Thursday, May 23, 2013

Al-Fatihah Abah. Wa ilalliqa'..

Hari ke-6 tanpa Abah.. Rindu yang sangat memeritkan. Pasrah atau redha, kedua-duanya masih memeritkan.

Namun rasa syukur yang paling dalam kami panjatkan padaNya. Nafas terakhir abah selembut sutera.. Bagaikan sedang tidur. Bagaikan tiada sakit. Jenazahnya kuning dan tersenyum.. Berseri. Pengurusannya mudah. Alhamdulillah. Setiap yang datang melawat bercerita tentang kebaikan Abah. Tentang sifat pemurah dan suka menolong Abah.

Dalam perit merindu, kiriman doa dari kami tidakkan putus untuk Abah.. In Shaa Allah.

Atuk, Bang Ian rindu.. Selera makan Bang Ian masih tiada. Pergi bersama atuk.. Semoga Bang Ian terus kuat..


Allah SWT said, “I have no reward other than Paradise for my believing servant who is patient when I take away one of his beloved from among his companions of the world.”
Narrated by Abu Huraira (Bukhari)



Al-Fatihah Abah.
Wan Ab Aziz Bin Wan Salleh
20.03.1955 - 18.5.2013.

Ma'assalamah..


Wa ilalliqa'..

31 comments:

E Y C H A said...

Innalillahi Wainna Ilahi Raji'un...

Bertabahlah atas dugaan Allah SWT. Semoga ruh beliau ditempatkan dalam golongan hamba yang soleh...

Perbanyakkan doa dan sedekah untuk beliau, kerana itulah amalan dan pahala yang tak akan putus walaupun beliau sudah meninggalkan kita....

Nurraz said...

Innalillahi wainna ilaihirojiuun. Al fatihah. Moga roh ayahanda ditempatkan di kalangan org2 beriman. Amin.

S.U.F.E.E.N.A.N said...

Innalillahi wainna ilaihi rojiun..

Moga arwah abah jie ditempatkan di kalangan orang2 beriman..ganjaran yang baik bagi mereka yang berkesudahan dengan baik..insha'Allah..

Al-fatihah..

Suliana said...

innalillah. smga arwah abah jiey di tempatkan di kalangan org yg beriman. tabah ye sis & family..

MRS. K said...

salam takziah

shaliza said...

Salam Takziah untuk Jiey & keluarga...betul sebagai manusia biasa kadang kita terlupa seketika semuanya bukan hak mutlak kita...saya juga pernah merasai peritnya kehilangan 'ayah'-tempat untuk bergantung...Al-Fatihah

m@m@yAyA said...

Salam takziah kak..

Semoga akk sefamily tabah ats permergian insan yg tersayang..

Kak Rose said...

Inalilahiwainailaihirojiun, Al-Fatihah untuk arwah, semuga ditempatkan bersama orang2 yang beriman...Amin.

ieda said...

alfatihah...
takziah dari akak...
akak memahamai apa yg jiey rasai sebab akak telah melaluinya pada tahun 2010...kehilangan bapa mertua & bapa sendiri berselang 6 bulan...nabila baru 4 tahun masa tu...baru nak keletah bermain & bermanja dan baru pandai sebut 'wan'...tiap2 kali lalu kat simpang nak ke rumah arwah bapa akak dia mesti tunjuk2 nak singgah...'wan...wan...'kata dia...sedih di hati hanya Allah yg tahu...dah la kita sendiri pun teringat2....

tabahlah jiey...moga ketenangan hadir dalam hati kita semua...moga abg rayyan cepat kembali seperti sediakala....amin ya Allah.

littlehumblelynn said...

jiey

takziah dr kak lin & keluarga
kehilangan mmg sgt memeritkan
beri masa utk diri sendiri
it will heal but don't know when the time will come ?

pls..take care of yourself ,mom & kiddos.

they need you most!!

pls..do keep in touch

Al Fatihah buat arwah

mas said...

al-fatihah....

sy doakan jiey semakin tabah...
sebak sgt bila kenangkan sang putera & sang puteri yg sgt manja ngan arwah atoknya...

Mama Kembar 3 said...

Salam jiey. Al-Fatihah untuk arwah & takziah buat jiey sekeluarga, may Allah give you the strength to go through this hard times.
Turut terasa kehilangan walaupun tak kenal....

wanie md zain said...

..semoga jiey terus tabah...takziah dari wanie..amat mengejutkan..Al-fatihah..semoga roh abah ditempatkan dikalangan org yg beriman...

Puteri Satu said...

innalillah jie.. akak baru tahu... takziah dari akak..rasa sekelip mata jek jie... baru terasa menitipkan doa untuk atuk ian... sudah kembali pada penciptaNya... allahuakbar... setiap yang hidup pasti merasai mati... bila dan dimana...hanya Dia yang tahu...

Mrsboxz said...

Innnalillahiwainnailahirajiunnn...wpun sy silent reader tp sejak posting Atuk Ian skt...hr2 sy buka nk tgk latest prkmbgn smbil berdoa.

Insyaallah Atuk Ian dikalangan org2 beriman. Sedih mengenangkan kasih syg Atuk utk cucu melebihi segalanya.Sy lht sndiri ayah sy skt heart attack perkara prtma stlh sedar...cucunya yg dicari.

Tabahkan hati.

(MrsBoxz)

rohaznida Faiz said...

Takziah untk Min sekeluarga. Semoga allayarham dicucuri rahmat Allah.

D' Hasnie Aini said...

al-fatihah... :( harap semua tabah menghadapinya..saya pun mengalami benda yang sama..

Ummi to NAJLA,EMRAN AND RAFEEQ said...

inna lilla hi wainna ilaihi rajiuun..salam takziah atas kehilangan..very -very sad indeed..

transformed housewife said...

Innalillahiwainnahirajiuun. Al-fatihah. Semoga roh arwah di tempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh. sabar deh Jiey.

gina marna said...

Salam takziah utk jiey sekeluarga..

Ladybird Searcher said...

Takziah..
Sy silent reader blog ni lama dah
Bila terbaca post Jie pagi ni,air mata sy terus mengalir
Sabar ye..
Sy turut merasa perasaan yg sama sbb mak sy jugak baru meninggal pada bulan 2 yg lalu
Alfatihah..

Regards,
-azwa penang-

RieNa said...

salam takziah jie..semoga ayah2 kita berada dlm rahmat dan kasih syg Allah. amin..

Coffee Mama said...

Takziah di atas pemergian abah jiey...Semoga arwah tenang di sana.
Be strong.

waniewadec said...

Inna lillah & takziah buat akak sekeluarga. semoga tabah dgn dugaan

King Khadijah said...

Assalamualikum jie..

Saya adalah silent reader blog awak nie.. sentiasa mengikuti tulisan2 awk.

Takziah dari saya..

Semoga terus dan terus diberi ketabahan, kekuatan dan iman yang kuat untuk menerima qada dan qadak ALLAH ini.

Sentiasa ingat, INI ADALAH PERJALANAN YANG TELAH DITENTUKAN OLEHNYA..

MyFreeMinded said...

Al fatihah buat Arwah Abah Jiey. Quite some time tak menyinggah, macam mana lah keadaan si hero bila tiada atuknya.

Takziah buat jiey dan keluarga.

oren said...

takziah utk jiey sekeluarga..

insyaAllah, kita selalu doakan abah..semoga kuburnya terang dgn doa anak2/cucu2 yg soleh dan solehah...

Sue said...

salam takziah utk jiey n family...
Al Fatihah..

Hazrina Nasir said...

Baru baca. Takziah ye Mama Jiey. Lama xjengah sini. Semoga semuanya makin baik. Semoga terus sabar dan tabah.

Mamanurin said...

Takziah Jiey..moga rahmat Allah senantiasa bersama ayahanda. Abg Ian, tabahlah wahai anak

Salina@IbuAqil said...

Salam Takziah dr kami Jiey..
Moga rohnya dicucuri rahmat..
Al-fatihah buat arwah..