Friday, February 15, 2013

Trip to Jakarta - 2nd - 4th February 2013

Cuba bersungguh-sungguh nak habiskan update. Now, continuing with Jakarta trip.

Settled kat Bandung, terus shoot ke Jakarta. Traffic kat sana memang semedang macet lah.. So it took us 4 hours nak sampai. By the time sampai, dah maghrib. Kali ni kami amik apartment, sebelah je dengan Central Park ke apa.. Memang boleh jalan kaki la..

Apartment dua bilik, tapi takde la besar mana.. Living, dining, kitchen etc sempit je pun.. Tapi much2 better kalau nak compare dengan hotel kat Bandung. Rifa Aleesya memang excited la.. Senang nak explore sbb masa kat Bandung tu, katil dah nak rapat kat dinding gamaknya. Gitu la kalo x buat research betul2, main taram jer..  

Tapi bila gi ramai2 ni, lagi excited duduk apartment cenggini dari hotel. Sebab leh duduk semua sekali. Lagi meriah..


Ni antara photos yang snapped kat apartment tu.. Takde pula gamba dining and living room.. Murah je apartment ni.. Dalam Rp700/800k je kot for 2 days.. Lupa dah.. Ada la jugak dia bg extra toto..

Sampai kan dah maghrib, terus bg makan anak-anak and mandikan diorang.. Kat bawah apartment ni ada Giant. Suh hubby turun beli sabun sbb nak basuh baju yg selambak tu.. Kan dah mentioned before this Rifa Aleesya buat pesen minum susu+batuk+muntah berulang kali sepanjang kat sana. Lagi pun bau muntah kan lain macam sket.. Kot nak tunggu balik Mesia baru basuh, memang pengsan la..

Kena pulak 3 bijik blower aircond kat tempat jemur baju, memang heaven la kan.. Basuh tangan, spinned pakai mesin, memang kejap yang amat je kering.. Hahahha.. Best! Smpi ketagih nak membasuh baju jadinya.. Hehehehe..

Malam tu saya dan anak-anak takde gi mana-mana dah. Kesian diorang dah penat. Hubby plak turun cari barang n makanan je kat bawah tu.. Tapi yang lain-lain masih semangat.. Nak tengok Jakarta waktu malam katanya. Tapi x keluar dengan supir pun.. Just jalan kaki gi mall sebelah tu je..

Taman Anggerek.. Happening gila..

Kebetulan kan dah dekat ry cina time ni.. So diorg buat replika binatang2 ikut tahun cina.. My bro ni poyo amik gamba sebelah ayam ni bkn sbb dia bapak ayam yer.. Tapi sbb dia lahir tahun ayam jantan katanya.

Mereka @ Central Park

Tahun ni tahun ular kan? Ke apa eh? Nahhh.. Ambik la ular sekor.. Hat lain takyah la upload..

My mom n my younger bro takde la lama keluar. Jap tu diorang balik. My elder bro+SIL+ younger sis teruskan penerokaan dengan tengok wayang. Apa2 entah gi tengok movie sampai ke Jakarta.. Hahahah..

Esoknya, breakfast pagi dengan nasi uduk beli kat kedai kat bawah tu je.. Macam nasi lemak kita la.. Pastu siap-siap nak kuar. Tapi diorang ni gi layan citer Columbiana kat Fox Movies.. Last2, dekat kul 10 ke 11 baru kuar.. Sian supir tu tunggu lama kat bwh..

Seronok meronda sebab ada ruang eh Dik?

Dua-dua budak kecik ni, kalau naik lif mesti pakat2 nak tekan.. Hehehe.. Ank korang pn mesti sama dak??

Agenda 1st, gi airport kejap. Semata nak gi kaunter AirAsia sbb nak tambah luggage size. Sebab bila menengokkan barang tu, macam konfiden la tak cukup.. Baik bayar siap-siap sbb kalau extra baggage, diorang charge RM50 per kg. Macam penalti gitu.. Padahal kalau beli baggage, baru RM80 utk 40kg.. So kitorang topup another 40kg la.. Cuak takut x cukup.. 

Pastu ke Mangga 2 kita.. Mulanya ingat nak gi Tanah Abang.. Entah apa kena dgn supir tu.. silap ageda macamana tah.. Orang dah la kemaruk nak shopping.. Potong stim..

No, no, no - Siap buat gaya as in, marah la ni.. Sbnrnya kita marah dia sbb buat pangai, tetiba jadi dia marah kita balik.. Ado??

Satu Malaysia ke makcik? Hehehehe..

Mangga 2.. Gila tak? Ahkak gila jer..

Hah pilih bang pilih.. Murah-murah tu..

Kat sini, yang paling menarik perhatian adalah cermin mata. Ala, spek mata biasa tu yang korang pakai tu.. Macam contoh, cermin mata Rayyan Ariff buat kat Mesia RM300. Kat sini diorg quote RM180 jer.. Gila murah. Memang tercalar jiwa ko! Dah niat nak buat cermin mata baru Rayyan Ariff, tapi boleh terlupa nak bawak spek lama dia tu.. So x berani la buat, even tho diorang test jgk power mata Rayyan Ariff, tapi x berani nak pakai yang diorang punya. Sebab before this, memang specialist aka ophthalmologist yang check.. So tak buat. Rugi.. Rugi..

Tapi my bro semoat buat yang dia punya. So menunggu jugak la jawab dia.. Dalam masa sejam dua dah leh siap dah pun..

Sambil menunggu katanya. Tengok Bang Ian, tegap kan? Bila tengok gamba ni baru perasan sebenarnya..

Nak suh pushed stroller pun kena bagi semangat sket kat Abg kita ni.. Cheerleading gitu.

Bila kita hala kamera, berenti pulak sambil tunjuk 'peace'.. Adik plak, dah hisap jari, nak tido la tu..

Adik senang jer.. Bagi makan, diam la dia.. Hok tua plak, bagi iPad, diam la dia.. ;-P

Kat Mangga 2 ni, kami topup sket beli barang macam t-shirt, keychain, and handbags. Gitu je la.. Dalam2 gitu pun, banyak gak la duit yang terbang kat sini..

Habis kat sini, supir bawak pusing bandar Jakarta.. Taktau la kalau salah, tp I feel like Jakarta is much much much bigger than KL kot eh? Ke tak? 





Berenti lunch kat satu restoren nasi padang. Murah gila weh.. Makan seramai-ramai rombongan Cik Kiah kami ni, baru Rp265k. Lebih kurang RM88 gitu la..

Dah tu my mom nak beli barangan batikn kraftangan. Supir pun bawak la kami gi Thamrin City. Saya cuma naik kejap je.. Dah takde apa nak beli pun. Pastu lepak kat kete ngan anak-anak, SIL and adik-adik. My bro yang bawak mami carik barang..

Ni En.Hubby stopped penjaja ni sbb nak beli rokok Samsoe buat saguhati kat kawan2 office. Boleh?? Macam2 la.. Ahkak terus amik kesempatan snapped photo.. As always, Rayyan Ariff la yang jadi mangsa kalo bab2 gini.. Hehehe.. Jadi model katanya.

Us @ Thamrin City

Kami lagi. ;-)

Lama sangat tunggu, kami jalan ke depan, tahan Bajai pastu naik sampai ke kete.. Nak naik jauh2 jalan jem.. Dibuatnya mami dah settled, kang lambat plak kang. Sempat la buat dua kali, sambil2 habiskan duit syiling.. heheheh.. Layan jugak naik menda alah ni..

Seterusnya, kami ke Monas. Ni kira mercu tanda Jakarta la jugak.. ramai je orang ke sini nengoknya.. Kawasan lapang.. Ada yang main layang-layang, remote control car etc. 

Daddy and daughter.. ;-)

The 4 of us.. ;-)

Kami.

Lepas tu kami terus gerak gi ke kete.. Tinggal la yang muda-muda ni nak ber camwhore kononnya..

Entah apa-apa eh??

Dah tu, terus balik. Malam tu ada jugak la yang sambung lepak kat Central Plaza. Asalnya just my sis jer kuar gi beli KFC and Pizza for all.. Tp my bro ni kaki membeli. Boleh dia balik kul 12am ke 1am entah, bawak apam balik coklat la.. Pisang dipped in chocolate la.. Pisang with cheese la.. Bihun goreng n ntah apa2 lagi la.. Padahal dah sah-sah masing2 dah kenyang pun ha..

KFC diorang leh tahan tau. Ada meal apa ntah nama dia, yakiniku ke apa.. Sedap.. Macam Chicken chop gitu.. Siap ada nasi. Kat sini takde plak. Pizza dia pun lain flavour dgn kita. So ok la.. Stakat nak try..

Esoknya, check out and terus la ke airport..

Depan apartment. Belon dua kat belakang tu Bang Ian punya. Berbaloi beli.. Kat Mesia RM5 satu.. Kat sini, dapat dua..

Masa kat airport ni cuak jugak. Takut baggage lebih.. Kalau kat Mesia, strict sket.. Kalau satu orang baggage dia 20kg, dia kena check in sorang-sorang. Barang dia takleh la lebih drpd 20kg.. Tapi kat sini, diorang kira group.. Group check in gitu.. So, kalau sorang ada 15kg, 8 orang ada la 120kg.. Memang dah cukup sangat la tu.. So lega la..

oh yea, nak kuar kena tax tau.. Kalau kat Jakarta RM150k per passenger seat. Dalam kes kami 8 la.. Kalau Rifa Aleesya pn ada her own seat, memang kena charge jugak la.. In this case tak payah sbb she's travelling with me.. Kalau exit from Bandung dia punya tax kurang sket rasanya..

Settled checked in, keluar kejap main amik-amik gambar lagi.. Gitu la kalo ikut my bro.. Suka nau bergamba..


Ok, sekian.. Itu je la cerita percutian kami..

Sampai Malaysia around 4++ pm.. Tunggu yang lelaki pegi amik kereta and whatnot, sampai kul 7pm jugak la kat rumah. Bersihkan anak, bagi makan, mengemas semua, by 12am jugak la baru dapat tido. Letih yang amat! Esoknya keje.. Tak saba nak tunggu weekend katanya. Weekend yang chinese new year smlm tu.. Hehehehe..

Ok, next entry pasal cuti CNY pulak eh..

9 comments:

myfreeminded said...

Syok ye cuti2 asia.. (sebab Indonesia kan Negara asia)... :)

wanie_kashfi said...

jiey...

nok tanyo...awk bwk susu budak2 dlm pack ko bwk hok buko doh?

dekat kl nk check in bag mesti soghe2 ko? berat la gitu...

Bag hok hand carry keno bayar jugok ko? bayar siap2 maso beli ko gano?

hmmm...ngarut la air asia ni...sayo ni, gi tiket free hok adik mael, xtau la gano, seat x pilih, dio cumo bui e-ticket jah...pahtu excess luggage nok wak gano xtau la...hok awk gi tambah luggage kat airport tu gano? oyak dio kito nk beli excess luggage la? mitok tlg bg info skit deh...

Noina said...

teringat tahun lepas kami ke jakarta ..same waktu cam jiey pegi ni lah...tapi seminggu lepas CNY. hihi..best kan..seronok gi..nak gi lagi..cam tak puas berjalan..lepas balik Jakarta terus lekat dak nopal..hahaha.....

:: puterism :: said...

Jiey, Ian ok naik flight?

Jiey Mien said...

Alhamdulillah OK Put..
1st, tried kelik klate dulu..
Ok la gi balik..
Debba jugok..

Iera Aman said...

hai kak..

nak tumpang tnye.. akk dok apartment dekat central park tu apa nama hotelnya ye?

terima kasih..

Harap akk balas sbb igt nk g jakarta next mth dgn family..

Iera Aman said...

Hai kak,

Nk tumpang tnye, akk dok apartment kt sblh central park tu apa nama hotel nya tu ek?

igt nk g jakarta dgn fmly nxt mth..

hope you reply..
thanks.. ;)

farid kassim said...

assalamualaikum... nk tumpang tanye, ape name apartment dekat jakarta tu ye? Terima kasih...

IRDI TOUR BANDUNG said...

Assalamu’alaikum, salam sejahtera Tuan / Puan yang IRDI TOUR BANDUNG selalu kami rindukan atas kedatangannya Tuan /Puan ke kota kami di Bandung. Seiiring dengan kesehatan yang baik dan kesejahteraan dan yang selalu dimurahkan rizky nya Amiin…. Irdi Tour Bandung hanya sekedar ingin menginfokan promosi promosi yang tersedia di Irdi, mengenai bercuti di kota kesayangan Tuan / puan yang selalu dikunjungi saat weekend. Irdi Tour Bandung menyediakan Kereta Transportasi selama bercuti di Bandung atau Jakarta. Untuk info info lengkap tentang Irdi mengenai promosi percutian di Bandung bisa lihat blog Irdi :
http://keretamurahpelancongan.blogspot.com/
JOM JOM ke Bandung bersama Irdi, dijamin Muraaaah dan puas ^_^
Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Irdi… ;-)
Dijamin Irdi bagi harga sangat Muraaaah dan pelayanan yang sangat baik..

Contact Person :
Mobile Phone : +6281322167717
WhatsApp : +6281214741600
+6281220477335
Email : irditour.bandung@yahoo.com
Facebook : - Irdi Tour Bandung & Irdi Wati

Jika ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi jika ada waktu yang luang bisa kita berjumpa lagi mohon maaf kalau ada kata kata Irdi yang tidak berkenan.
Irdi Tour Bandung tunggu yah kedatangan Tuan / Puan ke Bandung..
Wassalam..wr.wb..