Tuesday, March 25, 2008

Permata Hati

Entry from my old blog
Inilah "Kegembiraan" yang kami nanti-nantikan..

Kami sememangnya agak konservatif.. Kata orang tua-tua, jangan terlampau excited.. Berpegang pada kata-kata ini, kami tidak memaklumkan pada dunia tentang kehadiran permata hati ini.. Kami tidak mahu dunia tahu sebelum tiba masanya.. Hanya teman-teman yang rapat dan mereka-mereka yang melihat sahaja yang tahu.. Sehingga menyebabkan ada yang marah dan mengatakan kami tidak mahu berkongsi kegembiraan..

Bukan ini niat kami, sekadar merasakan ia terlalu awal.. Tunggulah sehingga detik kelahiran, bukankah ianya lebih manis..

Setelah ramai yang tahu (berita seperti ini memang mudah tersebar dari mulut ke mulut..), barulah saya membuat pengumuman.. (Ajah, bukey ko mum sore aku x oyak, blako2 aku x oyak.. Kalu ado hok tanyo baru aku ngaku.. Ampun Jah.. Tanyo Mc Jue kalu x cayo..)

Sebenarnya, kami sudah mendapat berita gembira ini sejak entry "Bila nak dapat baby??" ditulis lagi.. Tapi kami memutuskan untuk tidak berkongsi kerana tidak mahu dikata "over" dan terlebih-lebih..

Tapi kini saya lari dari prinsip saya sendiri.. Demi menghargai tiap2 detik yang ada bersamanya, saya memutuskan untuk memperkenalkan dia terlebih dahulu.. Bukan niat untuk membesar-besarkan cerita, tapi kerana saya punya alasan tersendiri..

Rayyan Ariff.. Nama ini miliknya.. Nama ini yang saya simpan sedari zaman universiti.. Nasib baik hubby hanya mengikut.. Rayyan adalah pintu syurga, dan Ariff kerana saya mahu dia jadi anak yang bijaksana..


Wajah Rayyan yang kami lihat lebih jelas dari gambar ini.. Tapi hanya ini yang kami ada (pada waktu ini).. Yang menegak itu tangan Rayyan.. Rambut dia agak lebat (rambut ayah kot).. Mata dia masih belum terbuka, yang terbuka hanya mulutnya.. (mungkin Rayyan sedang berkata-kata, byk cakap macam mama!).. Kalau lihat pada hidungnya, Rayyan mengambil hidung saya.. (Tapi masih awal, mungkin nanti boleh mancung macam ayah.. )

Sekian..
:-)

P/S - Aunty B, mama Rayyan sudah tunaikan janji.. Inilah Rayyan Ariff!!

5 comments:

Anonymous said...

oi2, apsl nama anak ko R nih? ko kene la amik pangkal nama besempena nama hubby ko dgn nama ko. kurang la nama R yg sedap yang tinggal. hhehehe… clear nye baby ko jiey.

Jiey^Mien said...

Ini 3D la aly.. Tu yang clear tu.. Bengkok company aku bayar bil.. Hehehehe.. Ms aku pilih nama tu, mn aku tau nk kawin dengan Alimin.. Tu yang maintain Ariff kat blkg tu coz bapak dia yg nak.. Kalo ikut aku nk tuka Zafran.. Rayyan Zafran.. Tak ke lagi jantan bunyinya tuh?

Anonymous said...

hi jie,letok la namo Tuan depe tu kalu nok ado keturunan namo tok laki gaks..hehehe..Tuan Rayyan Ariff..aloh..panjenyo..

Jiey^Mien said...

Oloh ni, hok tu wajib dh.. aku x brehi Tuan, aku try dh negotiate Megat ko, Putera ko, Alimin xsey.. Memey akey jd Tuan jgk la..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.