Friday, July 2, 2010

Untuk sebuah kehadiran yang membahagiakan dan melengkapkan..

First thing first, buat teman yang meminta untuk melihat keseluruhan rekabentuk pelamin, here it is.. It's very simple because the groom prefers it to be that way.. It fact, he designed it himself.. =)
.

Sebelum ketibaan rombongan pengantin perempuan..
.

Ni plak, pengantin yang dok risau coz bini dia tak sampai2.. Siap tunggu depan rumah kau.. Muahahhaha..

Ok, back to the main topic..
=)
.
Bila sahaja kita berpeluang berkumpul dengan sanak-saudara yang jarang sekali dapat bersua muka, tentunya masing-masing tidak akan melepaskan peluang bertanya khabar dan bercerita tentang perkembangan terbaru. Begitulah pada majlis perkahwinan ini. Sama juga seperti hari raya.
.
“Anak dah berapa?”
“Yang ni dah berapa tahun umur?”“Bila nak menambah?”
Dan sebagainya.
.
Saya juga tidak terkecuali daripada menerima soalan yang sama. Cuma pastinya ada soalan-soalan tambahan kerana sedia maklum, jalanan hidup kami bukanlah likuan yang biasa.
.
Kepada yang ‘mengenali’ siapa Rayyan Ariff sedari awal kelahirannya, persoalan-persoalan seperti “Eh, masih belum berjalan”.. “Masih belum boleh bercakap?” tidak akan timbul kerana apa yang sering mereka ungkapkan ialah, “Alhamdulillah.. Dah dapat macam ni dia yea..”
.
Namun bagi mereka yang tidak mengetahui dalam luar Rayyan Ariff pastinya akan mengemukakan soalan-soalan lazim yang seringnya saya terima. Saya tidak salahkan mereka kerana pada usia 2 tahun, Rayyan Ariff masih tidak dapat melakukan apa yang anak-anak sebaya dengannya lakukan.
.
Mahu mendengar panggilan mama daripada mulutnya amat sukar, inikan pula mahu mendengar dia menyusun ayat yang penuh. Mahu melihat dia berdiri sendiri tanpa berpegang kepada sesuatu pun sukar, inikan pula mahu melihat dia berjalan sendiri. Berilah dia waktu. Dia sedang berusaha. Inilah anak saya yang kuat..
.
Seperti kebiasaannya, saya akan memulakan cerita mengenai Rayyan Ariff kepada yang bertanya. Dan seperti kebiasaannya juga, saya akan menerima maklumbalas daripada mereka..
.
“Takpe la.. Sabarlah.. Jagalah elok2.. Tuhan nak duga kita..”
“Redha la.. Kita kena kuat.. Dah tuhan pilih kita.. Budak macam ni bawak rezeki ni..”
Dan macam-macam lagi.
.
Saya? Sejujurnya, saya tidak gemar dengan ayat-ayat di atas. Apa perlunya saya sabar? Apa perlunya saya kuat?
.
Saya sudah melepasi semua fasa di atas. Saya sudah jauh melepasi fasa ‘redha’ dengan keadaan Rayyan Ariff. Saya tiada rasa sedih. Saya tiada rasa ralat. Semua itu sudah lama berkubur.
.
Dia membahagiakan hati seorang ibu dengan gelak tawanya.
Dia membahagiakan hati seorang ibu dengan keletahnya.
Dia membahagiakan hati seorang ibu apabila dia memeluk dan mencium saya bertalu-talu bagaikan tiada hari esok.
Dia membahagiakan hati seorang ibu apabila dia menunjukkan satu demi satu kesungguhan dan kemajuan.
Dia membahagiakan hati seorang ibu dengan wajahnya yang comel dan senyuman nakalnya.
.
Kalau kehadirannya dalam kehidupan kami adalah membahagiakan, bagaimana kami mampu memanggilnya sebagai ‘satu dugaan’? Tidak sama sekali.
.
Dia istimewa. Dalam semua segi. Dan dia, punya tempat yang sangat istimewa di dalam hati saya. Sungguh sebagai ibu yang bakal melahirkan, kita seringnya memohon agar dikurniakan zuriat yang sihat dan sempurna. Dan Alhamdulillah, tuhan kurniakan saya dengan anak yang sihat, dan cukup sempurna di mata saya.
.
Bukankah kesempurnaan itu suatu yang subjektif. Mungkin ada yang melihat Rayyan Ariff sebagai kurang sempurna kerana mereka biasa melihat kesempurnaan pada anak-anak mereka. Namun mereka sebenarnya terlupa bahawa saya juga begitu. Kerana keterbiasaan saya bersama Rayyan Ariff, saya pernah melihat anak-anak lain sebagai sesuatu yang berlainan..
.
“Wahhh.. Bulatnya kepala baby tu.. Kenapa ek?” Betul. Saya terlupa apabila melihat bentuk kepala bayi adalah bulat kerana sudah terbiasa melihat bentuk kepala Rayyan Ariff yang berlainan. Inilah satu contoh bahawa pada kita, sesuatu yang rutin itu adalah sesuatu yang normal. Makanya pada saya, Rayyan Ariff adalah terlalu normal.
.
Di mata kami, tiada apa yang kurang pada anak kecil ini. Wajahnya bersih. Dan dihati kami pula, melimpah ruah kasih untuknya..
.

Sayang dia sepenuh jiwa!

Thursday, July 1, 2010

Selamat datang ke dalam keluarga kecil kami wahai Puan F.. =)

Owh, saya sudah punya kakak ipar.. *Semoga tuan kecik cepat dapat cousin buat kawan bermain*
.
Rentetan majlis pernikahan Encik F dan Puan F..
.Hanya dengan sekali lafaz, abang saya kini bergelar suami orang..

Bacaan taklik..
.
Pengantin perempuan
.
Pengantin dan barangan hantaran..
.
Majlis bersanding di Bangsar..
.
Kakak ipar saya adalah kipas-susah-mati warna purple & pink.. :P
.
Control macho la neh..
.
Majlis menyambut menantu di Kota Bharu..
Adik lelaki dan adik perempuan kami yang menjadi pengepit..
Warna tema : Putih + Hitam + Oren
Di mana saya? Huhuhu.. Ada kisah tentang Rayyan Ariff lagi di sebalik ketiadaan saya!
.
Mommy & her cousin aka mak sepupu saya..
Apsal diorang slim? Confuse okeh!!
.
.
Rombongan pengantin perempuan
.
Perempuan comel yang sibuk atau pura-pura sibukkah? Muahahhah
P/s - Balik spital terus buat keje.. Jadik tukang bagi doorgift =)
.
Meh bang, kita interframe dulu.. Kot pengantin dah naik, takde plak chance kita.. :P
.
Keluarga pengantin perempuan
.
Keluarga pengantin lelaki without abah.. Abah busy layan tetamu.. :P
.
Aihh, takkan nak tido dah kot??
.
Our family, Jek dah tuka baju.. Abah plak tatau naper tak pakai baju oren.. Siyan abah.. Hehehhe..
.
Family belah mommy..
.
Saya tinggalkan anda dengan gambar pengantin.. *Beria tuh outdoor shooting*
P/s - Kalau baju pengantin colour ada 'lari' sket, designer adalah abang saya sendiri.. Muahahahha..
.
Actually at first, saya tidak begitu menyenangi kehadiran Kak F dalam keluarga kami. Mungkin saya sedikit beremosi kerana satu-satunya abang saya kini bukan lagi milik kami sepenuhnya. Namun setelah segalanya selesai, saya melihat ini sebagai penyatuan dua buah keluarga. Tiada siapa yang dirampas di dalam episod ini dan saya seharusnya bersyukur kerana kini abang saya sudah punya pasangan untuk mengharungi suka duka kehidupan.
Alhamdulillah..
.
Dan Kak F juga baik orangnya.. Mungkin kerana kami jarang berhubung sepanjang tempoh dia mengenali abang saya telah menjarakkan hubungan kami..
.
Untuk abang dan kakak saya, selamat pengantin baru dan semoga segalanya berkekalan sehingga ke hujung nyawa.. Kak F, selamat datang ke dalam keluarga kami.. =)

Tuesday, June 29, 2010

My very own singing baby.. =)

I'm backkk.. =)
Ok, before I blog about my brother's wedding reception, I shall start with Rayyan Ariff's story first..
Coz I know, he's the star here..
Korang mesti tak berapa nak tahu pasal makcik, laki makcik ataupun abe makcik kan? :P
.Ada orang rindu saya tak??? :P
.
Sedari kecil, lena Rayyan Ariff sering diulit oleh suara atuk yang gemar mendodoikannya hingga dia tertidur.. Irama itu diperdengarkan berulang kali dan Rayyan Ariff bagaikan tidak pernah jemu mendengarnya. Mudah sekali dia tertidur dengan irama itu..
.
Lagu apakah yang dinyanyikan atuk? Sungguh saya tidak tahu.. Yang ada hanyalah humming sound sebenarnya.. =)
.
Bagaimana bunyinya? Dengarkanlah sendiri.. =)
.

*Sila abaikan rakaman telinga Rayyan Ariff, I was trying so hard to hide the camera from him* :P
.
Yes peeps, it is Rayyan Ariff's voice after mine! He knows how to do it on his own!! Another thing that can be put under his "development" list, right?
.
Sebolehnya dia cuba meniru irama yang kita hasilkan. Alhamdulillah..
.
Dan sebenarnya, inilah antara indikasi bahawa putera comel kami ini bisa mendengar. Dia mempelajari irama ini tanpa perlu menggunakan hearing aid, sepertimana yang telah ditunjukkan di dalam rakaman di atas. 'Petunjuk-petunjuk' seperti inilah yang membuatkan abah saya tidak berapa berkenan dengan keputusan kami mengenakan hearing aid pada Rayyan Ariff.
.
Namun, sesuatu yang perlu dilakukan tetap perlu dilakukan..
.
Istimewanya Rayyan Ariff ialah dia tidak hilang kesemua deria pendengarannya.. Pernah saya terangkan tentang ini dalam beberapa entri yang lalu.. Kerna itulah dia masih mampu memberikan tindakbalas terhadap arahan ataupun bunyi-bunyian yang dihasilkan dalam nada yang biasa.. =)
.
Dan kini, bukan hanya saya dan adik-beradik saya sahaja yang menghafal irama ini, malahan bibik saya juga semakin expert dalam mendodoikan Rayyan Ariff dengan irama ini. Apabila sahaja kita berhenti sebelum dia tertidur, Rayyan Ariff akan menguis-nguis tangan kita sambil menghasilkan bunyi ini sebagai tanda mahu didodoi.. Comel!
.
Anak bujang saya yang teristimewa tetapi takut berbuai.. :P

Friday, June 25, 2010

Sudah teramat besar rahmat dan nikmat yang diberikanNya kepada kita..

Bersiaran dari kampung.. Sekadar mencuri sedikit masa kerana agak sibuk dengan banyak perkara yang perlu dilakukan menjelang majlis esok hari..
.
Petang semalam, kami ke Pantai Cahaya Bulan atas ajakan Uncle Rayyan Ariff. Sepanjang di sana, saya hanya duduk di atas batu dan berbual-bual sambil memerhatikan abang dan adik saya dari kejauhan..
.
"Syukur Alhamdulillah.. Semua menerima Rayyan Ariff dan menyayangi dirinya seadanya.." Kata saya kepada Hubby..
."Apa la adik ni.. Mestilah terima, mestilah sayang.. Walaupun dia macam tu, dah banyak rahmat dan nikmat yang tuhan bagi pada kita. Dari 2/3 hari je doktor bagi kat kita, dah dua tahun lebih dia dengan kita.. Banyak dah progress yang dia tunjuk.."
.Ian & Uncle
.
Che Su, Ian & Uncle
.Baju hensem untuk budak hensem! ~@Tima kasih Ibu Habib, for the lovely gift@~

Thursday, June 24, 2010

~Untuk anak saya yang gilakan kipas~

Sudah agak lama kami tidak makan malam di luar. Bukannya apa, Rayyan Ariff sekarang agak sukar untuk dikawal. Mahunya hanya berjalan sahaja sehingga menyukarkan kami untuk makan dengan aman.
.
Namun semalam, hubby membawa kami sekeluarga ke sebuah restoran yang mengajikan masakan thai. Restoran yang biasa-biasa sahaja namun nilai sentimentalnya tinggi buat kami kerana di sinilah kami selalu menjamu selera dan berdating sebaik pulang dari kerja sewaktu zaman bercinta dahulu kerana ianya berdekatan dengan rumah saya.
.
Dan yang penting, masakannya juga menepati selera kami.. =)
.Telur bungkus dan siakap tiga rasa..
.Tomyam campur dan kerabu mangga.. Marvellous! =)
.
Kali ini, kami dapat menikmati hidangan dengan tenang.. Tiada gangguan daripada Rayyan Ariff. Malahan, semasa di suap sedikit makanan yang ada, ditolaknya mentah-mentah. Semuanya kerana, he's fully occupied!
.A happy boy.. =)
.
Bagi yang mengikuti blog ini sedari awal, pastinya teman-teman sedia maklum bahawa Rayyan Ariff adalah terlalu obses dengan kipas. Makanya, kami hanya membiarkan dia bermain dengan kipas kecilnya dan hasilnya, dia tersenyum dan tertawa tanpa henti!
.
OK, apa yang mengalih perhatian Rayyan Ariff daripada kipas kecilnya??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jawapannya;
.
A much, much bigger fan!
=P

Tuesday, June 22, 2010

Apa rasanya punya anak istimewa??

Masih memikirkan tentang siapa yang akan membawa Rayyan Ariff ke sesi fisioterapi, terapi carakerja dan juga terapi pertuturan setelah adik saya kembali menyambung pelajaran nanti..
.
Kalau, kalaulah saya mampu berada di samping Rayyan Ariff untuk sepenuh waktu seperti sebelumnya, pasti segalanya akan menjadi lebih mudah.. Lebih terurus..
.
"He was doing so well when you were taking care of him. He started to do most of the new things when he was with you. That's why I said that he may be able to walk within a short time. Because he was doing very well. But now, without you, it's a bit stagnant although he's still showing progress.. I expected more from him because he was doing better before.."
.
Aahh!! Pernyataan daripada Sarjit benar-benar menyentap tangkai hati ini. Menyuburkan rasa bersalah di setiap rongga jiwa. Namun apalah daya diri ini.. Kami telah mencuba sedaya yang termampu namun segalanya masih tidak mencukupi..
.
Masa yang ada untuknya terlalu terhad.
..
Melihat wajah mulusnya, saya terasa bagaikan 'berhutang' dengannya. Kerana kami semua maklum tentang potensi dirinya.. Namun banyak waktu, segalanya tertangguh kerana kekangan masa dan sumber.
.
Moga-moga dipermudahkan segalanya.. Aminnn..
.
Untuk menjawab soalan seorang teman tentang apa rasanya punya seorang anak yang cukup istimewa;- ianya satu perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Saya tidak melihat ini sebagai satu dugaan. Saya tidak merasakan ini sebagai satu balasan. Tidak lagi. Tidak sesekali.
.
Diri ini sebetulnya berada di dalam lingkungan rahmatNya apabila diberi peluang menyaksikan keajaiban ini sendiri. Setiap kali saya melihat telatah Rayyan Ariff yang mengundang tawa, hati dan minda seiring berkata, "Subhanallah.. Agungnya ciptaan tuhan. Besarnya kekuasaanMu ya Allah.. Terima kasih kerana memperlihatkan keajaiban ini di hadapan mataku Ya Allah.."
.
Sungguh. Ini perasaannya setiap kali saya memandang Rayyan Ariff.
.
Keajaiban itu bukan kerana Rayyan Ariff hebat apabila dia bisa merangkak..
Keajaiban itu bukan kerana Rayyan Ariff hebat apabila dia bisa diajar..
Keajaiban itu bukan kerana Rayyan Ariff hebat apabila dia bisa melakukan setiap sesuatu..
Keajaiban itu adalah apabila Dia memberikan Rayyan Ariff kelebihan di dalam setiap perkara walaupun kekurangannya bukan sedikit..
.
Segalanya berkait dengan kekuasaanNya..
Apabila Dia yang memberi.. Maha memberi..
Allahuakbar!
.
"For a child that was born with such condition, Rayyan is doing very very well!"
Thanks for the acknowledgement Sarjit.
.
Syukur Alhamdulillah..
Terima kasih tuhan..