Friday, August 3, 2012

Buah hati pengarang jantung..

Puteri Rifa Aleesya. 9 bulan 1 hari: Mula berdiri sendiri tanpa berpegang. Dah pandai wave bye bye sambil mulut sebut ba-bab-ba..

Thanks to my maid sebab mengajar.
Banyak yang Adik belajar through her..
Terima kasih di situ.

On Rayyan Ariff, takde banyak yang boleh update pasal dia tanpa sedikit pilu di hujung hati.

Dia selsema lagi. Pekat. Dah seminggu tak gi school. Dah seminggu tak buat aktiviti. Kesian.. Padahal dia enjoy gi school.. Kesian..

Now, I'm trying a new brand of supplement. Harap2 berkesan.

Since this year turn beraya di KB, mungkin akan hantar Rayyan Ariff balik awal. As early as next Tuesday. Pedih hati nak berpisah dengan buah hati pengarang jantung. Tapi hati lagi pedih kalau dia dok sini bawah jagaan maid semata, tanpa boleh gi school, tanpa boleh gi therapies, tanpa kasih sewajarnya..

Kenapa tanpa kasih? Sebab before this ada nenek sama2 jaga. Untuk bulan puasa, nenek kena balik kampung. Kalau dia balik jugak, nanti nenek and Atuk bleh jaga dengan penuh kasih cinta. Tapi takut juga, nanti Rayyan Ariff blame Mama and Ayah, konon tak sayang dia. Hantar balik kampung. Lepas tu happy2 balik raya dengan Adik. Jiwa Rayyan Ariff ni sensitif..

Kasihan. Nak explain kat dia yang we're doing this for his own good, dia tak paham. Sedih hati ibu ni nak sebab Mama sayang kamu sepenuh jiwa.

Kenapa nak hantar balik kg awal? Semalam balik rumah, my maid tgh happy2 main dengan Rifa Aleesya. Timang-timang Rifa Aleesya.. Peluk cium Rifa Aleesya. Rayyan Ariff was lying on the floor and watching the scene.

When I went to get him and tried to play with him, he was pasive. Not responsive at all. After a few attempts, still tak respond sangat.

"Titin marah Rayyan ke?" I asked my maid.
"Tak ada la buk.." She replied.

After a few minutes, Rayyan Ariff still pasive. So I asked the same question again. This time, she answered, "Rayyan jealous dengan Rifa.."

Actually it's pretty obvious from the way Rayyan Ariff looked at the earlier scene. Dan dalam hal ni, I feel sad thinking of how my maid treated Rayyan la jugak. Dia tahu orang tu jealous bila all the attention goes to the sister, dia still jugak provoke Rayyan Ariff by tunjuk more lovey dovey scene.

To me, that's a mental torture. Tambah-tambah untuk anak istimewa. *sigh*.. Tp nak buat macamana selain nasihat. Kita tak boleh nak paksa orang sayang anak kita. Sama macam orang takleh nak paksa kita sayang satusatu benda. Ni semua kan dari hati.. :-(

In fact, my maid pun pernah terlepas cakap dengan nada tak puas hati, "Ni anak manja ni.." Sambil pakaikan baju Rayyan Ariff. Hmmm.. Dia sendiri pun mengaku, dia memang sayang Rifa Aleesya sebab dia memang nak adik perempuan dari dulu. Takpe la, dia sayang Adik pun dah cukup bagus. Dia tak buat jahat dekat Abang pun dah cukup baik..

Kesian anak mama. Kesian Rayyan Ariff.

Kalau dapat pergi sekolah takde la kesian sangat. Sampai rumah dah kul 1pm. Tido sebab penat, bangun almost 4pm.. By 5pm, one of us dah sampai rumah. So takde la kena go through unnecessary emotional torture.

Kasihan. Mama hantar balik kampung bukan sebab mama tak sayang Abang tau. Sebab mama sayang. Sayang sangat-sangat.

11 comments:

minatgiler said...

ala.. sedihnya.. kalau saya, esok jugak hantar balik kampung. yang penting segala yang terbaik untuk anak..

Jiey^Mien said...

Takleh la Dear..
Hari selasa ni Ian ada appointment dgn paed neuro..
So lepas appointment baru leh balik..
:-(

Anonymous said...

Akak bertuah sgt sebab (from my past reading) your previous maid sayang sgt2 kat ian kan? the latest one syg sgt kat rifa. tapi dia tak layan ian mungkin bukan sebab pilih kasih ... tp mcm yg akak cakap, dia jaga keduanya dengan baik itu sudah cukup bermakna kan?

sy cdgkan akak slow-talk lah dengan maid ni, dan terangkan ian punya perasaan dan dia memahami setiap apa yg berlaku ... insyaAllah maid juga punya perasaan, kalau tidak sayang sepenuh jiwa sekurang2nya dia tahu untuk tidak berlaku tidak adil kepada ian

sayang ian sepenuh jiwa :)

Jiey^Mien said...

Thanks for the Sayang dik.. :-)

Actually akak dah selalu slow talk dgn dia, suh buat baik2 dgn anak2.. cakap tak rugi kita berbakti pada anak syurga macam rayyan.. InsyaAllah urusan kita dipermudahkanNya untuk setiap keikhlasan yang kita beri..

Dah selalu ckp, jgn beza-bezakan dua beradik ni.. jgn sisihkan salah sorang.. Tp tu la.. Kasih syg takleh paksa.. Lg pun, dia jaga rifa dari baby kecik umo 2 bulan, sure dia lagi syg rifa.. Sama juga dgn the old maid, smpi skrg still sms tanya khabar rayyan.. asyik sebut teringat n rendu kat rayyan.. yea la, dia jaga dari umo 10 bulan.. mesti la syg..

Even teh new maid tak sayang mmuah muahh, dia tak buat benda yg tak elok pn dh kira baik.. Dah syukur sgt2 dh pn.. So jalan keluar yg lain, biar la Rayyan tumpang kasih dengan orang yg sudi n in this case, nenek n atuk je la dulu..

takpe, lepas raya nenek dtg duduk sini lg.. :-)

A.I said...

Alahai abg rayyan :( siannye...

LeLa HuSaiN said...

anak2 kita smua kita syg kan jiey..xpe la nk bt cma.Allah bg perasaan tu kat dia..byk sabar ye..pasti ada hikmah tersembunyi..adik pun dah bsar dh...

Aku Punya Kamu.. said...

hehe.. appointment lagi penting semestinya.. :D

semoga sihat semua anak kita..

Anonymous said...

alahai...sian rayyan..

Noina said...

huhuu..sedih jiey.... :( meh rayyan kat ibu lah yek..kawan ngan Nabila..sok ibu amik unpaid..leh gi terapi sesama..

Tak patut tau bibik buat gitu.. sian rayyan..ape je yang dia tahu jiey..bila tengok situasi gini..rasa risau plak..camnerlah keadaan adik baby dengan Nabila nanti..huhu...

Anonymous said...

tetiba rasa ur maid jahat plak..hihihi..tp tetap kena akui..syg tu lahir dari hati..tidak berbuat jahat pun..dah ckp buktikan masih ada rasa kasih dalam hati..
mudah-mudahan Ian selalu dirahmati..

Anonymous said...

Bila baca post jie nie, jiwa saya seakan masuk dlm jiwa rayyan. Apa yang saya rasa?? Rasa macam kak titin lebihkan rifa, rasa macam kak titin sayangkan rifa sangat2.. sedangkan rayyan kak titin marah2 (maybe) sbb tu i'm just watching the rest of you playing..:( uhukkk sedihnya..