Friday, December 28, 2012

Bulan 12 dah nak habis, 2013 is coming!!!

Subhanallah, cepat betul masa berlalu.. Macam baru je lagi berperang hantar anak pagi-pagi buta gi school awal  tahun hari tu, dah nak masuk tahun baru.. Cukup seminggu tak update blog, meh kita cover seminggu punya cerita.

Alhamdulillah, last week rezeki bonus masuk. 7yrs++ ago, when I got the offer to work with my current employer, berat hati nak terima. In fact, if it is not for my parents, tak datang kot.. I was with one stable investment bank before, so the thought of going to work with a government agency was a big no-no for me. Masa tu fikir, dah ada word government tu kot, tak merasa la nak dapat bonus bulan-bulan gj, let alone nak fikir sampai 6,7, 8, 9 bulan. Tak mungkin kot - my thinking back then. Rupanya I was so wrong.  

Alhamdulillah, so far, everything is still good even though it has been 7 years since I joined the Commission. Gila bangga. Once-a-job-hopper boleh stay selama ini. Tapi to be honest, I was not that loyal because I did tender my resignation in 2007 to join the investment bank back after their quite good offer.

Luckily I retracted my resignation and decided to stay on after some discussion with my current boss. And Rayyan Ariff came in 2008 with lots of medical issues, and here, I have the Commission to thank to, for the unlimited medical coverage although there are certain part that we still have to fork out our own money. So, how do I repay the Commission? Kerja, kerja, kerjalah. ;-)

Ok, malamnya bonus n gaji masuk, esok terus gi BBW Book Sale. Punyalah excited. Heheheh.. Gelojoh.  

Bukan main, terus IG gambar. Bukti pergi ni.. Heheheh

Some of the books. Gila murah Okayyy.. Tony Parsons' tu baru RM5.. Confessions of a shopaholic tu baru RM8. Chicken Soup's collections are selling at RM10. *Pengsan*

I'm currently reading this. Masa kali pertama pegang buku ni, bergenang air mata. Taktau nape, emosi tu tak stabil agaknya.. Reading through some of others' experience, really touched me deeply. Maklumlah, sekapal.

Hari Sabtu, balik je BBW, singgah Mines beli mainan for the kids and pergi Celcom Blue Cube. Tukar from Maxis to Celcom. Entahlah, tatau beza apa. Hopefully nanti bila bil datang, can see the difference la.. Hikkk. Hari Ahad was a house hunting day. Unsettled issue ni. Hopefully by 2013 we can tackle this one and feel more settled on the inside. Hari Ahad ni jugak gi Summit sebab nak beli tab murah-murah untuk Rifa Aleesya. 

Tiap kali nak pergi berjalan, memang excited habislah anak-anak. Hat kecik ni siap terjerit-jerit. Teruja sungguh.

Hari Isnin 24 Dec tu, purposely ambik cuti. Sementelah bibik cuti, so amiklah kesempatan nak spent time with the kids. Lagipun ada a few things need to be settled at the Immigration Dept and Registration Dept. Hal bibik, hal pasport and hal surat beranak Rayyan Ariff.

Hadoiii, outing with the 2 kids memang mencabar minda dan jiwa. Tahap kesabaran kena tinggi weh.. Kalau tak, memang ada yang masuk TV sebab kena titik. Sorang tarik gelang orang sebelah, sorang cabut notis kat kaunter, sorang tarik kasut orang, sorang nangis nak main henpon. Punyalah tak tahu nak bawak bertenang budak-budak ni.

So, saya salute la orang yang boleh handle anak-anak dengan tenang bila keluar. Nak menitik air mata okehhh..

Anak manja Ayah.. Bangun jer, nangis.. Ay-yahh.. Ay-yahh.. Ay-yahhhhh.. Tapi nak tido cari mama jugak.. *KofKofKof*

Since susah nak handle the kids without a third person's help, memang takde gi mana la lepas tu.. At home, and enjoy the kids to the fullest. Memang seronok and more relaxing. Kat rumah mainan sebeban, so diorang pun takde la nak mengaruk tak tentu hala. 

This is the reason why we got a tab for Rifa Aleesya. Kesian member nak tengok Pocoyo, Mickey Mouse Clubhouse and Banana in Pyjamas. Bila Abang dah pegang remote, memang takde chance la kan..

Actually, this is the exact same reason why kitorang dah lama tak tengok TV program. Sebab dia yang kontrol TV kat rumah. Yes, we can do something to stop him from doing so tapi we chose not to. Sebab kalau dia takde something that can distract him, tantrums dia akan keluar. Buat adik, ketuk TV, masuk mengaruk dalam bilik air, tarik wayar itu ini, macam-macam lagi. Reasoning still is not something that he can digest.

Tu, dia tgh tengok K-Pop raya tu.. Something that he recorded on his own. Ulang-ulang tengok sambil joget K-Pop anak mokcik wehhhhh!!

Foto yang nampak tenang ehh??

Siblings rivalry. This is the phase where Rifa Aleesya is at the moment. Ni dia tengah dok main elok-elok. The moment kita cakap, "Abang Ian, jom mandi." Terus lompat dok atas riba sambil merengek. Punyalah tanak bagi kita mandikan Abang dia. Dah takkan tanak mandikan, so biar la dia meraung while kita siapkan abang..

Tapi dia punya ratu air mata tu, punya la keras.. Siap hentak kaki and meraung sekuat jiwa. Kita panggil pujuk lepas tu pun tak jalan. Huh, mak lagi keras hokayyy nak..

So teh next day, dah tau trick dia.. Masa dia tengah main, tarik Abang senyap-senyap and terus bawak pergi mandi. By the time dia realized and cari, dah halfway through. So taklah teruk sangat dia mengaruk.. Hahahaha.. Mak kan sekolah tinggi bertingkat, harus la mak pandai Dik Rifa! Kahhhhhhh..

Tapi regardless how bad their tantrums and behavior, memang seronok spending times with them. Telatah diorang ni memang buat mama tepuk dahi and tersengih sorang-sorang.. Hahahaha.. Anak-anak..

Caught in the act! Dah menangis Adik bila si Abang yang dok kat atas riba dia.. Muahahhaha...

Ni satu lagi pesen, botol hijau tu adik dia punya. The moment Adik letak, dan-dan tu dia ambik. Dua pun dualah, janji mendapat barang Adik.. Mana la tak emaknya jadi tarzan kat rumah ni.. Terjerit terpekik.. Hehehhe

Ni satu lagi pesen, dah kata manja, bangun tido tu nak jugak nangis even sekejap. Padahal dah sah-sah mama ada kat sebelah je pun. Mak pun satu hal, before pujuk, snapped gamba and IG dulu.. Kahhhhhhh..

Hat ni lagi best, korek pusat Abang. Abang gitu la, masa dia tgh khusyuk, memang la dia buat derkk.. the moment dia rasa rimas, merasa la Adik dapat buah tangan dia.. Kahhhhh

Ni satu lagi nampak tenang, padahal tengah berebut ni.. Adik pegang pen, Abang pegang board. Yang bisingnya mulut Adik la.. Tapi part magic tu, bila hala je kamera, dua-dua boleh berenti.. Magic.. Magic..

Hantu doyan is enjoying her durian.. Bila hala je kamera, mesti buat muka comel..

Diva kan muka???

Ni pulak budak merajuk, kena marah sebab ketuk TV.. Muahahhaha...

Hah, ni sorang lagi, hala je kamera buat muka cheeky.. Tau what she was up to? Nak bagi susu kat Abang yang tengah tido. Hadoiiii *tepukdahi*..

Semalam pulak, balik kerja pergi beli beg sekolah Rayyan Ariff.. Now tinggal nak cari bekas makanan yang proper sket utk dia. Abang kita ni kan bawak bekal gi school.. Yuran sekolah and bahagian nak beli baju pun dah asing siap-siap. Hari Isnin 24hb tu pergi, boleh pulak pejabat tak bukak. So tunggu bayar bila sekolah bukak nanti je la.. :-)

Tu je la kot marathon kisah seminggu. Hari-hari lain biasa la.. Busy dengan kerja.. Nama je hujung tahun, takde beza sangat pun dengan awal and tgh tahun. Selagi tak tutup mata, kerja.. kerja.. kerja.. Alhamdulillah la. Rezeki tuh...

Melayan kerenah anak-anak memang syok kan?
Keje best sebab dapat duit, tapi dok rumah pun best bila dapat ngadap bebudak ni.. Hmmm.. Kan best kalau dok rumah, gaji masuk tiap-tiap bulan, bonus masuk ujung tahun. Kahhhhh..

7 comments:

Marsha~ said...

Rayyan!!! sampai dua botol sekali kau minum nak...... ni betul2 dengki kat adik dia ni.... ahahah

yatie said...

Dua botol sekali isap hehehhe....

transformed housewife said...

mmg cepat je rasa. anak2 punya perangai kalau pikir2 balik memey lawok.

Noina said...

Jiey,tgk rifa ngan rayyan,rasanya naufal ngn bella pun gitu gak. Asal ku.pegang sikakak,si adik mulalah ngok ngek bising. Huhu.

MyFreeMinded said...

Keletah anak2 mmg comel pun. Gelak and nangis at d same time.

mila said...

lentik btl bulu mata rifa tuh..hehe

Eray Majid said...

gambar bangun tido n menangis tu yg terbaek, comey sangat :)