Thursday, February 14, 2013

Bila Izrail datang memanggil..

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Siti Zawiyah, bonda kepada Auntie Chah aka Fiona Ross. Meninggal pada usia 63 tahun kerana terlibat dalam kemalangan di Gerik. Pertembungan antara sebuah bas dan kereta yang dinaikinya.


Dan aku tumpahkan airmata, untuk ibu kepada seorang sahabat. Pemergian yang terlalu besar dan tragis. Dugaan yang besar untuk sang sahabat dan juga diriku. Terlalu sakit untuk sahabat itu. Terlalu perit untuk sahabat itu. Mungkin kerana, aku sendiri adalah seorang anak. Mungkin kerana, seorang ibu adalah sahabat paling akrab bagi seorang anak.

Al-Fatihah.

Salam takziah, sahabat.

“Sesungguhnya disisi Allah sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat dan Dialah jua yang menurunkan hujan dan mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada di dalam rahim (ibu mengandung); dan tiada siapa pun yang mengetahui apa yang akan diusahakannya keesokan hari, dan tiada siapapun yang mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuannya tentang sesuatu yang tersembunyi.”
(Surah Luqman 31: 34).

6 comments:

shaliza said...

Innanillah..Al-Fatihah.
Salah sorang mangsa juga jiran saya:-(

Alyyani Anuar said...

innalillah.. takziah utk fiona dan keluarga. terkedu bila baca twitter kakak dia. Al-fatihah...

myfreeminded said...

Al fatihah, yang datang tetap akan pergi, kita pun akan turut serta suatu hari nanti.

Angah said...

al-fatihah, semoga arwah dicucuri rahmat

wanie_kashfi said...

Innalillah....sampaikan salam takziah ko Fiona....terkejut jugk saya baca dlm paper marin...

ieda said...

alfatihah buat mereka yg telah pergi...khabarnya mereka dalam perjalanan utk ke sebuah sekolah agama persendirian yg terletak tak jauh dgn rumah akak..moga niat suci mereka mendapat imbuhan pahala dari Allah swt.