Wednesday, June 26, 2013

Melihat gelagat manusia..

Melihat gelagat manusia melalui pengalaman.

Bila melihat Abah terlantar di wad kelas tiga HUSM, ada yang berkata, Oh tak ada duit nak duduk Executive Ward.

Mungkin sekadar berjenaka, tapi seriously tidak kelakar.

Bila berbual bercerita tentang kesakitan dan kematian Abah, ada yang sempat menyelit, anaknya peguam. Sempat menambah dia kerjanya itu dan jawatannya ini.

Sempat lagi bertanya tentang jawatan anak-anak Abah.

Mungkin kerana kebanyakan pelajar MCKK dapat jadi orang hebat, maka ukurannya harus turun kepada anak-anak juga. Maka kehebatan harus terserlah pada pemilihan hospital dan wad juga.

Tapi mungkin kita terlupa, emas segunung intan yang kononnya milik kita sekalipun takkan dapat kita belanjakan walau sesen pun tanpa izinNya.

Pada saat aku dan abangku meminta untuk meletakkan Abah di Wad Eksekutif, aku rasakan kami sedang menjalankan tanggungjawab seorang anak. Tidak kira berapa jumlah bayaran, yang penting keselesaan untuk Abah. Tapi permohonan kami ditolak kerana keadaan Abah kritikal. Wad beramai-ramai lebih sesuai kata doktor.

Pada waktu itu aku sedar, tanpa izinNya takkan terjadi.

Berada di wad tersebut memberikan aku kesedaran tentang hakikat taqdir. Aku sering keluar masuk hospital swasta yang indah berbayar penuh provasi, tapi kali ini, tuhan pilih jalan ini untuk aku merasa. Di hospital kerajaan yang pesakitnya ramai, semua harus dilakukan sendiri. Belajar memberi Abah minum melaui tiub yang terpasang pada hidungnya, membasuh setiap peralatan yang digunakan, semuanya sendiri. Menginsafkan.

Pada waktu itu, anak-anak Abah sama sahaja dengan orang lain. Abangku bukan arkitek, aku bukan pengurus, adikku bukan jurutera, adikku bukan pelajar universiti. Hanya orang awam yang menagih kemudahan perubatan di hospital kerajaan. Lebih teruk, kami adalah orang awam yang percaya pada kelebihan hospital swasta semata dan memilih untuk menghantar Abah di sana terlebih dahulu walau jelas, HUSM punya segala kepakaran walau tanpa keselesaan.

Bila Abah pergi, aku menggalas tugas menguruskan harta peninggalan Abah, tuntutan insurans dan lain-lain. Wang tunai tersedia sahaja pun cukup untuk Abah menunaikan haji berkali-kali. Lebih 10 kali, lebih 15 kali.

Tapi tanpa izinNya, Abah tidak sempat sampai ke Mekah. Tanpa izinNya, tiada apa yang bisa.

Applikasinya sama. Berbanggalah engkau bekas pelajar MCKK sekolah tersohor. Berbanggalah engkau berjawatan itu dan ini. Berbanggalah engkau anakmu hebat bergelar itu dan ini.

Tapi tanpa izinNya, percayalah, tiada satu pun nikmat kehebatan itu yang mampu kau kecapi.

Aku bukan sesiapa. Bukan peguam bukan doktor. Aku cumalah anak yang merindui ayahnya. Terlalu merindu. Al-Fatihah.


7 comments:

Unknown said...

arwah ayah kak jie ex MCKK gak ke. sama mcm wan

nurulhuda said...

saya suka baca entry akak yang ini..

al-fatihah untuk abah akak, semoga syurga tempatnya, amin..

mila said...

semoga sis tabah hadapi semua ni

Cetusan said...

assalammm saat menatap wajah seorang abah, yang sedang bergelut..itu pengalamn mahal jika IzinNya.satu sen hilang pun izinNya.alfatihah..moga anakanaknya tak lupa mewakafkan apa yang patut..biat sedekah yang memberi bekalan serta doa anak anak paling kurang lima kali atau teringat masa makan..tiga kali..dah lapan kali sehari..bekalan dikirim..

transformed housewife said...

pangkat, kedudukan mgg tak de nilai di sisi Allah. Byk2 doakan muloh abah Jiey.

rynas said...

selama ni saya hanya jadi silent reader saja. betul apa yang jie kata tuh pangkat, harta, tidak akan ke mana tanpa izinNya. Pada akhirnya kuasa Allah juga yang akan menentukan siapakah kita. Takziah untuk Jie dan keluarga ya..
semoga kerinduan itu berpanjangan sampai ke syurga nanti Amin.

ieda said...

biar tidak hebat di mata orang asalkan hebat di sisi Allah..

btw...memang utk kes2 yg agak kritikal & tidak stabil tidak dibenarkan berada di wad eksekutif atau kelas satu kerana pengawasan jururawat agak terhad akibat drp keadaan bilik yg isolated..
lg satu..HUSM sbg sebuah teaching hospital mmg mempunyai peralatan & kepakaran yg lengkap..certain cases dari kedah ni pun refer HUSM utk rawatan lanjut esp yg berkaitan dgn sistem saraf.
Jiey...moga arwah abah jiey di tempatkan bersama hamba2Nya yg soleh...