Wednesday, March 6, 2013

Anak-anak adalah ujian, dan si sisi Allah jualah pahala yang besar..

Alhamdulillah, tadi saya berkesempatan bertanya khabar melalui telefon dengan teman lama (Intan, I know you will read this.. Hehehe..). Bertahun tidak ketemu, bertahun juga tidak berbual. Sibuk. Klise? Tapi itulah realitinya. Hahahaha..

Komen Intan, entri saya kebelakangan ini berbaur kemarahan dan agak negatif. Betul juga. Stress kah hidup saya kebelakangan ini? Tidak juga. Malah, lafaz Alhamdulillah tidak pernah lekang dari mulut saya untuk mengucapkan rasa syukur ke hadrat Illahi di atas setiap nikmat kebahagiaan dan titis keindahan yang diberikanNya pada saya dan keluarga hari ini. RezekiNya datang di dalam pelbagai bentuk kebelakangan ini. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur Ya Rabb..

Mungkin kerana kekurangan masa, saya tidak mampu untuk kembali ke ruangan ini dan berkongsi lebih cerita. Namun saya masihnya saya yang dahulu. Masih saya yang sama. Masih perlu menjadi saya yang 'jiwang' apabila kena waktunya. Buktinya, ini status saya di FB beberapa jam yang lalu: 



Permata hati. Belahan jiwa. Kasih kerana Allah SWT. Sungguh.


"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar." [Al Anfaal: 28]

Aku mula faham erti sebenar ayat ini setelah adanya #puteririfaaleesya.. Bersama #tuanrayyanariff, aku lalui segalanya. Dari kepayahan seorang ibu yang menghantar anak seusia 2 hari ke dewan bedah, sehinggalah berkejaran ke unit kecemasan hospital pada jam 12 malam utk seorang ank yang tidak sedarkan diri.

Melalui dia, aku belajar erti sabar dan usaha. Saban minggu menjadi tamu hospital, dari dia tidak mampu mengangkat kepala hingga dia mampu melangkah. Susah. Perit. Sakit. Air mata. Suka. Gembira. Marah. Redha. Pasrah. Rasa jiwa sering berbaur utk dia. Rayyan Ariff si anak syurga.

Bila tibanya sang puteri idaman, aku bisikkan pada hati, In Shaa Allah segalanya pasti lebih mudah. Kalau aku mampu menjadi ibu utk abangnya, pasti aku terlebih mampu menjadi ibu untuk dia. 

Namun aku silap. Betul kata doktorku, "The challenge of being a mother is more real now."

Bersama Puteri Rifa Aleesya, tiada temujanji dengan 5 doktor pakar yang berlainan. Tiada episod berkejaran ke unit kecemasan. Tiada episod berulang-alik ke hospital di dalam pantang. Dan aku harapkan, akan terus kekal tiada (Aminnnn).

Tapi masih, bersama si adik, aku bagaikan sudah lupa apa rasanya tidur malam yang panjang dan penuh lena. Sudah terlalu lama. Bersama si adik, aku memasak sambil mengendung ank kecil. Aku memandu dalam keadaan bingit dan tidak tenang dek tangisan si kecil yang mahu diriba. Ke tandas juga harus bersembunyi kerana dia adalah tersangat clingy. Dalam pantang sehingga sekarang, dia masih jaguh mengejutkan aku di tengah malam atau seawal pagi hanya untuk mengajak bermain ataupun untuk sebotol susu. Sangat hebat. Laungan tahap 4.

Namun baik dia mahupun abangnya, kedua-duanya adalah cinta hatiku. Mereka bawa senyuman, setiap hari. Saban waktu aku berkejaran pulang dari pejabat hanya kerana aku rindukan gelagat mereka. Angaukan senyuman mereka.

Terima kasih tuhan kerana berikan aku peluang yg indah ini. Aku mengerti, aku faham. Amanah-amanah ini adalah ujian terindah di dalam hidupku. Rayyan Ariff adalah ujian kerana kelainannya dan Rifa Aleesya adalah ujian kerana sifat anak tipikal yg ada padanya. Alhamdulillah. 

Kawan-kawan sekasut, betapa bertuahnya kita kerana dapat melalui dua pengalaman berbeza. Kawan-kawan yang lain, terima kasih di atas sokongan dan pertolongan.

;-)



Lahirnya status di atas kerana perkongsian yang sempat saya bualkan dengan seorang teman yang punya anak seusia Rifa Aleesya. 

Rakan yang saya maksudkan di atas adalah Fiona Ross. Beza usia puteri kami hanyalah sehari. Banyak ilmu keibubapaan yang saya kongsi bersamanya. 

Betul. Menjadi ibu kepada Rifa Aleesya adalah cukup mencabar. Malahan, pernah saya katakan kepada teman sepejabat yang menegur kenapa saya kelihatan mengantuk, 

"Being sleepy is nothing new to me. To be honest, I had more sleepless nights since I have Rifa for the past one year as compared to having Rayyan since the past four years.."

Sungguh. Ini bukan kenyataan palsu. Setahun lebih bersama Rifa Aleesya, hampir SETIAP malam tidur saya terganggu. Rayyan was an easy baby. Sampai sekarang pun. Tidak pernah mengganggu tidur malam saya kecuali apabila dia demam atau sakit. 

Bukan hanya dari segi tidur, Rifa Aleesya juga lebih demanding berbanding Rayyan Ariff. Malam2 mahu keluar. Siap ambilkan tudung saya. Tidak dilayan? Meraung bagaikan dipukul. Kalau mahu ke mana-mana, tahu demand, ayah boleh ikut. Abang boleh ikut. Bibik tak boleh. Bila Bibik kata, "Bibik ikut yea?" "Aahhhh.." Marah benar dia dengan bibik. 

Benarlah setiap anak itu adalah ujian. Baik yang istimewa atau yang tipikal, seperti yang dinyatakan di dalam surah Al-Anfal ayat 28. 

Tidak puas hati hanya abang yang diberikan terapi, dia juga mahu! ;-)

Walaubagamana sekalipun, saya sangat-sangat bersyukur di atas kurniaan-kurniaan ini. Hati berbunga melihat bagaimana penyayangnya si adik pada si abang. Bila Rayyan Ariff menangis tidak puas hati kerana mahukan sesuatu, si adik laju memujuk dengan memberikan remote control astro pada abangnya. Bila makan sesuatu, si adik pun sibuk mahu menyuap si abang. 

Dan anak kecil ini juga cukup pandai beralah dengan abangnya. Pernah saya teragak-agak untuk membelikan sebuah mainan yang berharga RM99.90. Mahu dibeli dua, membazir. Kalau beli satu, takut pula berebut. Namun saya nekad juga membelinya. Seperti seringnya, Rifa Aleesya menjerit keriangan melihat Mamanya pulang kerja dengan mainan baru. 

Dalam waktu yang sama, si Abang juga agresif mahukan mainan tersebut. Rakus cuba membuka kotak yang comel itu. Tatkala itu si adik hanya memandang. Tiada lagi teriakan keterujaan. Rayyan Ariff meneroka setiap inci mainan tersebut. Bermain semahunya dan setelah puas, ditinggalkan permainan itu untuk sesuatu yang lain. Rifa Aleesya yang sedari tadi setia memerhati, segera datang untuk bermain. Teruja dan gembira. 

Sangat hebat apabila anak sekecilnya sudah mula memahami, Abangnya punya kelainan yang mana dialah yang perlu beralah. 

Mainan baru. Sewaktu gambar ini diambil, Rayyan Ariff baru sahaja merampas mainan ini daripada Rifa Aleesya. Bukan sahaja dia membiarkan abangnya merampas, namun dia juga tidak menangis. 

Banyak lagi episod si adik beralah dengan si abang. Banyak lagi episod si adik cuba menjadi 'kakak' kepada si abang.

Ya Rabb, terima kasih di atas ujian-ujian yang Engkau anugerahkan kepadaku, hambaMu yang sentiasa alpa ini.. Syukur ya Allah.. 

8 comments:

m@m@yAyA said...

Allahuakbhar, sebak baca pasal nie kak~

Anak nie sume istimewa kan kak xkirala mcm mana fizikalnya..
Semoga rifa bole menjadi adik dan juga pelindung utk abgnya~

Insyallah kak,jnji Allah tue pasti kn~(tetibe ase bslh sb skrg salu jer mrhkn ank,sguh xsbr sy nie..)

shaliza said...

Assalam Jie, makin besar adik makin matang dia Alhamdulillah. Tak sabar nak tengok dorang dewasa..harap masa itu Jie masih berblogging:-)

MyFreeMinded said...

Terimakasih sebab mencoretkan penulisan ini, yang sedikit sebanyak menyedarkan saya tentang keistimewaan anak2 dan tujuan mereka dikurniakan kepada kita.

Angah said...

anak-anak pencetus ceria, beruntunglah jie memiliki mereka

Cikpah mumy said...

si adik yang cukup memahami..moga dipermudahkan segala urusan ibu...insyallah..

eray said...

rasa sebak..sebab terkadang kurang menghargai anak-anak disisi. terima kasih, membuat saya terfikir sejenak.

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/03/tiada-makanan-banyakkan-susu-ibu-amaran.html

:: puterism :: said...

:-)

semua yang Jiey tulis ni, sebijik dengan apa yang Put dah rasa masa awal-awal timang Sophia. Bila dia makin besar, makin sweet Jiey. Bila adik mengalah untuk abang.

Bila dua-dua ketiduran, mama kejutkan Sophia untuk bangun ke bilik. Dia mengatur langkah satu persatu & membiarkan Lope dalam dukungan sambil cakap "mama dukung Lope la. Ya jalan"

:')

ieda said...

anak2 ni dari sehari ke sehari macam2 tingkah laku yg mereka tunjukkan..ada yg ok..ada yg menguji kesabaran.makin mereka dewasa makin banyak cabaran utk kita...lain anak lain caranya.

rifa pun dah pandai berfikir tu...hopefully dia mewarisi sikap sabar ibunya.