Hari ini seperti kebiasaannya, masih menjadi sabtu yang sibuk buat kami.. Keluar dari rumah seawal jam 8am dan hanya tiba kembali di rumah pada jam 8pm. Penat? Sememangnya! Penat fizikal dan juga mental..
.
Ada waktu, minda ini bagaikan terlalu 'penat' dengan pelbagai permintaan dan arahan.. "Oh Rayyan is still not good at this, you need to do a lot of this at home.." Atau mungkin juga, "Hmm.. Rayyan is still not good at that, you need to make him do that over and over, and over again.."
.
Seringnya, banyak yang masih Rayyan 'belum tahu'.. Banyak yang Rayyan masih 'belum mampu'.. Yang mana akhirnya berbalik kepada, "You kena buat ni untuk dia.. You kena buat tu untuk dia.."
.
Ada waktu, tangan ini bagai mahu menutup telinga sambil mulut menjerit, "Enough is enough! When we managed to get him to do something new, there'll always be more and more and more and more that we need to do!! There'll never be enough for a child like Rayyan Ariff.. Just leave my baby alone!!"
.
Namun mata hati dan jiwa bagaikan terus memperingatkan, "Inilah namanya perjuangan.. Apabila kita tiada pilihan, kita akan terus menjadi lebih kuat di atas dasar kasih sayang.."
.
Sejujurnya, saya pernah berfikir, mungkin seharusnya saya menghentikan segalanya dan 'berehat'.. Sekadar menikmati hidup seadanya.. Biarlah Rayyan Ariff lambat dari segala segi, yang penting kami gembira.. Menikmati rasa kasih tanpa perlu memikirkan, "Oh, fisio masih belum dibuat.. Sensory masih belum dilakukan.. Speech masih belum dimulakan.."
.
Hanya hidup dan menikmati segalanya tanpa perlu ada rasa tanggungjawab.. Kerana semakin banyak yang kita melakukan, semakin banyak yang kita dedahkan dan semakin banyak sesutu yang baru perlu kita mulakan..
.
Tapi pemikiran seperti ini adalah terlalu kejam untuk anak-anak seperti Rayyan Ariff. Mengapa harus mengalah seandainya kita tahu potensi mereka adalah seperti seluas lautan? Mengapa perlu merasa 'penat' seandainya usaha kita baru sahaja diibaratkan seperti setitis air di lautan itu?
.
Biarlah mama penat untukmu di kala ini, kerana mama tahu kamu bisa.. Kita, akan terus melangkah meniti jalanan ini walaupun payah. Dan mama berjanji, hati ini akan menjadi lebih 'kering' apabila mendengar tangisan manjamu.. Kerna mama, seperti ibu-ibu yang lain, hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya.. Untuk kamu anakku!
.

.
"He just slow, but he's not mentally challenged.." Ujar Sarjit semasa sesi terapi tadi.. Seraya itu, Rayyan Ariff memandang Sarjit dengan senyuman manisnya.. Dan memberikan satu pandangan tanda memohon 'kebenaran' untuk bermain dengan mainan kesukaannya dan menghentikan sesi terapi itu..
.
"See.. I told you he's smart.. This is smart.." Kata Sarjit sambil merujuk kepada wajah nakal Rayyan Ariff dan membenarkan dia bermain dengan alat itu buat seketika..
.
Rayyan Ariff, apabila kaki ini terasa berat untuk melangkah, kau sorongkan kekuatan itu melalui langkah kecilmu.. Mama tidak mungkin kan jatuh kerana mama mahu terus sekuat kamu! Terima kasih tuhan di atas kurniaanMu yang tak ternilai harganya ini!
.
PadaMu ku bersujud!