Thursday, February 28, 2013

Cerita tentang maid, cerita FB, cerita kerja dan rezeki..

Lately, banyak sangat cerita pasal maid. Mungkin sebab secara kebetulan, kawan-kawan kat FB pun baru dapat maid. So dah macam jadi fenomena lah pulak.. *perkataan takleh blah*..

Apa citer dengan maid? Seriously, dah malas nak citer lebih-lebih. Korang judge la sendiri tahap mana my current maid is.


Tugas dia pagi-pagi pakaikan kasut Rayyan Ariff, tengoklah, stokin sebelah betul sebelah terbalik. Kalo kita pikir logik, takkanlah ko tak perasan benang berbulu-bulu tu? Dah jadi kerja pulak ahkak gigih bukak kasut and pakaikan balik stokin tu traffic light..

Memang lap peluh betul dengan makcik ni! Paling best, hubby balik rumah wat spot check around 1pm ari tu, pintu depan tak berkunci, pintu sliding terkangkang sehabis luas. Rayyan Ariff kat living room tgh tengok TV dengan pakai baju sekolah lagi, Rifa Aleesya pulak dalam our room tengah tidur, and the maid was in her room, tido!

Hubby siap bancuh susu utk Rayyan Ariff, angkut bawak masuk bilik to put him to sleep for his afternoon nap, si maid ni boleh tak sedar-sedar. After a while, baru dia bangun and tried to open our bedroom's door sebab cari Rayyan Ariff. Hadoiii la.. Kot orang nak culik anak-anak ke, nak naik mencuri ke, dah settle baru ko sedar kot! Nauzubillahhhhh.. Ya Allah, jauhkan anak-anakku dari sebarang merbahaya.

Bila kami tegur, "Biasa bibik enggak gitu. Bibik tadi lagi makan obat selsema.. Jadinya Bibik mengantuk berat.."

Huk alohhhh.. Kalau makan ubat selsema sekali pun, bukannya lepas makan ko terus jatuh gedebuk tertidur kat lantai sebab ngantuk. Siap boleh masuk bilik kan? Susah sangat ke nak kunci pintu pompuan ni? Dulu dah penah bgtau, JANGAN LUPA KUNCI PINTU when my mom caught her tak kunci pintu sliding and Rifa Aleesya dok tido kat hall sorang-sorang whilst dia dok dalam bilik. So masuk yang ni, dah 2 kali la kantoi.

Hmm.. Dah malas nak cakap. Dah taktau nak nasihat macamana. Sudahnya, we decided that we definitely need a CCTV. Fullstop.

Next, pasal FB. What's wrong with FB? FB, FB lah.. Orang tu update pasal tu.. Orang ni update pasal ni.. Lantaklah korang nak update pasal apa pun. Tak kisah.

Tapi yang membuatkan ahkak sentappp a few days back, bila ada yang komen dekat cerita ahkak as per my previous entry. Ala.. Entry pasal agen tu.. Kata orang yang komen ni, dia cuma nak tegur, as a mother kita kena check beg sekolah anak kita sendiri. Jangan harapkan bibik. Tugas bibik cuma jaga ank kita, yang mendidik tu kita.. Lebih kurang gitu la..

Oh, taulah saya ini merujuk kepada ayat saya bila mana saya mentioned, beg sekolah Rayyan Ariff tu kalau tak check, ada je la yang tertinggal.. Susu ke.. Bekal ke..

To me, if you dont walk in my shoes, dont you dare to lecture me on parenting. You dont know the lenght that I'm willing to go for my kids, so dont judge me based on one status. Ye.. Ye.. Dah tau status tu misleading, jangan la tulis camtu eh??

Banyaklah ko! Nama pun status FB, kalo nak tulis panjang2, taip kat belog lah wehh.. I'm not claiming myself as being a good person yang tak pernah mengata orang. In fact, banyak kali dah rasa menyampah dengan status or gambar yg ntah apa-apa.. And there are times where I started typing my comment, kononnya geram or menyampah. Tapi masa taip tu, berhenti sejenak, baca balik ayat, fikir about the appropriateness, fikir about situation org tu. End up, mmg automatically tak jadi komen. Iye la, who are we to judge when we're not even there to witness the whole event kan?

Back to the comment. Bila dia kata saya tak check beg skolah Rayyan Ariff dia silap besarlah. Mode of communication between teachers and parents adalah through notes. So sah-sah la kena selalu check beg sekolah kan? Habis, kalo kata selalu check, macam mana boleh tertinggal bekal? Tertinggal susu?

Ok, here goes.

Bangun pagi-pagi, saya akan masak untuk anak-anak. Masak 2 jenis makanan. Satu nasi, satu lagi would either be makaroni or spaghetti supaya anak tak bosan. Bila dah siap masak, barulah saya kelam kabut bersiap nak gi office.

Nama pun baru masak, takkan nak terus letak dalam bekas, tutup n terus masuk beg. So bekal Rayyan Ariff, saya akan anginkan dulu sebab taknak berkuap. Bibik pula akan bagi breakfast kat anak-anak masa saya tengah bersiap ni la..


Bila dah siap pakai baju tudung make up segala, the moment saya bukak pintu bilik, dah ada budak kecik cinonet berlari-lari datang. Siap bergantung kat kaki sambil tarik baju. Nak berjalan pun susah ok. Nak tak nak, angkat n dukunglah makcik kecik tu.. Kalau tak, memang meraunglah.

So masa ni, sambil dukung Rifa Aleesya saya akan kata, "Bik, pakaikan kasut Rayyan dan tunggu di depan yea.." Di sinilah tugas bibik kena masukkan makanan dalam bekal tadi ke dalam beg n tutup siap-siap. Beg dengan bekal tu sebelah-sebelah je kot. Macamana saya tak marah kalau dia lupa masukkan Bukannya kena berjalan masuk dapur ke apa.

Same goes to susu. Susu untuk minum kat sekolah, saya dah siapkan awal-awal dalam beg. Susu untuk minum dalam kete would be the same susu yang Rayyan Ariff minum lepas breakfast tadi. Pakcik kecik ni, buat 3oz pun tak habis dalam masa setengah jam.. Bukan hisap bersungguh cam orang lain. Lebih kepada main-main. Tu yang buat sekali 3oz, minum sikit while tunggu mama bersiap, pastu sambung minum dalam kereta.

Next, sambil kendong si Rifa Aleesya, saya keluar rumah berjalan ke tempat parkir kereta. Nak jadi cerita, parking kereta dengan rumah bukan dekat. Kata apartment kan... Lot parking saya nun jauh di hujung pagar. Lepas 2 anak jalan tu, lepas 6 baris parkir kereta OK. Senget-senget dukung anak pun tak kisahlah, anything that could please her.. Yea la.. Sekejap lagi dah nak tinggal gi keje.. Malam kang baru balik pulak.

Dah panaskan enjin, bawak Rifa Aleesya pusing satu round dalam pagar apartment tu dengan kereta, baru amik Rayyan Ariff kat loading bay yang tengah tunggu dengan bibik sambil pegang beg sekolah. Masa ni, Rayyan Ariff tukar dengan Rifa Aleesya. Bibik bawak masuk Rifa Aleesya while saya dan Rayyan Ariff drove off gi school/office.

Itulah rutin setiap hari. So, which part nya yang saya tak menjalankan tanggungjawab sebagai ibu? In fact, org taktau, tiap-tiap pagi kita ni willing berpeluh-peluh bawak anak gi amik kereta n pusing-pusing dulu. Semata-mata nak please kan anak... Padahal tak perlu pun, might as well saya just pimpin Rayyan Ariff gi kat kereta. Terus gerak. Tak perlu nak melayan kerenah anak katanya. Tapi hati mak ni tak gitu la.. Dah abangnya merasa naik kereta tiap-tiap pagi, apa salahnya si Adik pun merasa jugak.

Nampak tak? Jadual orang lain kita tak tahu. So tak payah nak suka-suka buat remark pasal how to be a good mother. In fact, a few friends whatsapp, pm me about the comment wayyy before I could read it first. Sebab kebetulan masa tu busy.

So itulah citer FB.

Honestly, I welcomed comments and criticism. Kalau membina apa salahnya. Pernah ada yang hantar emel pada saya, Alhamdulillah dengan bahasa yang sangat elok, tegur kata dalam banyak-banyak things that I've done for Rayyan Ariff, tak banyak pasal agama. Dia tak nampak katanya. She advise me untuk cuba emphasize more on religion matter on Rayyan Ariff. Bila I got that email, I analysed my way of parenting. Betul, kurang dari aspek tu. So saya cuba perbaiki diri.

Instead of tutup pintu masa nak solat sebab takut anak-anak kacau, let them watch and learn. Bila nak berdoa, ajar diorang tadah sekali. Bila nak baca quran, let them listen. They may not know now, but they will understand it later.

Alhamdulillah, disebabkan satu teguran, saya boleh perbaiki diri. See? Takde maknanya kita nak ego tunjuk as we knew it all.. Apa yang orang tegur, kalau betul, kita admit dan buatlah.

OK. next cerita kerja. Macam sibuk gila, macam busy benar wohh. Main reason, boss dalam midst of clearing her work, sbb kena transfer. Early Feb hari tu, last day org no.2 aka assistant boss. Resigned for better offer.. At the same time, hari ni last day org no.3.. Used to be my supervisor before I got promoted. So bila sorang demi sorang kepala department keluar n diganti dengan orang baru, things are a bit stressed up la rasanya. Messy gitu.

Tak suka. Tapi nak buat macamana. We just have to take up the challenge. Sisa-sisa hari yang berbaki  dengan boss lama ni, kita manfaatkan kerja sehabis boleh. Sudahnya, almost everyday balik lambat. Balik kerja, melayan anak-anak pulak. So, memang takde masa nak fikir benda lain.

On a lighter note, boss pushed for this to happen before she left:
Alhamdulillah.. Rezeki anak-anak..

Seriously tak sangka. Because I will only due for this post later in Aug. Masa tu dah boss baru. From March to Aug, takkan la sempat boss baru nak evaluate performance. Nak tak nak, mesti Feb next year baru merasa kot..

Alhamdulillah, rezeki.. Terima kasih boss. Thank you for the acknowledgement. Even just now, boss no.3 datang.. Bagi some advise and encouragement. The fact that orang percaya kat kita and trust that we can go further, memang buat kita rasa terharu kan?

Mungkin, I've to set a target. Dalam 2 tahun kejar Sr Manager pulak. Eh.
Hahahaha..
No lah. Takmo jalan tinggi2 sangat. Nnt takde work-life balance. Cukup makan pakai anak-anak, selesa rumah tangga, OK la kan? ;-)

K bye, till then.

18 comments:

Kak Rose said...

Congratulation on ur promotion...

kisah bibik mmg x leh nak abes kan... risau pulak dengarnya!

Ma Ri Ni said...

hi hi, sy sangat setuju sekali jika u pasang CCTV. Sy pun membesar dengan pembanu rumah, mama sy kerja nurse masa tu, memang sangat busy. Sy dah rasa dah macam2 perangai pembantu rumah sebab mereka jaga sy. Memang lah ada yang sangat baik, tp ada juga yang sangat jahat.....

AyuArjuna BiGoshh said...

cam nampak pemalas jer bibik jenis ni...
anywat tahniah ya atas kenaikan pangkat :)

Noni said...

Congrates kak ji for your promotion!

Pasal org yg komen tu, entah2 dia pun takde anak lagi. Org yg tak pernah melalui semua ni, mmg dia akan ckp sesedap rasa jek.

Angah said...

Tahniah Jiey, semoga semakin murah rezeki ye...

A.I said...

Tahniah beb. rezeki anak tu ^____^

:: puterism :: said...

Jiey,

Tahniah!

Pasal sentap tu, u r not alone. Put baca pun sentap jugak. Komen dia macam dia je la yg bagusnye!

Jiey Mien said...

Thanks Kak Rose.. ;-)

Entah la kak, dh xtau nk buat camner lg..

Jiey Mien said...

Cuak plak dgr perkataan jahat tu.. Care to share?

Jiey Mien said...

Nk kata pemalas macam tak.. Lbh kepada ambik mudah semua benda.. Sambil lewa gitu..

Jiey Mien said...

Thanks for the wish dear..

Jiey Mien said...

Thanks dear!

Yg komen tu ank 3 lg.. Tp sbb dia kata dia yg jumpa anak weekend je pn bleh check beg skolah, apsal kita yg jumpa ank tiap2 hari ni x boleh? Iye lah, org lain x pndi jg ank..

Jiey Mien said...

Thanks kak.. Rezeki utk dikongsi dgn family..:-)

Jiey Mien said...

Thanks angah.. Same goes to you..

Jiey Mien said...

Thanks Put..

Bkn Put jah, siap ada grup discussion kat whatsapp lg psl benda ni.. Hahaha.. Saing2 sekolah jiey hok informed dulunya.. *tepukdahi*

Thanks for your comment @FB Put..

TIC said...

Jemput follow and sebarkan kepada kawan kawan yang masih mencari cari.. nak tau lanjut kena follow blog ini :)


http://ticcollege.blogspot.com/

MyFreeMinded said...

Dalam bzy2 tugas rumah pun kerja kat ofis tetap hebat ye. Tahniah jiey dgn promotion tu.

Anyway, yg pasal sentap tu, biasalah kan pandangan orang, maybe dia tak berada disituasi Jiey, tapi iyelah, as long as kita tahu kita dah buat yang terbaik untuk anak2 kita, cukup. From my reading, U r d best. Bertuah both R.A dapat U as a mom.

Nur Sumirah said...

Jiey, mirah setuju komen jiey pasal grand livina tu. Huhu abah diaorang pun kata, nak kena cari estima lepas ni. Yg 2 orang ni pun asyik bergaduh je nak tidur semua nak baring. Hihi belum masuk Adam lagi tu sebab dia baby lagi jd senang duk dgn mirah kat depan je.