Tuesday, June 22, 2010

Apa rasanya punya anak istimewa??

Masih memikirkan tentang siapa yang akan membawa Rayyan Ariff ke sesi fisioterapi, terapi carakerja dan juga terapi pertuturan setelah adik saya kembali menyambung pelajaran nanti..
.
Kalau, kalaulah saya mampu berada di samping Rayyan Ariff untuk sepenuh waktu seperti sebelumnya, pasti segalanya akan menjadi lebih mudah.. Lebih terurus..
.
"He was doing so well when you were taking care of him. He started to do most of the new things when he was with you. That's why I said that he may be able to walk within a short time. Because he was doing very well. But now, without you, it's a bit stagnant although he's still showing progress.. I expected more from him because he was doing better before.."
.
Aahh!! Pernyataan daripada Sarjit benar-benar menyentap tangkai hati ini. Menyuburkan rasa bersalah di setiap rongga jiwa. Namun apalah daya diri ini.. Kami telah mencuba sedaya yang termampu namun segalanya masih tidak mencukupi..
.
Masa yang ada untuknya terlalu terhad.
..
Melihat wajah mulusnya, saya terasa bagaikan 'berhutang' dengannya. Kerana kami semua maklum tentang potensi dirinya.. Namun banyak waktu, segalanya tertangguh kerana kekangan masa dan sumber.
.
Moga-moga dipermudahkan segalanya.. Aminnn..
.
Untuk menjawab soalan seorang teman tentang apa rasanya punya seorang anak yang cukup istimewa;- ianya satu perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Saya tidak melihat ini sebagai satu dugaan. Saya tidak merasakan ini sebagai satu balasan. Tidak lagi. Tidak sesekali.
.
Diri ini sebetulnya berada di dalam lingkungan rahmatNya apabila diberi peluang menyaksikan keajaiban ini sendiri. Setiap kali saya melihat telatah Rayyan Ariff yang mengundang tawa, hati dan minda seiring berkata, "Subhanallah.. Agungnya ciptaan tuhan. Besarnya kekuasaanMu ya Allah.. Terima kasih kerana memperlihatkan keajaiban ini di hadapan mataku Ya Allah.."
.
Sungguh. Ini perasaannya setiap kali saya memandang Rayyan Ariff.
.
Keajaiban itu bukan kerana Rayyan Ariff hebat apabila dia bisa merangkak..
Keajaiban itu bukan kerana Rayyan Ariff hebat apabila dia bisa diajar..
Keajaiban itu bukan kerana Rayyan Ariff hebat apabila dia bisa melakukan setiap sesuatu..
Keajaiban itu adalah apabila Dia memberikan Rayyan Ariff kelebihan di dalam setiap perkara walaupun kekurangannya bukan sedikit..
.
Segalanya berkait dengan kekuasaanNya..
Apabila Dia yang memberi.. Maha memberi..
Allahuakbar!
.
"For a child that was born with such condition, Rayyan is doing very very well!"
Thanks for the acknowledgement Sarjit.
.
Syukur Alhamdulillah..
Terima kasih tuhan..

9 comments:

Pnut said...

Setiap kali membaca kejayaan Ian yang Jiey tulis kat sini, akak rasa happy..teruja... moga Ian akan lebih bagus dan terus bagus..Ian betul memberikan persepsi bahawa tiada yang mustahil dalam dunia ini, dengan izin Allah Taala..

SyahNur said...

kalau sy, mempunyai anak yg istimewa menjadikan sy juga rasa terlalu istimewa sbg hamba Allah di dunia ini...

yatie chomeyl said...

erm tu la, kade2 mace2 faktor yg menjd penghalang utk kito give the best to our child kan jiey...insya Allah, nti Allah tunjuk jale gano lepas ni

shaliza said...

Rayyan mmg beruntung punya parents yang sanggup lakukan apa saja untuk dia.

"For a child that was born with such condition, Rayyan is doing very very well!"-itu mmg diakui.

sayangsayangibu said...

tak dapat digambarkan jika berada di tempat ibu ibu yang terpilih...
setipa darikita memang sentiasa merasa berhutang 'masa' dengan anak anak

nisa said...

Saya x pernah ditanya soalan mcm tu,tp ada suara2 yg bertanya, kenapa anak sy belum tahu apa2 sementelah usianya sudah hampir mencecah setahun...belum tahu berjalan atau merangkak,,dan saya hanya menjawab, anak saya tak cukup bulan dan perkembangannya memang lambat..dan saya cukup marah bila ada yg masih suka membandingkan perkembangan anak saya dgn kanak2 normal yg lain.. dan kadang2 saya menangis,tapi apa pun anak saya tetap istimewa di hati saya..dan saya percaya rayyan sangat istimewa di hati kita..teruskan berusaha yg terbaik utk anak kita..

Izan Ishak said...

alhamdulillah jiey...
izan yg baca setiap kali jiey menulis kat blog ni pun rasa sangat2 terharu. ian mmg anak yg cukup2 istimewa bukan sahaja di mata jiey n family...tp sangat istimewa di hati kami, pembaca blog jiey~
**moga ian cepat berjalan ye sayang!

Adinina said...

Jiey,
sorry for what I'll suggest here. (or maybe you've thought of it before, I dunno). But the fact that the maid is the only person at home, would you consider giving her some incentive for helping to teach Rayyan when you're working? Mmg la kalau boley Jiey nak buat sndiri mcm masa cuti hr tu kan, tp having the condition now, tu aje kot alternative nya? Just mintak dia utk rajen sket mengajar Rayyan...:)

my 2 cents.

Mayyonnizz said...

jiey..jgn perkecil kemampuan anak seperti rayyan..sebab anak2 spt mereka mampu buat apa saja diluar jangkaan kita..selalu berada disamping dia akan membuat dia lagi kuat kerana dia tahu harapan kita..kiss to rayyan

~dady alanna~