Entry from my old blog
Dia..
Cukup menyayangi diriku..
Saban waktu tiada jemu melagukan kata cinta..
Walaupun irama syair kasih syg yang dia dendangkan tidak semerdu buluh perindu,
Tapi ia cukup membuktikan dia menyintai diriku..
Dia..
Walau seburuk mn diriku..
Ada teguran berbentuk nasihat tp tiada kemarahan..
Kekurangan yang terzahir bukanlah satu alasan utk kurang menyayangi..
Kelemahan yang terlihat bukanlah satu alasan untuk berpaling..
Dia cuba dengan segala yang dia ada untuk terus menyintai..
Dia..
Dari dulu hingga kini masih begitu..
Hatiku menangis dan terharu melihat dirinya..
Tiada titisan yang bertandang di pipi kerana aku masih keras dan ego..
Tiada kata yang kulafaz kerana aku tidak mampu memberi cinta yang sebegitu..
Kerana aku bukan seperti dirinya dan cintanya..
Dia..
Tahu tentang hatiku..
Faham akan kerenahku..
Tapi masih sanggup melayari bahtera cinta bersama diriku..
Dia cuba menambah dan terus menyemai rasa cinta di dalam hatiku..
Aku tidak tahu sama ada dia berjaya atau tidak..
Tapi ada sedikit rasa terharu di sanubariku..
Dia..
Bukanlah manusia yang sempurna dari segala segi..
Bukanlah yang terbaik di dunia ini..
Bukanlah yang tiada kekurangan..
Bukanlah yang maksum..
Dan masih tidak dapat lari dari melakukan kesilapan..
Namun dia tidak pernah berhenti dari mencuba..
Mencuba untuk memberi yang terbaik..
Hati..
Belajarlah untuk menyintai hanya dirinya..
Belajarlah untuk menjadi seorang yang lebih baik
Belajarlah untuk menerima segala seadanya..
Belajarlah untuk memberi dan menerima..
Hati..
Mampukah aku? Sanggupkah aku?
Tatkala mendung tiba, aku ingin lari..
Lari jauh darinya.. lari dari segala yang berlegar disekitarnya..
Betapa jahatnya hati..
Kerana akal tidak lagi mengusai..
Kerana cinta tidak lagi mampu mengungguli..
Hati..
Tiadakah rasa simpati padanya..
Dia tidak bersalah..
Dia juga tidak mahu ini semua berlaku..
Dia masih lagi kuat bertahan..
Masih membuktikan akulah segalanya bagi dirinya..
Di saat aku mula berhenti melangkah..
Dia masih terus berjalan..
Tapi kenapa aku begitu rapuh??
Hati..
Tolonglah aku..
Bantulah aku..
Aku terasa mahu lari..
Tp aku tidak mampu..
Hati..
Kuatkanlah diriku..
Seteguh cintanya..
Sesungguhnya aku menyintai dirinya..
Jgn ditanya peratusannya,
Kerana walau tiada ungkapan, hanya dirinya di hati..
Mendung hitam.. berlalulah..
Biarkan kami terus dengan bahagia..

Kehebatan Cinta
F:Hatiku masih seperti dulu
Tidak pernah pun berubah cintanya
Adakah engkau masih sepertiku
Yang setia selamanya
J:Hatiku masih merinduimu
Biarpun kau jauh dariku
Selagi rindu mengusik kalbu
Cintaku masih padamu
F:Tahukah engkau betapa hebat cintaku
Tanpamu disisi aku keresahan
J:Tahukah engkau betapa hebat kasihku
Tanpa mu disisi aku kerinduan
F&J:Biarpun ombak merubah pantai
Kasihku tak akan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Kau tetap ku nanti
~98 days to go~
No comments:
Post a Comment