Thursday, August 5, 2010

Tentang terapi dan hati seorang ibu..

Sudah lama saya belikan bead toy ini buat Rayyan Ariff. Sewaktu saya masih bercuti tanpa gaji kalau tidak salah saya. Walaupun ianya hanyalah used item, namun tiada celanya. Masih tersangat elok.
.
Kali pertama saya perkenalkan mainan ini kepada Rayyan Ariff, dia tidak tahu corak permainannya. Yang dia tahu hanyalah memusingkan beads yang ada pada alat itu. Dia tidak faham bahawa dia perlu membawa satu bead itu dari satu hujung ke hujung yang lain. Berkali-kali saya tunjukkan alat itu kepada Rayyan Ariff. Sudahnya, saya biarkan sahaja dia dengan caranya.
.
Sabtu lalu, di sesi terapi carakerja, Pn Nurul mengeluarkan bead toy dan mengajar Rayyan Ariff menggerakkan bebola kecil itu dari hujung ke hujung, satu persatu sehingga semuanya selesai. Alhamdulillah, Rayyan Ariff bisa melakukannya walaupun dengan sedikit sokongan dari Pn.Nurul. Namun fokusnya bagus sekali.
.
Dan sebentar tadi, saya kembali mengeluarkan bead toy Rayyan Ariff yang sudah lama tersadai di ceruk dinding bilik tidur saya. Ia terperuk di situ akibat balingan Rayyan Ariff beberapa waktu yang lalu. Tiada seorang pun di antara kami yang mengambil peduli tentang alat itu kerna Rayyan Ariff 'tidak tahu' cara untuk bermain dengannya.
.
Alat permainan itu saya basuh sebersih-bersihnya lalu saya berikan kepada Rayyan Ariff. Sangka saya, tentunya dia sudah lupa bagaimana mahu bermain dengan alat itu. Namun telahan saya silap sama sekali. Seperti seringnya, dia tidak pernah gagal untuk membuatkan saya kagum dengan keupayaannya.
.
Dia masih ingat ajaran Pn.Nurul hari sabtu yang lalu! Dan dia, melakukannya sendiri tanpa bantuan dari saya! *Oh mungkin ada sedikit bantuan dari saya bagi laluan yang agak sukar dan berliku* :P
.
Terus saya mencapai kamera digital dan cuma merakamkan detik itu. Namun percubaan demi percubaan gagal apabila Rayyan ARiff seringnya mahu merebut kamera yang ada di tangan saya. Sudahnya saya berhenti mencuba apabila dia mula melaungkan tangisan marah apabila kehendaknya tidak diberi..
.
video

Cubaan rakaman pertama yang gagal kerana tangan kecil itu tidak berhenti cuba mencapai..
.
video
Cubaan kedua secara bersembunyi sebelum dia akhirnya menyedari kewujudan kamera di belakangnya.. :P
.
Aktiviti ini sebenarnya bagus untuk pergerakan pergelangan tangan. InsyaAllah ianya akan memudahkan anak untuk menulis suatu masa nanti. Itulah yang diterangkan oleh Pn. Nurul tempoh hari.
.
Melihatkan sesuatu seperti inilah yang menghilangkan penat lelah saya untuknya. Walaupun banyak waktu harus saya peruntukkan untuk pembangunannya, namun saya rela. Kerna dialah permata, dialah segala. Selagi ada kudrat dan pertolongan dariNya, saya akan terus berusaha untuk anak ini.
.
InsyaAllah..
.
Seorang teman mengirim SMS kepada saya mengatakan dia menangis melihatkan klip video tentang sesi terapi Rayyan Ariff yang saya buat sebelum ini. Dan menurut seorang lagi teman saya, ianya memang menyayat hati. Dan dia juga melahirkan rasa kasihan yang mendalam padanya.
.
Katanya, saya kuat kerana berjaya melalui semua ini. Kerana pada matanya saya kelihatan seakan-akan 'keras' dan tidak punya perasaan. Masih bisa berjenaka dan tertawa mengenainya.
.
Masakan saya mahu menangisi takdirNya saban waktu. Apa yang akan saya perolehi dengan itu semua. Hidup perlu diteruskan walaupun payah. Itu janji saya sewaktu saya mengetahui tentang kelainan Rayyan Ariff. Walau ada waktu saya tersadung, saya tahu saya akan kembali bangkit. Kerana semua yang ada bersama saya. Sungguh.
.
Tipulah kalau dikatakan saya tidak punya perasaan. Hati saya meraung tatkala melihat tangisan ketakutan Rayyan Ariff sewaktu saya'memaksanya' berjalan dengan hanya sokongan yang minima. Hati saya merintih apabila dia menangis ketidakselesaan sewaktu saya mengenakan hearing aid pada telinganya. Hati saya pecah setiap kali saya 'memaksanya' melakukan sesuatu. Jiwa ini hancur.
.
Dan percayalah, walau sedari dulu lagi senario ini saya saksikan dengan mata ini, namun hati saya masih menangis.. Kerna saya adalah ibunya. Menyaksikan satu adegan di mana anak lelaki saya seringnya menikmati sarapan pagi, makan tengahari dan adakalanya makan malam, di dalam kereta sewaktu di dalam perjalanan pergi atau pulang dari hospital.
.Di suap bibik sewaktu perjalanan pulang ke rumah dari SDMC pada hari sabtu yang lalu.. MRR2 sesak teruk kerna banjir. Keluar dari SDMc jam 6.00pm namun jam 715pm kami masih jalanan.. Mujur bubur Rayyan Ariff sudah siap sedia dari awal..
.Mujur ada permainan pemberian ibu Nabila yang sedia menemani..
Terima kasih ibu..
=)
.Kembang kuncup hidung anak mama mengunyah makanan.. :P
.
Di saat anak kecil lain menikmati makanan di rumah atau di restoran sambil duduk di kerusi kanak-kanak yang comel, Rayyan Ariff saya pula tidak kisah makan di mana-mana. Di dalam kereta, di bangku klinik sewaktu menunggu giliran bertemu doktor, di tempat menunggu di antara waktu ruang untuk ke sesi terapi seterusnya, dan mungkin juga di kafe hospital.
.
Keadaan menjadikan dia kuat. Kerna dia adalah salah seorang daripada superkids bukan? =)

8 comments:

nisa said...

Ya! Rayyan adalah superkids kita.... Go Rayyan! You can do it!

Pnut said...

Ian masih nak duduk dalam car seat, bagusnya..
Alesya?? jangan harapppppp... gerammm betoiiii... nak berdiri sendiri, nak orang pangku dia... tension mak dia...tak reti diam...

yatie chomeyl said...

abe Ian key good bo, dio x kiro mano make kat mano2 pong...janji leh make sdap2 key abe Ian ;)

alyyani said...

behave nye ian dok dalam car seat. huhuhu... jeles!

fatonah said...

yup..ian mmg superkids..dan awak pon supermama kan?????...:p

Lynn Nasir said...

salam,

banyak yg sudah rayyan tempuhi utk 'fit-in' dlm masyarakat. kalaulah boleh dibiarkan saja dia menikmati zaman kanak2 tanpa terapi..

tini said...

owh, no doubt mama ian mmg kuat. dah start folic asid eh? akak pun dah start. harap2 ada rezeki segera untuk kita berdua. ameen

transformed housewife said...

Rayyan mmg superkid.