Thursday, August 2, 2012

Ayat klise- Busy sampai tak sempat nak bernafas properly


Lauk dalam fridge dah banyak hari perap tapi tak sempat nak masak. Asyik balik lewat kononnya.. Hari ni pasang niat nak balik awal, nak masak chilli crab eventho sekarang ni tgh standby nak kena mengadap big boss..

*harap2 lepas takde apa* =P

Tuan Puteri cilik yang tak reti dok diam.. Mengemas sana sini.. Manja toksah cakap, keje bergayut je kat kaki orang..


On another note, saya mencari mainan di atas. Kalau ada sesiapa tahu di mana boleh dapat, pls let me know. *Pretty please*.

Rayyan Ariff sukakan cermin. Boleh duduk berjam-jam depan cermin. Dah 2 bijik cermin pecah kat rumah. Need to opt for a safer one and this one is just superb in term of sizing and safety.

Dh googled sana sini. Most of it dah sold out kalau dekat pre-loved item website. Dh bukak Amazon.com. Dah nak order pn. Sebijik rege USD50++, shipping USD70++.. Total dah dekat RM385. Amboiii.. Tak jadi tekan proceed with payment. Mahal benar kott.. Kalau kata takde duit, tipu la.. Nak kata berkira pun tak juga. Tapi dengan amaun yang sama, dah boleh pergi 5 kali sesi terapi dekat Sham Physiotherapy Centre. Kalau orang kaya meletup yang takde isu duit takpe jugak kot..

So kawan-kawan, kalau tahu kat mana2 jual, pls let me know yea. Dh called Toys R Us Bangsar, KLCC, Midvalley, Damas, semua takde..
:-(

8 comments:

Nurraz said...

salam mama rayyan. dah bertahun jd silent reader blog jiey. hari ni tetiba nk komen bila jiey tnya pasal toys tu. sebab akak pun mmg selalu google sana sini cari toys anak. maybe jiey blh try tanya kat blog ni http://macam-macam-ada-shop.blogspot.com/2010/06/fisher-price-little-superstar-sing.html

Jiey^Mien said...

Thanks Kak..
Dah tanya dh yang tu before this.. Dah sold out pun..
:-(

Anonymous said...

tak ada ke kawan2 yang duduk di US - mungkin dia orang boleh tolong carikkan... n ship balik ke malaysia. raya2 ni mungkin gak yg ada nak balik malaysia.

Rozuan Ismail said...

wah, dah besar rifa skang ni ye.dulu kecik je

Rozuan Ismail said...

dah besar rifa ye.dulu kecik je

transformed housewife said...

cho tanyo Yatie Chomeyl kot2 ado jual 2nd hand kay Jepun. Dio nok balik doh rayo ni. Bulih dio wat balik dgn kargo.

hajar said...

salam perkenalan...
saya hajar dari kota bharu...act dh lame sy jd silent reader blog kak jiey...
sy ada terjumpa toy ni dekat parkson kota bharu masa jln2 td...terus teringat kat ian....
tp lupa la plak nama kedainya...sorry ye...
nnt klu sempat sy g tgk smula esk then i'll let u know k...
tp bukan yg mcm dlm pic 2 la...
ni utk girl punyer...
harga RM80.00...
cba k.jiey cari kat sana klu balik kb nnt...

Anonymous said...

Salam,
Sis Jiey,

Try here:

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=495456420481036&set=a.491430320883646.129849.100000500473545&type=1&theater