Tuesday, July 7, 2015

Kisah Puteri Rifa Aleesya

Tiba-tiba rajin tangan pulak nak menulis. Kali ni tergerak hati aku nak bercerita sikit tentang anak pompuan nan seorang tu, Puteri Rifa Aleesya. Jarang dia ni dapat interframe kat belog ni berbanding abang dia. Iyealah, zaman abang dia dulu mak dia blogger tegar, zaman dia mak dah jadi blogger hambar. Kuangkuangkuang.

Mini-Jiey

Rifa Aleesya ni kiranya secara kasar, memang kategori anak cepat tangkaplah. Bukanlah hebat huhahuha umur 12 tahun dah grad kolej, tapi tahap highly acceptable la.. Umur 3 bulan meniarap, umo 5 bulan merangkak, umo 9 bulan berdiri jatuh and so on so forth. Pemahaman dia pun laju tak padan umur. Ajar mengira 1-10, tiga kali ajar dah ingat betul. Takde silap-silap. Most of the time, apa yang dia belajar dia picked up sendiri daripada TV, Youtube ataupun observation harian dia. So kesimpulannya, aku rasa dia ni macam kita-kita ni lah.. Takde apa2 masalah. Secara amnya, boleh angkat ibu jari and tak perlu fokus mana kat dia.
 
Haa gitu. Panjang lebar mukaddimahnya.
 
Tapi aku acknowledged lah the fact that dia ni kurang bersosial. Yea lah, abang dia bukan bercakap. Dia pun duduk pulak dengan bibik aje most of the time. So aku decided untuk hantar dia sekolah awal, umur 2 tahun 2 bulan dia dah masuk playschool. Masa tu bercakap pun tak berapa nak dengar lagi butir bicara. Tak jelas manalah, penuh dengan pelat. Hekhek.
 
Ada few months dia dok sekolah, dia takmo pergi dah. Mula-mula aku tolerate jugak, lama-lama jenuh aku nak berperang dengan dia. Iyea la, bila dia buat peel, semua orang jadi lambat. Abang dia bila lambat, missed physio kat sekolah. Yang aku pulak, jadi la balik lewat dah masuk lewat kan. Fed up punya pasal, aku stopped kan sekolah dia. Ditambah pulak dengan mak aku yang bebel kata toksah la dok preassure sangat, dia kecik lagi. Heaven la member, kerja tengok Disney Channel dari pagi membawak ek tatau pukul berapa.
 
Bab mengepau menan, memang champion.
 
Then bila dia makin besar, memang sukalah dengar dia menceceh dengan slang omputih celup dia tu. Cakap omputih bukan main lagi. Sokseksoksek bunyinya. Semua ayat ceduk Disney Channel. Kami ni macam typical malay family yang lain, kat rumah converse in Malay aje. Campur2 omputih sket tu adalah. Tapi basic word macam No, Yes, gitu ajelah kan. Tapi aku noticed, si Rifa ni lagi laju response dia bila kita cakap omputih. So aku turutkan ajelah. Dalam seronok melayan borak dengan dia, (mau tak seronok sebab anak yang satu lagi mana ada chance nak borak kan..), aku noticed ada something yang tak kena dengan dia.
 
Dia suka bercerita, cerita Cinderella lah, cerita semut dan dinosour lah, ntah apa-apa lagi. Tapi dalam mulut potpetpotpet dia tu, dia selalu tak jawab balik apa yang aku tanya. Pastu dia pun ada pasivity jugak. Susah nak lepas laku macam budak-budak lain. Kena ambik masa nak warm up. Ramai yang cakap benda ni biasa. Tapi naluri aku rasa cam tak best. Tambah-tambah dia punya keras kepala pun boleh tahan. So, aku heret bawak dia gi jumpa KC Soo, therapist yang adopt Mediated Learning Experience method kat Bandar Utama.
 
So happen, masa sebelum ambik appointment tu, aku dah explained serba sikit pasal Rifa ni kat therapist tu, then jadik betul-betul kat depan mata KC. Rifa tunjuk kat aku, "Momma, look! There's a dog!"
 
Then aku tanya dia balik, "What is the dog doing?" Rifa pandang aku, tak jawab and menonong aje. Aku pandang KC and cakap, "See, this is the kind of concern that I have with her. She didnt want to answer questions most of the time.."
 
KC senyum. "No, it's not that she doesnt want to answer. She couldnt. Try to guide her to answer by giving options."
 
So aku pun buatlah. "Rifa, what is the dog doing? Is he standing?"
Rifa senyum and jawab, "Nope"
"Is he sitting" Aku tanya lagi.
"Yes, the dog sits." Dia jawab dengan happy.
 
KC senyum lagi. Lagilah aku teruja nak ambik sesi dengan KC. Be it budak ni ada language deficiency ke apa, aku nak tau. Aku nak tau strength and weakness dia, study and observation patterns dia, so aku boleh come out dengan cara terbaik untuk pembelajaran dia. Memang aku heart betullah sesi dengan KC ni.
 
So lepas dapat jumpa KC, aku pun mula la buat "homework" yang KC bagi suruh buat kat Rifa. First thing, hantar masuk sekolah biar dia bergaul dengan budak-budak sebaya. Then, kena luangkan lebih masa bercakap dengan dia. Iyealah, asyik dengan TV. TV kan one way communication, banyak benda yang masuk. Kalau kita bercakap dengan manusia kan usually 2-way communication. Benda keluar masuk. Soal menyoal.
 
Kalau borak, penuh ekspresi dia ni..
 
So aku sendiri kurangkan masa on the phone and lebihkan masa dengan dia. Aku on the phone bukan main fesbuk yea, harap maklum. Most of the time berbalas mesej pasal YL. Orang tanya itu ini, memang huge portion of my time kat phone kalau dah berbalas mesej pasal YL. Soklan biasalah, dari satu topik ke banyak topik. Apa, kenapa, macamana, jenuh jugak ambik masa menjawab.
 
Kat office struggling dengan kerja. Jenguk gitu-gitu aje. Balik aje rumah, aku tak pegang phone sampai anak2 tdo. Pay full attention to them. Guraulah, boraklah. Dah anak-anak tido baru aku mula selak phone. Tu pun most of the time, aku pun tertido sekali dengan depa, so memang tak berjawab on the same day lah. Tu yang response time aku slow gila. Bak kata kawan office aku, I yang ageing tunggu u respond. Hekhek.
 
Alhamdulillah sebab si Rifa ni anak tipikal. Tak lama tunggu nak nampak result. Dia dah OK sakan. Pasivity dah kurang sangat-sangat. Siap kat KLCC last week, dia boleh pergi tegur mat saleh tengah shopping, "Hi how are you??" Dulu mana nak dapat. Then dia pun start question, why, how, why not. Alhamdulillah.
 
Seminggu lebih masuk sekolah dah perform masa family day sekolah dia. Nyanyi lagi recycle. Bagus jugak ingatan budak ni.
 
Kiranya, dia sempat pergi assessment sahaja dengan KC. Tak sempat nak ikut therapy. Since dia dah OK pun, KC siap cakap, "No need to bring her. I know she's OK from the way she's behaving." KC dapatlah tengok Rifa sebab dia selalu ikut tiap kali abang dia ada therapy dengan KC. Aku pernah tanya KC, apa jadi if kita tak address isu-isu pada anak-anak tipikal ni once kita noticed it? Kata KC, depend on the child. Sebab depa tipikal kan, sesetengah may outgrow the issues. Sesetengah pulak may lead to bigger issue bila diaorang dah besar nanti.
 
Took instruction pun very well. Wallah.  
 
Untuk korang yang interested nak tahu strengths and weaknesses anak korang and cara mereka menerima pembelajaran. Bolehlah bawak gi assestment sebegini. Seronok sebab rasa kita lebih faham anak kita.
 
Sekian, kisah anak pompuan aku cinta hati, intan payung ketipak ketipung ni. Ingatnya nak tinggalkan korang dengan video anak burung aku ni menceceh. Tapi sampai ke sudah takleh nak upload. Lain kalilah.
 
Ok tu je. Till then.
 
Assalamualaikum!

1 comment:

A.I said...

..besar dah dia. cerdik pulak tu :)