Wednesday, April 1, 2015

Pon pon pon.. Meh update!

Assalamualaikum.
 
Last update bulan January and now dah April. Vaa.. vaa.. vaa.. Hebat sungguh. Caught in between penyakit malas dan tak cukup masa. Maka itulah jadinya. Hekhek. Dulu-dulu walau dah kurang berbelog, aktiflah jugak meroyan, menjemah, membedah, mensenah di IG atau FB. Sekarang ni, dapat sekali hari post something kat IG tu dah kira hebat yang amat. Kehkehkeh. Busy mengalah PM ke? Idok le. Tapi mesej whatsapp, SMS, telegram pun respons slow melow aku nih, apa lagi lah nak hapdet sana sini.
 
Banyak yang jadi tapi takde masa nak letak. Cerita banjir, cerita sekolah, cerita kerja, cerita business, cerita keluarga, tapi senduuu nak tunggu masuk belog. Maka marilah kita gigih update serba sedikit. Walau taktau berapa kerat orang yang baca. Huehuehue.
 
Abang Rayyan Ariff. Subhanallah, dah jauh perjalanan aku dengan budak ni rupanya. Biasa lah. Ada hari sakit, ada hari sihat. Aku panggil dia my EO boy sebab aku heavily oil kan budak ni. Masa aku 'mengeluh' bercerita dengan adik aku pasal harga EO Bang Ian yang mahal-mahal, terdiam aku masa adik aku jawab, "Takpelah mahal pun, kurang-kurangnya kita dah boleh gurau-gurau gini dengan dia. Kalau tak belum tentu.."
 


video
Gurau mengekek dengan adik dia.. Hekhek.
 
Heheheh. Bukan aku tak perasan, tapi gitulah manusia ni kan. Bila kita letak sesuatu sebagai target, kita kadang terlupa nak tengok everything in a whole. Kita lebih tertumpu. Aku admit la Bang Ian ni makin improved. Alhamdulillah badan dia makin elok tegap. Makin alert, makin responsive. Dah boleh bergurau main kejar-kejar bagai. Imitating more etc. Perangai pun well behaved. Memang hati aku boleh senyumlah kalau ingatkan dia.
 
Last 2 weeks, aku berperang dengan sawan dia. Jadi jerkings before tido and jadi balik complex partial seizures yang detected in 2012 dulu. Adehhh. Gigih mak dia ni bereksperimen mencari kombinasi EO yang sesuai untuk dia setiap malam. Alhamdulillah dah OK banyak sangat dah haa.. Kalau aku bawak ke spital dah komfem-komfem buat EEG and silap2 on balik ubat. Seboleh-boleh aku nak elak sebab aku dah tengok kesan ubat sawan tu kat dia. Alhamdulillah so far terkawallah sawan Bang Ian ni.
 
Terbaru, aku pakai these combination;
Valor Essential Oil - RM52
Sacred Frankincense Essential Oil - RM360
Joy Essential Oil - RM161
Frankincense Essential Oil - RM117
 
Before that aku pakai Brain Power Essential Oil - RM241, Rose Essential Oil - RM734, Royal Hawaian Saldalwood - RM385, Peace & Calming Essential Oil - RM58, Lemon Essential Oil - RM46, Orange Essential Oil - RM44 dan macam-macam lagi. Trial and error dan Alhamdulillah, so far aku boleh nampak pattern dia and boleh tengok his reaction towards it. So dah boleh main tukar-tukar kalau nampak dia dah tak berapa nak respon pada certain combinations. Carik EO yang high in sesquiterpenes and monoterpenes etc.
 
Pada aku EO ni banyak membantu daripada pemulihan fisiologi dan emosi dalam kes Rayyan Ariff. Tapi janganlah harap EO ni buat magic kekdahnya. Usaha lain kenalah gigih jugak. Bang Ian masih pun lagi berstimulaterapi seminggu sekali, ber cranial sacral therapy, OT and ST. Nanti nak cari masa tunggang menunggang kuda pulak. Hekhek.
 
Well behaved. Elok je menconteng sementara makanan nak sampai kat kedai makan. Ni ketara sangat lepas aku bagi budak hensem ni minum Rose water. Ekekeke. Less tantrums ko!
 
Tengok beza badan dia gambar atas and bawah. Before ni kalau dia jalan, tamgan dia akan terangkat ke atas sebab nak cari balance. So aku decide nak buat continously 1 month plus daily oilings on spine, Alhamdulillah result dia memang memuaskan. Badan lebih tegap and jalan pun lebih relax. Tangan tu tidaklah flapping in the air mencarik balancing. Lebih kepada dah jadi habit dah pulak. Hekhek.  
 
Banyak lagilah update Bang Ian ni. Nanti aku citer sikit2, pelan2 kayuh.
 
Bab adik pulak, kena panggil kakak kat dia. Takmo dia panggil adik. Perasaan lebih. Dia macam biasalah, masih dengan peel dia. Tapi dah senang banyak jugaklah dengan dia ni. Nanti lenkali plak aku hapdet pasal dia.
 

Ni citer last week, member dah banyak minggu mintak nak belaja ballet. Nak jadi ballerina. Aku ngikutkan je la.
 
Actually sebelum ni aku tak nampak pun significant orang yang hantar anak dia gi kelas ballet ke, kelas piano ke.. Nak wat mendenya? Bukan dah besor kang jadik ballerina ke pianist ke hape. Dah tentu-tentu pelik nak terjengkit-jengkit berjoget gitu. Lagi pun mak aku dulu anta kami adik beradik gi kelas mengaji dengan kelas tuisyen je pun. Old fashion sket kan aku ni. So aku sign up dia kelas mengaji je lah. Kahhhh
 
Sebab dia dok sebut2, aku pun tanya la kawan aku relevannya anta anak gi kelas2 macam ni. Then bila kawan tu dah bagi reasoning and aku pun dh tengok sendiri anak aku masa trial class tu, aku pun agreed dgn konsep finding self-disciplines and taking instructions melalui kelas-kelas sebegini. Lebih aku setuju bila kawan aku tu cakap, "My mom would let us take any class that we want and if it involves something like aurat or anything, there will always be a disclaimer, Yes you can join but once you get your menses ataupun dah akil baligh, have to stop."
 
Tiba-tiba rasa modennya aku sebab anta anak gi kelas ballet. Kahhhhhhhh. Orang kampung kata ko!
 
Ok, till then.
 
P/s - Interested with Young Living Essential Oil? Do whatsapp me at 0172742005.  
 

1 comment:

Kak Rose said...

Lama tak baca perkembangan Ian, so happy tengok dia dah berlari..... Alhamdullilah sangat2!