Friday, April 19, 2013

Trip to Kuching 14-16 April 2013

Amboi Cik Kiah, berjalan jer ko eh? Macam duit banyak benar! Agagaga.. Actually, travelling is so not me.. Penat hokehh.. You need another vacation to recover from the first vacation that you went. Kan? Lagi pun, penat nak melayan anak-anak dengan bapaknya sekali. Anak OK sket, bapak yang tak menahan tu.. Dari dok kecik-kecik ati tak menentu, baik dok umah layan mata. Laaaagii afdhallll.. Hehehe..

Actually, saya dijadualkan kena bertugas di Sarawak from 11-13 April. Sebab memang dari dulu bangsa penakut nak tido sorang-sorang kat bilik hotel, ajak la my mom temankan. Nak ajak En.Suami, siyan plak kat anak-anak kena tinggal dengan both parents. Lagi pun kalau apa-apa, susah la plak.

Bila dah ajak my mom, sibuk plak orang tu mengendeng nak ikut. So OK la, kita bawak semua. Including my MIL. Ganti sebab hari tu gi Bandung n Jakarta tak bawak dia kan. Sebab saya konon-kononnya habis keje on 14th, beli la tiket the rest of the family members dari 14hb-16hb. Kiranya, dah habis kerja baru la happy nak ber hu haa.. Kalo tak mana tenang kan? Tu yang budak yang kitorang sewa kete tu cam pelik je datang hari Ahad balik ari Selasa.. Hehehehe.. Tapi event yang scheduled on 11-13 tu cancelled la pulak. Tapi sebab dah booked flight tickets utk semua, apartment pun dah booked, so pergi la jugak.

Flight kami kul 7.10am. Sampai kat Kuching jam 9.30am lebih kurang, amik kete kat airport. Sewa from a guy called Azwan. Kitorang amik Saga BLM Auto, RM120 sehari. Kena bagi RM360 sebab another RM120 tu deposit. Bila pulang kete dia refund lah. Saya tak sempat nak survey pn rate berapa kat sana. Main tangkap muat jer. Googled for kereta sewa di Kuching. Keluar a few websites, saya SMS a few numbers. Yang mana plg awal reply, yang tu la saya amik.

Lepas tu straight away gi check in. Early check in at 10.30am. Kitorang stay kat Ariva Getaway Serviced Apartment. Ok la, 2 bedded apartments. Selesa untuk orang yang ada anak-anak yang suka meneroka.. Spacious.

Depan entrance.. Mommy, Ma, Bibik and Rayyan Ariff.

Lepas checked in, tinggalkan anak-anak kat bibik. Sebab diorang pun dah restless. Nak tido. Maklumlah, kul 4.30am dah gerak gi airport. Lagi pun both of them tak sihat sangat. Demam, selsema, batuk. Complete package. Hampir-hampir nak cancel this trip. Bila nampak diorang OK baru on balik.

Then kitorang gerak gi Pasar Serikin. Pasar Serikin ni dah dekat border Malaysia-Indonesia. So barang dia murah-murah la sebab datang dari seberang. Still, tak semurah Bandung.. Hahahaha..

Tikar evamatik just RM15 je kot kat sini..

Jauh jugak la dari Kuching. Dekat sejam. Cramped bontot sebab jalan dia teruk. Berlubang-lubang. Orang kat sini kata sebab lori keluar masuk. Tu yang rosak.

Pasar ni bukak Saturday and Sunday. Saturday pagi sampai petang. Sunday sampai kul 2pm jer.. So just nice la.. Kami sampai around kul 12pm. Orang dah nak balik, barang-barang dia bagi murah jer..

Kain sulam yang kat Bandung RM30, dapat la kat sini RM50. Still OK kan.. la sebab kalo kat Jalan Tar, RM90-RM120 dah.

Settled dekat Serikin, kitorang balik hotel and bantai tido sampai petang. Penat plus ngantuk sebab a day before, was a hectic day for everyone. Malam tu dah la tido lewat sbb last minute packing, melayan anak muntah-muntah lg. Kul 430 dah gerak gi airport plak kan..

Bangun tido, gerak gi makan. Early dinner.. Early tak early, around 6pm la.. Mula-mula kitorang gi Kopi O Corner sebab tengok kat situ review OK, sekali tutup la pulak. Tatau la pindah ke apa sebab kat Medan Niaga Satok ada satu..

Kat belakang Kopi O Corner tu ada RJ Ayam Penyet. Tengok ramai je orang sure sedap la tu.. So kitorang masuk la.. Memang sedap. Kira tak nyesal la.. Toasted bread with egg dia pun sedap. Bang Ian makan bukan main.. Tuan kecik ni tetiba takmo makan nasik pulak dah lately ni..

Milo Raja tu mak hencekk la yang order. Mana tak gems.. Akakakka..

Muka-muka orang lapar.. Hehehehe..

Peace dari orang demam selsema..

Malam takde agenda. Rehat-rehat je la memandangkan yang Adik pulak demam.. Sampai merah mata dah ha..

Masa ni Ok lg.. Dok main-main lagi.. Lepas tu.. Merengek je keje dia..

Cap Abang beli kat Serikin.

 Ni dapur dia.. Neat and clean.. ;-)

Ruang makan.

Main bedroom. Another room tak amik gambar la pulak..

Bilik termenung..

Tengok tangan dalam cermin. Beria nar nak amik gambar.. Hahaha..

Puas hati la dengan apartment ni. RM640 jer for 2 nights (plus gov and service tax). Tambah sorang untuk buffet breakfast just RM15 je.. Kami kena tambah la sebab ada bibik kan.. Kids below 7, eat for free. Cuma satu jer yang kurang sket. Reception dia kat Level 4. So dari carpark naik lif to level 4, pastu lalu ikut recept utk gi ke bilik dan lain-lain, naik another lif inside. Apartment kami kat 7th Floor. 

Dua beradik ni buat hal dia sendiri.. Agagaga.. Rambut Adik tu baru lepas kena basahkan. Kan demam.. Sponging seluruh badan la jawap dia.. ;-P

Abang yang sebenarnya berebut pen dengan Adik..

Best apa lepak-lepak kat bilik jer.. ;-)

Pagi esoknya, bangun terus bagitau En.Suami kata nak gi Sarawak Culture Village, tau apa dia jawab? Tak payah la.. Dah selalu tengok budaya diorang kat dalam TV nuh.. Ok la kita gi Muzium Kucing.. Takmau la, Abang dulu sejarah failed. Tamau la gi muzium-muzium ni.. Hello bang, Muzium Kucing ada replika kucing, ni bukan Muzium Sarawak! Sakit jiwa akak tau.. Watpe datang jauh-jauh kalo nak lepak-lepak jer.. Mana tak sakit jiwa, duit kuar ribu-ibu stakat nak dok hotel baik book je De Palma Ampang tuh..

Sampai la geram. Hahahah.. Dasar pompuan!

Mak-mak duduk dulu sementara kita bayar additional utk breakfast bibik.

Lapang gila.. Isnin kan, mana nak ramai tourist.. Mak feeling omputih di saat org lain tengah busy kerja.. Hahaha..

 Lepas negotiate kata anak awak tu minat kucing, baru la member bawak. Oh yea, kami pakai Waze je navigate arah. Alhamdulillah tak sesat. Reliable la.. Ada GPS tp hampeh, rosak pulak.. BTW, GPS pun boleh sewa for RM15 per day kot.

Us @ Muzium Kucing..




Satu-satunya gambar berempat. Kalo nak jalan gini best datang dengan abang or adik-adik. Ramai photographer katanya.

Sayang Bang Ian! Kata Dik Sya..

Fascinated. Tengok mulut dia.

Still @ Muzium Kuching

Settled kat Muzium Kucing, kitorang gerak gi cari Kek Lapis. Since yang mengirim memang dah bagitau siap-siap nak yang Dayang Salhah, cari la kami yang si Dayang Salhah. Tapi memang sedap la kek dia..

Selamat datang. Selamat menghabiskan duit. Hahaha..

Masa beli kek ni, biasa la.. En. Suami saya ni kelam kabut sket. Dalam-dalam kelam kabut tu, tersilap kira. Kami ambik 26 bijik tapi dia terkira 30 bijik. Bila 30, free la 3 bijik. Total payment adalah RM300.. Yg bestnya, dah la kek pun dah short, En. Suami bayar la RM300 kat cashier lelaki tu.. Masa tu kat cashier ada 2 orang. Yang my mom plak gi bayar kat another cashier, yang pompuan.. Dah jadi total damages of RM350. Padahal kek ada 26+3 jer pun..

Since kitorang ingat ada 30 kek + 3 free, maka konon-konon adalah lebihnya. Sekali dalam kete masa dok congak-congak, Ma punya 7, Kak punya 4, Mommy punya 5, Abe punya 5 n Abang Punya 5, camne bleh jadi RM300? Ala.. Yag rege RM20 cuma satu jer.. Yang lain RM10 seketul.. Ala.. Dah salah kira la ni.. Takpe la, dah takde rezeki kami.. Yea la, masa tu memang tengah kalut.. Kalut pasaipa? Kalut pasai suami I la.. Dok mengejar suh cepat.. Pastu buat pulak 4,5 packaging. Tu yang confused tu..

Dia confused kita pun confused. Again, xde rezeki.. :-)

Settled beli kek, balik hotel. Tidurkan anak-anak. Lepas tu kuar balik. Kali ni gi Kuching Waterfront. Kedai-kedai souvenir sepanjang jalan tu memang banyak. Ada satu tu murah gila.. Kedai cina.. Lupa dah nama dia. Ah Soon ke apa. So beli la T-shirt I love Kuching, fridge magnets, keychain etc. Utk souvenir kengkawan.

Cantik OK view dia..

Bleh antar URTV ni..


Settled memborong kat Kuching Waterfront, pegi pulak ke Kubah Ria. Sebelah tu ada Medan Niaga Satok, cari terubuk masin yang orang kirim. Dah tu balik hotel. Rehat-rehat sekejap, around 4 something, bawak the kids gi swimming pool. Pool dia kat tingkat 16, very windy so tak sesuai la nak mandi. Tambah-tambah anak-anak tak sihat kan.. Rayyan Ariff memang takde ingin pun la nak masuk, tengok gitu jer.. Rifa Aleesya takyah citer la.. Sakan. Siap terjun. Sib baik ayah dia dapat tangkap.

Tak nyempat tukar baju pun.. Hahaha..

Our little models..

Tengok budak kecik tak reti takut ni. Padahal baru sejam lepas ko makan PCM sebab demam nak..

Nampak view Sg Sarawak. Sukaaa!!

Saya turun jap kononnya nak ambik towel untuk bapak budak n budak kecik ni. Sekali sampai atas balik, tengok dah biru bibir budak kecik ni.. Geram hokayyyy! Bapak gitu la.. Lenient.. Ala, dia yang nak masuk.. Haaa.. Ikut la sangat..

Kita ajak bawak anak-anak gi Semenggoh Wild Life Centre bagi orang utan makan takmo.. Panas, kesian anak-anak demam. Eh, yang dia rendam anak sampai bibir naik biru takpe.. *tepukdahi*

Then terus balik ke bilik, mandikan budak-budak. Tunggu maghrib lepas semayang, terus kuar gi makan. Kali ni menuju ke Top Spot Seafood Foot Court Corner. Rupanya sebelah hotel kami je. Jalan kaki je pun boleh.. Parking hotel n parking building Top Spot ni berhadapan je..

Siakap tiga rasa.. Marvellous!

Butter prawn. Udang galah dia manis gilaaaaa!

Tengok kepala udang galah tu, dah nak sama besar dgn tangan I'olls! Hahahah..

Kami order Siakap 3 rasa, Butter prawn, Kangkung goreng belacan, tomyam campur, ayam goreng halia, nasi putih 7, total just RM122! Padahal portion banyak gilerrrr.. Terkujat mak hokayyyy!! Kedai yang kitorang makan ni not bad at all.. Nama dia ape ntah. Tapi ada perkataan muslim.

The kids were a bit cranky. So memang tak tenang la makannya.. Hahahha.. Lepas makan, balik lepak..

Ini la yang diorang tunggu-tunggu.. Sorang TV, sorang nak landing baikkkk punya..

Then esoknya, by 830am dah siap2 checked out. Kononnya nak gi Semenggoh Wild Life, bini dah membebel so laki ikut je la khennnn.. Sekali, receptionist tu kata, x sempat kot.. Sebab orang utan tu, dia nyer feeding time is at 9am.. Nak gi sana will take around 45min++, pastu by 12pm dh nak gi airport. So macam too rushing.. Cancelled.

Makan pun slowly jer.. Killing the time kononnya..

Tunggu En.Suami check out..

Rayyan Ariff tukang tolak trolley.. ;-)

Ni je la keje nya kan..


Flight kul 1.55pm. Lama gak la kami melanguk kat airport.. So bila naik je, terus dua-dua lena.. ;-)

Bangun je.. Suap pancake tu si Abang. Pre-booked meal. Memang sengaja tak amik nasik sebab tahu lately dia takmo makan nasi.. Yang si Adik pulak, bangun masa dah nak landing. Dia bantai nangis tak ingat. Budak ni kalo dah nangis, takde daya nak pujuk! Memang tak jalan..

LCCT.. Alhamdulillah selamat sampai.. Lesu? OK, mama topup cuti skolah Bang Ian sampai Friday.. Hahahaha..

Tu je la citer cuti-cuti Sarawak. Next? Wallahualam. There will be a wedding in the family tak lama lagi.. So, main focus is on the preparation.. ;-)

4 comments:

Erna Nordiana Zamri said...

seronok dapat bekerja sambil melancong sambil bawak semua ikut pi kerja sama. hehehe

MyFreeMinded said...

bercuti sakan lah si hero tu ye... seronoknya.. bab makan tu tak tahan tengok, memang mengiurkan...

Bukan Bidadari said...

teringin nak g kuching!

A lady with 2 Putra's In Life... said...

Salam..
patut u try midin goreng belacan.. sedap tu! i dulu siap pi cari n tapau balik KL.. hehehehe