Lama tidak ke sini. Kerana asalnya, aku hanya mahu kembali dengan mengabadikan sesuatu untuk Abah. A tribute. Tapi masih bergelumang dengan masa. Kekurangan masa. Maka, sekali lagi aku kongsikan sesuatu dari FB.. Tanda kerinduan yang menggunung..
**************************
12 May, di ruang Bahagian Kecemasan, HUSM Abah terbaring di dalam kesakitannya. Kutinggalkan dia seketika untuk berbicara dengan doktor yang baru sahaja selesai meneliti laporan perubatannya.
Tiada harapan. Kata si doktor.
Tiada harapan. Kata si doktor.
Aku kembali kepada lelaki itu. Dalam lemahku, aku menangis padanya. "Abah, tolonglah sihat. Abah tolonglah lawanlah sakit Abah. Sihatlah untuk Rayyan. Kesian Rayyan. Rayyan rindu Atuk. Tiap kali Rayyan nampak org lelaki tua, dia akan pergi mintak dukung. Dia ingat tu Abah. Dia ingat tu Atuk dia. Abah tak kesian dekat Ian? Sihatlah Abah, balik dukung Rayyan.."
Abah pandang tepat ke mataku. Abah angguk, dalam lemahnya.
Malamnya, di hadapan adik kesayangannya, Pak Su, Abah mengalirkan air mata. Kata Abah, lakukanlah apa sahaja yang perlu untuk dia sembuh. Dia mahu sembuh. Dia mahu pulang untuk dukung Rayyan.
14 May, abah sudah redha. Abah sudah mengalah. Kerana dia tahu masanya sudah tiba.
18 May, Abah pulang kepada penciptaNya.
Abah, maaf kerana Kak buat Abah menangis. Demi Rayyan Ariff si anak syurga. Maaf.
Al-Fatihah
****************************
Janji Abah.
Janji Abah pd Mami, tahun dpn kita pegi haji sama2.
Janji Abah pd Adik Kojek Aziz, abah nk buat mkn besar-besaran tahun ni. Nk jemput semua kawan2. Sempena Abah baru pencen, sempena kenduri kawen Jek.
Janji Abah pd Adik Yue Aziz, bila Yue smbg degree, tak perlu nk amik sebarang pinjaman, Abah tanggung sepenuhnya.
Janji Abah pd aku. Nanti Kak nak sunatkan Ian hujung tahun, Abah dtg jaga. Abah dtg handle.
Janji Abah pd cucu-cucu. Nanti depan rumah ni Atuk nak letak tar. Senang cucu-cucu nak balik main kereta. Main basikal.
Abah janji macam2. Abah janji nak luang lbh masa dgn keluarga. Tp Abah pergi sebelum sempat tunaikan janji Abah.
Janji Abah dengan tuhan lebih besar. Janji ajal, janji maut.
Al-Fatihah Abah.
*********************************
Di setiap panggilan telefonnya, ayat yang sama jadi pembuka bicara. "Ian macamana, OK?".. Seringkali, setiap kali, tanpa jemu.
Rayyan yang pertama, Rayyan yang utama. Pada hujung hayatnya, di saat sedarnya sekadar bersisa, Abah masih memberikan tindakbalas di saat Rayyan memegang tangannya. Walau hanya satu picitan kecil. Tindakbalas yng hanya terjadi tatkala adanya Rayyan. Allahurabbi.. Kasihnya pada Rayyan Ariff menggunung..
Tahukah kalian, it takes a lot to love a special needs child? Kasih yang bersifat memberi. Kasih yang bersifat sebelah pihak. Namun Abah tidak kisah, walau dia tidak sempat menikmati panggilan "Atuk" selama hayatnya, namun kasihnya luhur. Kasihnya suci.
Kehilangan yang sangat besar untuk Rayyan Ariff. Aku tidak gusarkan Rifa Aleesya, kerana aku tahu, di mana dan ke mana sahaja keletahnya bisa mencuri sayang, bisa membuah rindu.
Buktinya panggilan telefon di petang hari tadi. Bertanya tentang Rifa Aleesya dan mengungkap kerinduan. Di mana Rayyan Ariff?
Tapi siapa aku untuk mempersoal. Utama dan pertama terlalu subjektif untuk ditakrif.
Rayyan Ariff, hilang di dunia hanya sementara. In Shaa Allah, akhirat abadi tempat bersua. Jangan pernah lupa kasih atuk, tahu.
Al-Fatihah.
*****************************************
Sering ditanya, "Are you OK?"
Katakan padaku, apa jawapan terbaik yang harus aku berikan? Aku masih mampu tidur, aku masih mampu tersenyum, aku masih mampu bekerja. Seperti yang kalian saksikan, aku baik-baik sahaja kalau itu ukurannya.
Rindu. Rindu yang terlalu dalam. Tanpa kalian tahu, aku masih lagi menangisi kehilangan di setiap solatku, dalam perjalanan ke tempat kerja, di kesunyian malam..
Kalaulah tangisan ini mampu mengembalikan jasad dan jiwa yang telah tiada. Kalaulah. Aku masih berharap ini semua mimpi. Kerna aku rindu, rindu yang teramat.
Jangan sabarkan aku. Aku masih punya iman. Aku percaya pada Qada' dan Qadar. Aku yakin dengan konsep ketuhanan. Aku cuma perlu masa. 30 tahun hidupku dia ada, masakan aku bisa ubati sakit ketiadaannya dalam masa 13 hari. Beri aku masa sebelum kalian tarbiahkan aku.
Aku kehilangan ayah, tapi Rayyan Ariff kehilangan Atuk, penyokong terbesar, doktor bagi rawatan alternatif, kasih paling epik.
Jangan sabarkan kami. Biar masa jadi pemulih. Al-Fatihah.
Abah, apabila pemisah kita adalah alam, Kak akan pastikan bahawa penghubung antara kita adalah Zikrullah dan Kalamullah. In Shaa Allah.
Semoga syurga tanpa hisab milik Abah. Amin.
12 comments:
tak terkata..yang penting mata berkaca
mohon Allah tempatkan atuk ian dikalangan orang-orang yang beriman.
takziah..kesian pada Rayyan nampak sangat kasih sayang atuk pada Rayyan..hope Rayyan dapat menerimanya kelak
Jelas memang jelas.. saat akak baca blog jiey akak tahu betapa kuatnya kasih atuk pada rayyan... akak betul2 terkejut dengan berita ni... sebab semuanya terlalu cepat... allahuakbar... dia yang maha besar... tiada siapa tahu ajal dan maut... tak terkata apa yang perlu akak perkatakan disini... harap Rayyan semakin kuat.. dan kuat...
Terharu..rasa apa yang Jiey rasa.
Menangis mungkin itu boleh legakan seketika.
Tapi saya, lima tahun menangis pun belum lagi terubat rindu..belum boleh melupakan kerinduan
Semoga syurga tanpa hisab milik Abah Jie. Amin. Al-Fatihah..
al-fatihah, semoga arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan hamba allah yang soleh...
al fatihah..:-( moga atuk senantiasa dalam rahmat Allah disana..abg ian, berjuanglah anak kerna semangat atuk
alfatihah..semuga syurga tanpa hisab..aminn
saya tau kamu sgt tabah jiey
Al~Fatihah -______-'
menitiskan air mata saat baca blog akak ni..sungguh besar kasih seorg atuk..beruntung rayyan..sy tak pernah pun rasa kasih syg seorg seorg atuk sehebat atuk rayyan even atuk sy masih hidup..
rayyan anak yg bertuah..jgn risau kak..rayyan sentiasa ada yg tenang dengan keletahnya..sy berulang kali ke blog akak semata-mata hanya kerana rayyan..anak syurga yang sgt adorable pada sy..
semoga atuk ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman..amin.
kak, mengalir airmata membace entry akk..sy bru thu abah akk dh xde..dh 3bulan cuti xbukak blog.. Takziah kak :-(
speechless.. hanya air mata yang mengalir.. kuasa kasih sayang... hilang tiada pengganti... al-fatihah.
Post a Comment