Berikan aku lima minit, untuk aku mengerti dan memahami rasa itu. Berikan aku lima puluh tahun lagi, untuk aku mengecap nikmat kasihnya.. Aku, dia, kami.. Menemui maksud kasih sejati..
Pada mulanya, jiwa memberontak kerana rapuhnya iman. Hidup bagaikan terlalu keras untuk anak ini. Sedari alam rahim lagi dia terduga.. Dan kini, sebelum dia tahu mentafsir erti kehidupan, dia teruji lagi dengan kejatuhan insan yang paling menjadi pujaan hatinya.
Demam dia. insan inilah yang setia menemani. Hilang selera makannya, insan inilah yang mampu memujuknya untuk menjamah makanan.
Besar nilainya. Besar ertinya insan ini untuk dia.
Aku persoalkan kenapa dia? Kenapa sekarang? Di saat Rayyan Ariff masih memerlukan dia. Di saat Rifa Aleesya mula menuturkan perkataan "Atuk". Di saat aku sendiri masih sangat-sangat memerlukan dia. Aku tenggelam tanpa jawapan. Setelah berteleku dan mengembalikan diri kepada Yang Maha Pencipta, aku temui jawapannya.
Aku melihat insan ini sebagai abahku, atuk Rayyan Ariff, atuk Rifa Aleesya. Aku terlupa hakikat ketuhanan dan kemanusiaan. Sesiapa pun dia di pandangan mataku, dia tetap hambaNya. Dia tetap milikNya. Noktah.
Sampai satu tahap, aku redha.
Andai kesembuhan adalah yang terbaik untuknya, maka sembuhkanlah dia demi Allah SWT. Andai sudah tiba ajalnya, semoga dia pergi dengan kalimah syahadah dan nama Allah SWT.. Islam lahirnya, semoga Islam dan iman perginya.
Aku redha Ya Allah.. Aku sayang dia sepenuh jiwa. Sayang demi Allah SWT.
Lillahitaala..
Lillahitaala..
Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.
9 comments:
Allahuakhbar :(
Jiey,
Semoga jiey tabah. Semoga abah jiey cepat sembuh sebab dia kekuatan Ian. Rasa apa yang jiey rasa coz pernah laluinya 5 tahun lepas.
moga masih diberi kesempatan utk atuk rayyan melihat cucu2nya membesar... amin...
Bergenang airmata akak... allahuakbar... Jiey masih bertuah dapat merasai kasih sayang seorang ayah.. tapi tidak bagi akak... sedari lahir.. tidak pernah menatap wajah dan kasih sejati seorang ayah... apapun doa akak..semoga ayah jie diberikan kesembuhan insyaallah...
Bertabah lah Jiey, semoga diberikan kekuatan utk menempuh setiap dugaan
Syafakillah. Knur doa spy abah Jiey cepat sembuh. Baru tahu bilo baco ni.
semoga atuk rayyan cepat sembut..insyaAllah setiap yang berlaku pasti ada hikmah..
semoga abah Jiey cepat sembuh...
semoga abah kak jie sembuh sepenuhnya jika itu kehendakNYA dan saya doakan juga agar dpermudahkan urusan ayah kak jie jika sudah tiba masa dan ketikanya.bersabarlah kak, doa jgn putus.
Post a Comment