Thursday, October 13, 2011

Ilmu tentang kehamilan yang saya dapat untuk hari ini..

Hari ini saya belajar tentang chemical pregnancy melalui pengalaman seorang teman.
.
Apa itu chemical pregnancy? Saya tidak tahu istilahnya di dalam bahasa melayu.. Namun melalui pembacaan ringkas, secara amnya, ianya satu keadaan yang mana, berlaku kehamilan yang seterusnya diikuti oleh keguguran pada tempoh kehamilan yang sangat-sangat awal.
.
Kehamilan ini dapat dikesan secara biasa melalui ujian kehamilan melalui air kencing ataupun sampel darah. Namun kebiasaannya, bagi UPT, garisannya agak kabur.. Dan sebelum kehamilan ini dapat dikesan melalui ujian imbasan kehamilan, keguguran sudah pun berlaku..
.
Keguguran mungkin berlaku melalui kedatangan haid yang mana ada waktunya, tuan punya badan tidak sedar pun dia sudah hamil dan beranggapan period nya hanya lewat beberapa hari.
.
Sebagai contoh, A sepatutnya didatangi haid pada 1.10.2011 dan haidnya masih belum tiba. Lantas pada 3.10.2011 dia melakukan UPT dan hasilnya adalah positif. Pada 4.10.2011, sekali lagi ujian dilakukan dan hasilnya tetap positif namun semakin pudar. Tetapi apabila ujian imbasan kehamilan dilakukan selepas selang beberapa hari dalam tempoh yang tidak berjauhan daripada tarikh UPT dilakukan, tiada apa-apa yang kelihatan dan setelah itu, darah haid datang seperti biasa.
.
Kenapa tiada janin yang kelihatan dan haid datang seperti biasa? Kerana keguguran telah berlaku. Lagi pula, kebanyakan alat UPT sekarang, banyak yang sangat sensitif dan membolehkan bacaan diambil sebelum haid sepatutnya due. Ada juga mereka yang langsung tidak sedar bahawa mereka melalui chemical pregnancy kerana setelah haid lewat untuk 3/4 hari, ianya datang seperti biasa..
.
Punca keguguran? Tidak dapat dipastikan namun ianya mungkin disebabkan oleh abnormaliti pada janin.
.
Untuk teman itu, saya tahu kamu kuat.. InsyaAllah, akan ada rezeki lagi buat kamu.. Aminnnnn.. *Sayang kamu sampai mati*
.
*Entri ini adalah berdasarkan pengalaman teman tersebut. Untuk lebih kepastian, sila google..

Wednesday, October 12, 2011

Babymoon @ Cherating.. :-)

Ini cerita sebelum warded.. :-)
Sempat berbabymoon eh?? Heheheh..
.
Tempat kejadian? Impiana Resort Cherating..
Just a short getaway.. Dah lama nak pergi, asyik tak menjadi..
So tutup mata, pergi je la.. :-)
Dalam sarat-sarat tu ko!
=P
.
Pakcik dua orang neh posing dulu.. :-)
.
Masa ni dok cari menu nak order in room dining, skali tgk choices, ala-ala so-so ajer..
.
Taktau la Ayah Ian ni layan citer ape..
.
Dua beranak ni jer yang posing kan? Yea la, dah mama jadi photographer.. Next time kena ajak Ayah Chik Ian.. Harus banyak gambar mama.. :-)
.
The view from our room.. Nice right??
.
Budak ni mmg tanak jalan sendiri.. Asyik nak berdukung jer..
.
Keluar pekena tomyam @ Pak Su Seafood.. :-)
.
Ian just makan fries jer sebab sebelum turun ni, dia dah makan.. :-)
.
Kan betul, En.Limin ni memang hantu tomyam.. :-)
.
And this was the next day.. Buffet breakfast.. Pakcik kecik ni makan tak menahan.. Dari porridge ke cereal, turun plak ke pancake, fruits and other stuffs.. Yang tak menahan tu, asyik mintak minum jer..
.
View kat Impiana ni memang best.. Tenang jer.. :-)
.
Tuan besar dah mandi, tuan kecik je belum.. :-)
.
Kan betul dia nak berdukung jer.. Lutut ayah dah la tak berapa nak centre lagi..
.
Huk alohhh.. Buruk narr muka mama tak mandi eh.. Ian tak mandi pun muka bersih jer.. Gitu la bestnya jadi budak kecik!
.
@34 weeks.. Perut dgn bontot sama menaik.. Pelik nar!! Hahhaha
.
Balik daripada beach, layan tido kejap, pastu bagi tuan kecik ni main air.. Suka la dia.. :-)
.
Takde budak yang tak suka main air eh??? Semua pun excited jer..
.
Balik tu singgah for late lunch kat kenny rogers..
.
Tuan kecik kita ni suka sangat dengan macaroni & cheese KR.. Ada sesape tau resepi dia tak?? Nk buat kat rumah la..
.
That's about it.. Very short vacation kan?? =P
Takpe la.. Most importantly, we had great fun there..

Tuesday, October 11, 2011

29 and blessed!!

Its 11-10-11 and it's my birthday!!
.
Source: google image
My life is complete with lots of good things and I cant be more thankful for that.. I'm truly blessed! :-)
Alhamdulillah..
Syukur Ya Allah..
:-)

Monday, October 10, 2011

"Senang hati ayah bila tengok Ian sehat.."

Sepotong ayat yang pendek.. Tapi membawa erti kasih sayang yang menggunung tinggi.. :-)
.
 Tidur di katil sendiri adalah super heaven.. :-)
.
Dia dah start 'mengemas'.. Siyan bibik berulang kali kena susun balik barang2 yang dia tabur.. :P
.
It feels good to have our routine back.. :-)

Thursday, October 6, 2011

Reasons for a mother to keep on smiling..

Firstly, Rayyan Ariff's blood platelet has increased to 107 and he has no fever so far!! Alhamdulillah..
.
Secondly, I got to meet Adik RA again today!!
.
Yes, I have to admit that the nose and lips are mine!! Hahahha.. *Idung jambu bibir sexy ko..*
Seriously, cant wait to see Rayyan Ariff this afternoon and definitely cant wait to meet our little princess too.. Hopefully, soon! :-)

Wednesday, October 5, 2011

Akan ada hari untuk dia kembali gagah berdiri.. InsyaAllah

Ramai yang pernah kena denggi told me that, denggi ni sakit yang sangat menyakitkan.. So saya buat kesimpulan, Rayyan Ariff pun mesti ada rasa sakit dan bisa-bisa badan jugak.. Dah la budak kecik.. Hmm..
.
Hari Ahad, platelet darah 93.. Hari Isnin, turun ke 82.. Hari Selasa naik sket, 84.. Hari ni naik sket lagi jadi 87.. Kata Dr, naik sket sgt so kita consider static jer.. Takpe la, janji tak makin jatuh.. This morning, saya dikejutkan dari tidur dengan bunyi nafas Rayyan Ariff yang bagaikan ditemani seribu kepayahan.. Bila diberi makan, tercekik-cekik jadinya walau sekadar kek sponge yang sangat lembut..
.
Peristiwa dua hari lalu berulang.. Lalu saya minta jururawat mengambil bacaan suhu badan Rayyan Ariff.. Normal dan tiada demam.. Namun jelas terlihat Rayyan Ariff kepenatan dan sangat tidak selesa.. Makan juga tidak bisa kerana asyik tercekik-cekik.. Hanya susu, milo dan air roselle sahaja saya berikan, silih berganti..
.
2 jam berikutnya, jururawat datang lagi untuk mengambil suhu badan.. Nahh.. 39.1!! Sudah saya rasakan anak ini demam lagi.. Kalau tidak, takkanlah perkara 2 hari lalu berulang.. Sukar untuk bernafas, sukar untuk makan, kepenatan, kesejukan dan nampak sangat tidak selesa. Setelah diberikan PCM dan membasahkan kepalanya, anak kecil itu kembali terlena..
 .
 Walau Rayyan Ariff diuji lagi, InsyaAllah, mama yakin kamu akan kembali berdiri dan meneroka..
.
Kembali bermain air seperti seringnya.. :-)

Kembali 'mengemas' baju nenek di dalam almari.. :-)

Untuk seketika waktu ini, cukup dengan gelak tawa dan senyuman kamu.. Kerna mama yakin kamu akan kembali OK.. :-)
 .
Sup ketam masih menjadi menu harian.. Air 100 plus ditolak mentah-mentah oleh anak ini.. Hanya air roselle dan jus kurma.. Sesekali berselang air milo dan air penawar yang atuk buatkan..
.
Terima kasih di atas setiap kiriman doa dan kunjungan yang diberikan..
.
 Tetamu kecil yang asyik ketawa mengekek, Yasmin Nabilah
.
Terima kasih yang tak terhingga.. :-)