Friday, August 7, 2015

Kereta untuk bergerak daripada point A ke point B??

Betul ke tajuk aku? Ke tak betul? Sekarang ni tak semestinya kan?? Kereta ni dah boleh jadi barang bermegah pun iyea. Hehehe.
 
Dulu kami pakai Proton Perdana, memang laki aku ajelah yang bawak. Aku tak sentuh langsung. Aku kan penakut bawak kereta. Tambah-tambah pulak kereta besar. Kancil aje yang aku berani sebab masa ambik lesen kan pakai kereta kancil. So itu ajelah kereta yang penah aku bawak. Bila ada Rayyan Ariff yang berkeperluan pergi spital everyday/every week dan dengan suami yang busy kerja masa tu, kami belilah Perodua Kancil seketul masa tu. Beli pun second hand aje, ikut kemampuan kami dengan aku yang masa tu tengah ambik unpaid leave. Mula laki aku bising jugak kata rugi tambah komitmen, sebab Perdana tu dia tak pakai on daily basis pun, elok la aku yang bawak. Laki aku ni gi kerja pesen naik motor aje. Pegi mana-mana pun memang dengan motor aje dia ni, malas nak hadap traffic jam kata dia.
 
Aku ni pulak memang kaki kereta. So Kancil aku tu sempat la aku make up itu ini. Then tahun 2011, bila nak beranakkan si Rifa Aleesya, konon bertambah ahli keluarga, nak la pikir nak MPV pulak. Ikut kemampuan jugak, survey antara Nissan Grand Livina, Toyota Wish, Cherry Eastar dan Toyota Innova. Last-last ambik Livina and jual Perdana. Bila aku lepas beranakkan si Rifa Aleesya, dengan operate nya, bila aku dah nak start kerja, mak aku tak bagi drive Kancil lagi sebab takde power steering and manual plak tu. Aku kan masa tu ada problem sket dengan luka tempat czer tu. Elok dah 60 hari, dah masuk kerja pun still tak OK. Tu yang mak aku suh belajar bawak Livina. Panjang  pun panjanglah kata dia, yang penting smooth dan memudahkan. Aku pun gigih la belajar bawak.
 
Sungguh bagai di kata, kalau dah belajar bawak kete besar takmo dah kat kete kecik. Since then dah naik lemak, tanak dah bawak Kancil. Nak bawak kereta auto aje. So Kancil tu tersadai la jugak sebab weekend pun memang tak bawak. Nama nak keluar weekend dengan family mesti la nak bawak kereta yang luas sket. Naik ramai-ramai. Kancil tu jadinya, satu beban pulak nak panaskan enjin pepagi. Nak jual sayang katanya.
 
Lepas aku dah terror bawak kete selain Kancil, mata aku mulalah galak tengok kereta tu kereta ni. Simpan angan nak beli kereta tu la kereta ni la. Sekejap nak Toyota Rush, sekejap nak Suzuki Sx4. Macamkan duit banyak. Padahal sebelum tu, kawan aku siap bahankan lagi sebab penakut, “Nanti kalau naik Manager ke Senior Manager ke, bawak Kancil jugak la kan??” Pastu dengan kereknya aku jawab, Ish kalau jadi General Manager sekali pun bawak Kancil jugak. Tapi jaguhlah, beli 5 bijik lain-lain kaler pastu rotate bawak yang berlainan setiap working days. Boleh? Lahar tak?
 
Came 2014, bila laki aku dah mula kerja sendiri and take over ambik hantar anak sekolah serta bawak gi therapy, perlulah 2 kereta. Mula-mula aku mengalah bawak Kancil gi kerja sebab nak anak-anak selesa especially bab berjalan jauh. Iyea la, Ampang ke Alam Impian jauh jugak. Pergi balik dah 80km. Sama jugak Ampang ke Kelana Jaya. Dua tiga kali plak tu kan dalam seminggu. Tapi sua suwei kemoning betullah. Si Kancil ni asyik la buat hal. Rosak sana sini even dah tukar enjin seketul.
 
Masa tu pulak Honda City 6th Gen baru keluar. Aishhh kecur sungguh air liur aku. Tapi still tak jugak kami decide nak beli secara drastiknya. Iyea la, nak keluar down payment, nak commit monthly benda baru bertahun-tahun. Ish banyak nak kena pikir. Masih bertahan la kami dengan Kancil tu. Aku kena 2 kali dia buat hal tepi jalan, sekali kat Bangi, sekali kat Bukit Damansara lagi 5min nak sampai office. Dah la pakai cantik-cantik sebab ada course. Since then, aku tak berani bawak dah Kancil tu. Merecik dok tepi jalan weii.
 
Pastu laki aku pulak yang bawak kereta tu then aku bawak Livina balik. Iyea la, kalau rosak ke apa dia tau mana nak godek. Dapat kat aku memang aku tau tahan teksi n tinggal kereta tepi jalan aje la.. Tapi still la aku tak sedap hati every time terpikirkan anak-anak aku dok dalam kereta tu, pergi ke hulu ke hilir. Ada sekali tu balik daripada Alam Impian, hujan lebat kata bibik. Air hujan masuk dalam kereta weh! Maybe getah kat tepi tu dah kena tukar ke apa. Malas nak pikir banyak, duit dah habis banyak ke membaiki, asyik dok pikir sayang, baik ambik aje kete baru dah tu bayar bulan-bulan. Takyah pening nak membaiki.
 
So hari yang sama Kancil tu rosak tepi jalan masa aku bawak, ptg tu jugak aku ajak laki aku pergi showroom Honda. Terus placed booking. So happy la aku bersama kereta baru idaman kalbu. Rasa muda 5 tahun even mula-mula tu pening jugak nak pikir ambik Jazz ke City. Hati aku berat ke Jazz sebab nak enjoy bawak compact car. Tapi sebab dah target nanti nak tukar Livina nak Toyota Estima kononnya, jadi aku amik aje la Honda City. Kan Estima kete rekon, jadi katanya kena la standby kete sedan satu kalau tiba-tiba nanti kete rekon buat hal ke apa time2 tgh siap nak balik kampung ke kan.. Boleh gitu tahap pemikirannya? Marah la Munirah Hanim baca ni.
 
Tapi nak ambik City tu pun banyak kali jugak aku pikir. Pikir antara keperluan dengan kehendak. Sebab pikir balik, if setakat nak ulang alik pergi kerja, MyVi atau Saga FLX pun dah cukup bagus dah haa.. Main thing kan nak bergerak aje. Tapi mak aku punya la saiko bukan main. Awak tu karang nanti menyesal, benda nak pakai bertahun-tahun. Pastu komplen sibuk nak tukar. Hahaha. Mak khennn.. Sangat memahami. So beli aje la ikut kehendak hati. Takut kempunan.
 
Nampak muda tak main letak-letak Bodykit Mugen? Hahaha. Laki aku tak banyak bising janji tak kacau duit dia. Bulan depan dah nak kena renew roadtax setahun dah haa.. Sadis.
 
Ok habis satu bab. Then si Livina pulak ok aje takde apa-apa masalah. Tapi mengenangkan pertambahan ahli keluarga (mak aku la tu, lepas bapak aku meninggal dia kan dok dengan kami most of the time), so kami decided nak ambik Serena Hybrid pulak. Masa tu timbangtara yang dibuat adalah antara Serena, Estima dan Starex. Nak bigger car bukan apa, balik kampung jauh-jauh senang, dua-dua anak nak baring pun takde hal even ada 4 adults and penuh dengan barang-barang. Kiranya space wise, memang kena cari yang berbaloilah. Then tengok yang fuel consumption OK pun harus jugak memandangkan harga minyak semedang naik. So setuju la dengan Serena Hybrid.
 
Panjang tak intro aku? So apa kisahnya?
 
Kisahnya gini, sebelum nak beli both cars, aku ada joined dua group kereta kat FB ni. Satu owners’ club Serena Hybrid and satu lagi Honda City 6th Generation la. Dua-dua aku joined before nak beli both kereta. Join group ajelah. Satu tu tak register pun.. Kononnya sekiranya ada, nak review la apa permasalahan yang masing-masing hadapi sebelum buat decision nak beli tu. Then lagi satu, bila dah own the cars, ada apa2 masalah senang nak tanya. Nak apa-apa spare parts pun tanya aje kat group. Senang kan?
 
Tapi few days back, kat group Serena ni ada la yang post komplen pasal Honda City 6th Gen. Komplen n kutuk ni ada very fine line. Bergantung la pada cemana korang nak nilai n ambik, kan? Dia ni komplen yang Honda City mak dia banyak problem, berbunyi situ sana sini. Sebelum tu dia pakai Nissan Almera dan puji melangit Nissan Almera nak compare dengan Honda City. Tapi cara dia lebih kepada aku tengok, nak compare Nissan vs Honda, bukan setakat isu Almera Vs City. Aku yang tak biasa nak join-join komen ni pun (selalunya baca aje), dropped lah komen lebih kurang yang kata Honda City aku OK aje n aku takde apa-apa komplen even sebelum tu aku pun drive Nissan jugak. 1.8cc Nissan downgrade ke 1.5cc Honda.
 
Pastu dia balas komen dengan being sarkastik. Aku mula-mula ignore aje, dah tu dtg pulak kawan dia bagi komen provoke kata, janganlah ejek aku, 1.8cc bagus apa. Save petrol nak compare dengan Serena 2.0 kita. Adehhhh. Apekahh?
 
Aku takde la bengang mana, cuma obvious la yang depa ni tak paham maksud aku sampai nak ejek-ejek balik. So, aku rectified lah. Apa yang aku nak cakap is, beli kereta ni kadang-kadang nasib. Kete ko berbunyi, kete aku tak. Kete aku senget, kete ko straight elok. Ko bawak Nissan 1.5 tukar ke Honda 1.5 ko komplen. Whereas aku pulak dari bawak Nissan 1.8 tukar ke Honda 1.5 ok aje. Happy lagi haa. Takde komplen-komplen. In between aku bawak Honda tu, aku bawak jugak Nissan 1.8 gilir-gilir kadang-kadang. Saja tukar angin. Takde pulak aku rasa Honda 1.5 tu underpowered ke apa. Best aje. So tu lah maksud aku, beli kereta ni nasib. Aku highlight sekali sama jugak macam Serena Hybrid yg depa nak bangga-banggakan tu (part bangga takde la aku sebut, kang kurang asam plak), ada yang elok, tapi ramai yang problem jgk kan? Dah tu aku tambah lagi, Livina punya fuel consumption is higher than Serena Hybrid even cc dia lagi rendah pun, pada aku.. Hehehe..
 
Masa tu aku terpikir la, alahai.. Serena 2.0 je kot. Takyah la nak up sangat. Sekarang ni BMW pun orang dah tak heran sebab berlambak dah kat atas jalan. Vellfire pun dah banyak. Nak lagi best, ada yang sanggup bersesak bab makan pakai janji bawak kereta grand. Spesies kereta gah bukan main, hujung-hujung nak makan pun payah kan berlambak aje sekarang. Tapi kalau Porshe 918 Spider ke lainlah cerita. Lagi syok Ferrari Berlinetta ke apa.. Itu baru mewah di pandangan mata aku. Hahaha. Memang mampu pandang aje lah bagi aku yang rakyat marhaen aje ni. Kot dapat duit derma bleh jugak aku nak up ehh. Hekhek.
 
Itu aje la ceritanya yang mukaddimah panjang-panjang ni.
 
Cuma aku doa, biar la tuhan pelihara hati aku bab-bab kereta ni. Aku ni bukan boleh. Napesu. Napesu. Keluar HRV hari tu aku dah gi tanya dah. Nasib baik waiting time sampai 5 bulan, terus turned off. Dah tu, tengok pulak BMW X6 abam Raden Amzar bawak, dah ada hati kira loan eligibility bagai. Tolak dua-dua kete, angkat Axia seketul di sambing X6. Boleh?? Muahahhaa. Melayu, melayu. Dear hati dan otak, bergabunglah. Beli property lagi bagus daripada kereta. Ingat tu. Ko bukan nak tido dalam kereta kan? *Dush*Dush*
 
Kira fair la aku main make up kete, aku pakai henbeg cikai je kot. Dah tu make up sdr pun pakai Silky Girl aje.
 
Next wish list, nak tukar kasut Cik Siti. Nak pasang complete bodykit Cik Rina. Tahun bila wallahualam. Tengok tabung gajah dah penuh ke belum. Harharharunnn..

2 comments:

Alyyani Anuar said...

gile. kau join group kereta ke limin? gile!

nellyberry said...

Kereta bagi aku memang untuk memudahkan kita bergerak terutamanya nak g kerja.
Tapi ko memang hebat la pasal kereta weh. Siap boleh buat perbandingan bagai.
Aku ni bawak la kereta apa pun, tak tau apa nak beza. Paling tak nampak yang ni cantik design.

Minat org lain-lain, ada orang sanggup ikat perut asal bole beli handbeg mahal. Ada orang berjimat untuk bole pergi melancong. Aku lagi suka mewah bab makan. Hehehe