii! Sapu-sapu kat muka bagai. Sentap tau.. Mak nak melawa barang takde!

Tengok budak ni, maknya tinggal getah rambut adik dia kat meja solek, dia ambik n nak cuba pakai. Nampak tak cemana alert nya dia? Pick up things on his own without being told.

Ambik order from kawan-kawan yang interested nak guna selepas tengok perubahan Rayyan Ariff. RC untuk batuk, hidung tersumbat etc & DiGize tu elok untuk sembelit and whatnot

Bila aku bawak je beg YLEO aku, laki aku mesti sound, "Doktor mai dahhh.." Hekhek. Sehingga sekarang, aku banyak ambik order kawan-kawan yang interested nak beli minyak ni. Kumpul order banyak-banyak sebab for purchase of USD150 and above, akan ada shipping and handling discount. Daripada kena charge sampai USD40 untuk shipping, baik share beli.
Untuk sementara ni, Malaysians still kena order from US sebab belum ada Young Living Malaysia. InShaaAllah, Young Living Malaysia will be launched on 11 October 2014.
Selepas puas berfikir, aku ambik keputusan untuk melangkah setapak lagi.. Sempena hari Jumaat yang mulia ini, dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, pertama kalinya aku isytiharkan, I'm a YOUNG LIVING MALAYSIA INDEPENDENT DISTRIBUTOR.. Jangan risau, no agressive selling here sebab aku adalah sangat menyampah dengan agressive seller.
Do ask me anything that you would like to know about the product. InShaaAllah I will assist you. Sama ada untuk personal consumption atau mahu turut menjadi distributor. Email me at freaky_gurlz@yahoo.com or whatsapp at 0172742005 (kalau lambat balas, ya ampunnnn).
Kenapa aku pilih Young Living even aku menyampah dengan MLM? Sebab aku dah tengok kesan buruk yang dadah berikan pada Rayyan Ariff apabila terlalu lama bergantung pada ubat sawan. Kalau aku dapat kesan yang elok melalui Young Living Essential Oils, aku mahu orang lain pun merasa sesuatu yang sama. InShaaAllah.
Kata sharing is sexy. Eh.
Sekian, Assalamualaikum.
P/s - next entry lagi daring. Tungguuuu...

2 comments:

AMIIZAA said...

salam peluk cium dari auntie mieja utk rayyan, auntie doakan rayyan sentiasa dalam lindungannya, amin amin....

Alyyani Anuar said...

tak sabar nak baca entry daring. ini intro yang very the santai. doktor ubat mai dah? ok lah limin. ini aku, sensei dah bukak kedai. hahahah..