Hari ini saya belajar tentang chemical pregnancy melalui pengalaman seorang teman.
.
Apa itu chemical pregnancy? Saya tidak tahu istilahnya di dalam bahasa melayu.. Namun melalui pembacaan ringkas, secara amnya, ianya satu keadaan yang mana, berlaku kehamilan yang seterusnya diikuti oleh keguguran pada tempoh kehamilan yang sangat-sangat awal.
.
Kehamilan ini dapat dikesan secara biasa melalui ujian kehamilan melalui air kencing ataupun sampel darah. Namun kebiasaannya, bagi UPT, garisannya agak kabur.. Dan sebelum kehamilan ini dapat dikesan melalui ujian imbasan kehamilan, keguguran sudah pun berlaku..
.
Keguguran mungkin berlaku melalui kedatangan haid yang mana ada waktunya, tuan punya badan tidak sedar pun dia sudah hamil dan beranggapan period nya hanya lewat beberapa hari.
.
Sebagai contoh, A sepatutnya didatangi haid pada 1.10.2011 dan haidnya masih belum tiba. Lantas pada 3.10.2011 dia melakukan UPT dan hasilnya adalah positif. Pada 4.10.2011, sekali lagi ujian dilakukan dan hasilnya tetap positif namun semakin pudar. Tetapi apabila ujian imbasan kehamilan dilakukan selepas selang beberapa hari dalam tempoh yang tidak berjauhan daripada tarikh UPT dilakukan, tiada apa-apa yang kelihatan dan setelah itu, darah haid datang seperti biasa.
.
Kenapa tiada janin yang kelihatan dan haid datang seperti biasa? Kerana keguguran telah berlaku. Lagi pula, kebanyakan alat UPT sekarang, banyak yang sangat sensitif dan membolehkan bacaan diambil sebelum haid sepatutnya due. Ada juga mereka yang langsung tidak sedar bahawa mereka melalui chemical pregnancy kerana setelah haid lewat untuk 3/4 hari, ianya datang seperti biasa..
.
Punca keguguran? Tidak dapat dipastikan namun ianya mungkin disebabkan oleh abnormaliti pada janin.
.





