Monday, July 30, 2012

Cerita tentang KESAKITAN, cerita tentang KUASA TUHAN..

Kondisi Rayyan Ariff masih sama. Bangun hampir setiap malam dalam keadaan kesakitan dan berlarutan untuk beberapa jam sebelum dia bisa kembali lena.. Menurut neurologist, sebelum cuti hari raya, kami perlu kembali ke hospital untuk menukar ubat sekiranya keadaan masih berterusan.

Namun seorang teman yang juga seorang doktor menasihatkan untuk hanya menunggu selama seminggu sahaja, sebelum kembali mendapatkan rawatan dan bertukar ubat. Kerana kita sedang memperkatakan tentang otak di sini, bahagian yang penting. Jadi mengapa mahu menunggu lama?

InsyaAllah, kami akan mendapatkan temujanji untuk hujung minggu ini ataupun awal minggu hadapan sekiranya keadaan masih sama. Semoga dipermudahkan segalaNya tentang Rayyan Ariff.

Aminnn..

Seterusnya, mengenai keputusan ujian EEG Rayyan Ariff beberapa hari yang lalu.

Ini merupakan kali ketiga Rayyan Ariff melakukan ujian EEG.

Kali pertama ialah pada tahun 2009, di kala usianya 10 bulan cuma. Keputusan yang kami perolehi bagaikan batu besar yang menghimpit menyesakkan dada. Aktiviti yang dikesan pada otaknya menunjukkan ianya berada di tahap moderate to severe.

Kerana tahap teruk inilah kami pernah terduduk. Pilu yang bukan kepalang. Pernah saya coretkan di dalam entri Senyum untuk dia.. Satu entri yang mengungkap rawan hati seorang ibu.

Tahun 2010, pada usia 2 tahun 5 bulan, satu lagi ujian EEG dilakukan kerana serangan sawan yang kerap lantas menyebabkan perubahan pada progress anak kecil ini.

Kali ini, kami bisa tersenyum dan menarik sedikit nafas lega. "His brain background activities are not too delay from his actual age." Ujar Dr. Sofiah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

Seterusnya, hari Khamis yang lalu, sekali lagi Rayyan Ariff melalui ujian ini. Sejujurnya, saya agak tidak sabar untuk mengetahui keadaan otak anak ini. Saya tidak mengharap banyak, cukuplah seandainya saya mampu mendengar ucapan yang sama seperti ujian kedua.

"Hmm.. Brain background activity?? Ni normal.. Ni normal.. Ni normal.." Ujar Dr. Sofiah sambil menunjukkan beberapa garisan pada laporan ujian di tangannya.

Subhanallah.. Allahuakbar..

Di luar jangkaan. Ini anak yang sama yang dikatakan tidak akan hidup? Ini anak yang sama yang dikatakan akan cacat teruk? Ini anak yang sama yang dikatakan akan terencat akal?

Allahuakbar.. Nikmat tuhan itu terlalu besar dan agung untuk didustakan. Normal adalah satu perkataan yang terlalu asing dan mustahil untuk Rayyan Ariff. Namun ianya nyata kini.

Syukur Ya Allah..
Syukur Alhamdulillah..

Ada syahdu di hati apabila Mr.Hubby memaklumkan dia menitiskan air mata tatkala dia mengetahui tentang hasil ujian ini. Saya sendiri amat bersyukur, cuma diri ini masih diselubungi kebimbangan tentang keadaan kesihatan Rayyan Ariff.

Semoga segalanya baik-baik sahaja. Aminnn.. 

15 comments:

Jiji said...

Jiey nak je terbang kesana bawah belon colourful utk rayyan! Bahagia yg tak terucap!

littlehumblelynn said...

allahhuakhbar!!
smg kesakitan rayyan x berpjgn.
smg lebih byk miracle slps ini
amin

akilla ibrahim said...

Allahuakbar..terasa gembiranya membaca coretan ni.sesungguhnya rayyan kanak-kanak yang penuh keajaiban. tumpang gembira untuk jiey sekeluarga..

Mamanurin said...

Alhamdulillah..alhamdulillah..benar kuasa Allah kan. Moga Akan ada lagi kamajuan rayyan

Anonymous said...

Well done rayyan.. Semoga rayyan terus membangun pesat!! Sayang tak terucap tuk dia..

Bicara hati ibu aisya said...

Alhamdulillah,
jiey ayu tumpang gembira.Bergenang airmata membacanya.Syukur..Rayyan mmg pejuang yang hebat!Allah Maha Penyayang lagi Maha Kuasa atas segala yang dikehendakinya ;)

Tentang kesakitan ian, ayu rasa xperlu tgu lama2 jiey.Risau andai dibiarkan melarat pula.Atau....sakit tu petanda ian nak pandai sesuatu kot?Positif..positif.

Apapun, hug untuk kalian berdua.

Mama Kembar 3 said...

Alhamdulillah. Ian's truly a miracle, a proof of Allah's greatness, a testament of undying love from a devoted father & mother. Tumpang happy baca about this :-)

Anonymous said...

menitis air mata saya gembira... walau baru seminggu dua membaca blog ini.... Syukur Ya Allah kerana keajaiban Mu untuk anak ini

yatie chomeyl said...

abe Ian meme hebakkk...Alhamdulillah ya Allah, smeoga teru sdi beri nikmat dan rahmat kesihatan dan kebijaksanaan untuk Abe Ian, Ameen

mamalisa said...

Allahuakbar!

Rayyan, u are so special.

nieda said...

allahuakbar,kuasa Allah..seperti lirik lagu afgan, padamu ku bersujud.,.bergenang baca entri ini

Anonymous said...

Assalam Jiey...saya pernah bermimpi berjumpa dgn Ian, waktu itu Ian sedang berlari dgn wajah yg ceria.semoga Allah jadikan mimpi saya ini satu kenyataan,Insya-Allah..

Anonymous said...

alhamdulillah..selama ni silent reader je..terjumpa blog akak sewaktu sy diambang kejatuhan..namun semangat Rayyan Arif membuatkan sy bangkit..tahniah Rayyan...keep it up..

rase nak menitis air mata saat membaca entry ni..alhamdulillah...

Iryani Noor said...

alhamdulillah..
bergenang air mata baca entry nie..
sesungguhnya Allah itu maha berkuasa...
thumb up juga to both of u yang tak putus2 berusaha untuk memberikan yg terbaik buat Rayyan..

cik iman said...

allahuakbar,ALLAH MAHA BESAR,
sangat kagum dengan semangat akak .
sesungguhnya ALLAH maha berkuasa.
sangat berharap, ibubapa setabah akak...
saya cikgu pendidikan khas berhadapan dengan pelbagai ragam parents yang sangat amik mudah ngan kanak-kanak2 istimewa.adakala hanya mengharpakan duit elaun dari anak istimewa ni..huhuhu
sangat teringin nak jumpe geng superkids....terlalu kagum dengan semangat dan motivasi supermommies..