Tuesday, July 23, 2013

Kisah kesakitan dan usaha mencari kesembuhan..

Sudah lama tidak bercerita tentang sang putera hati bukan? Apa khabar anak bujang saya itu. Alhamdulillah, baik-baik sahaja setelah melalui satu episod kesakitan. Walaupun masih belum pulih sepenuhnya, namun keadaan dirinya sudah lebih dari cukup untuk membawa senyuman kepada kami.

Semoga jerebu yang semakin teruk ini tidak akan memberi impak kepada anak syurga Mama. Amin.

Bermula dengan hari Ahad, Rayyan Ariff menunjukkan tanda-tanda flu. Selsema yang membawa kepada hingus bermula dengan cecair jernih makin memekat. Semuanya gara-gara cuaca hujan dan sejuk pada malam sebelumnya. Salah Mama juga, terlupa menutup suis kipas.

Hari Isnin, saya ke pejabat seperti biasa dan Rayyan Ariff berehat di rumah sahaja. Setibanya saya dirumah pada jam 5pm, dia hanya terbaring kaku. Menangis apabila di angkat dan asyik memegang kepala, mungkin sakit kepala. Kata Bibik lagi, dia baru sahaja memberikan Rayyan Ariff PCM kerana dia demam.  

Tubuh yang hanya mampu berbaring. Melihat Mama pun dengan ekor mata sahaja.

Mungkin kerana sudah terbiasa melihat kesakitan padanya, saya tidak sepanik selalu. Saya menghantar SMS kepada Kak Ija, perawat dari Pusat Stimulaterapi Klang untuk bertanya tentang apa yang perlu dilakukan. Setelah seketika, Rayyan Ariff mula mampu bangun. Mungkin juga kerana PCM mula bertindak dan berjaya mengawal suhu badan.

Dia mula kembali menonton TV seperti kebiasaannya. Namun sesekali dia kembali terbaring. Saat itu saya mengesan bahawa dia terkena sawan! Setelah beberapa urutan dilakukan, dia kembali biasa. Setelah itu, satu lagi kelainan berlaku. Kepalanya teleng..

Selepas memasak ala kadar dan berbuka, kami langsung bergerak ke Pelabuhan Klang dengan membawa Rayyan Ariff yang masih lembik. Setibanya di Pusat Kesihatan Stimulaterapi Klang, teruk jugalah kami 'di basuh' oleh Kak Ija dan Abang Jalil. Senyum sahajalah. Sudah namanya kita yang salah. ;-)

Setelah seketika, Rayyan Ariff kembali OK. Saya juga mempelajari beberapa teknik urutan untuk mengurangkan sawan dan sakit kepala sekiranya serangan berlaku lagi sewaktu di rumah.

Hari Selasa, Rayyan Ariff masih lagi sakit. Sesekali sawan dan sakit kepala yang bergabung. Syukur juga demam telah tiada. Malamnya, kami ke Pelabuhan Klang sekali lagi. Tiba di rumah sudah agak lewat, malam pula tidur-tidur ayam demi Rayyan Ariff.

Sudahnya, esok bukan sahaja saya bangun lewat, dapat pula pakej migrain. Setelah mendapatkan MC dan berehat seketika, saya bergerak ke Pelabuhan Klang sekali lagi lebih kurang jam 12pm. Hari ini, sasarannya, saya mahu mendapatkan rawatan intensif untuk Rayyan Ariff. Sudahnya, kami duduklah di pusat berkenaan dari pagi membawa ke malam. Berbuka juga di sana.

Malamnya juga kami tidur di hotel. berdekatan bagi membolehkan Rayyan Ariff mendapatkan rawatan intensif untuk sehari lagi. 

Hotel bajet, cuma RM110 semalaman. Reason pilih hotel ni adalahhhh:

Carpark betul-betul depan bilik! Hotel ni ala-ala chalet gitu. Sebab dah tau esok nak turun pagi2 buta n sorang-sorang pulak tu, amik la yang ni.. Iyea, saya dalah penakut tahap Gaban! Kalau basement parking etc, memang nak kena orang temanlah! ;-P

Seawal jam 615am saya sudah bergerak ke tempat kerja. Takut juga, maklumlah sendiri. Tawakal sahaja kepada Allah SWT. Bibik dan anak-anak saya tinggalkan di hotel. Kak Ija datang mengambil mereka lebih kurang jam 10am dan mereka berada di Pusat Stimulaterapi sehinggalah saya tiba selepas waktu kerja pada petangnya. Kali ini, En.Hubby turut serta. Mungkin rasa bersalah kerana membiarkan saya menguruskan Rayyan Ariff sepenuhnya sepanjang 2 hari ini.

Malamnya, selepas berbuka, kami kembali ke Ampang. Penat? Usah cerita!! Penat terlalu penat. Dengan tidak cukup tidurnya, dengan memandu berjam.

Namun hasilnya? Alhamdulillah, sangat puas hati!!

Inilah hasil berstimulaterapi (on top of our weekly physio, OT and ST).. THE WALKING RAYYAN ARIFF!! Photo was taken on 21st July but he was able to do this a week or two before.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Rezeki Ramadhan.
Terima kasih Allah.
;-)

I'll share more on his progress later..

P/s - Kalaulah Atuk ada kan? :-(

15 comments:

RieNa said...

ALHAMDULILLAH!!!

rayyan, kamu buat aunty riena basah mata dah ni..Ya Allah kami syukur...

shaliza said...

Alhamdulillah....

Unknown said...

Alhamdulillah... =)

Rizziela said...

Akk yg baca ni pun dah rasa penat....apatah lagi yg menguruskan nyer

Semoga Rayyan akan sihat sepenuhnya..Insyallah

Noni said...

Alhamdulillah. Teruskan berusaha, mama and rayyan Arif!

oh, rayyan demam sebab penat kot asyik berjalan jek? ;P

Monamie said...

Yay! Alhamdulillah. Rayyan strong boy. Syukur. Hugs Rayyan.

eiz said...

alhamdulillah..bergenang air mata ni ble sampai ayat yg last..

Unknown said...

Alhamdulillah..syukur Ya Allah...
membaca kisah Rayyan buat air mata bergenang...
Kita yg besar ni pun tak tahan bila sakit kepala apatah lagi kanak2..:(
Sesungguhnya Rayyan amat tabah..
Semoga Rayyan sentiasab beroleh Rahmah Allah dan diberi kesihatan yang baik. Amiin.

Lynn Abd Latib said...

Yahoooo!!!
Seronok sgt baca entry nih

Smg Rayyan terus kuat bjln
Jiey terus kuat utk Rayyan!!

Unknown said...

Alhamdulillah syukur, bergenang air mata melihat rayyan mampu berjalan. Syukur alhamdulillah.

Unknown said...

Syukur Ya Allah Rayyan mampu berjalan. Teruskan perjuanganmu nak, ibu2 di luar ini sentiasa mengiringimu dengan doa yang tak putus2.

King Khadijah said...

Well done RAYYAN ARIFF. Alhamdulillah Syukur pada ALLAH..

mila said...

yeaaaa RA dh boleh jln sndiri.. syukur x terkata

Bonda Ryan said...

alhamdulillah, bergenang air mata di hujung entry. bonda doakan ian kuat semangat yer..hug ian!

mirah said...

alhamdulillah. well done rayyan and mamanya :)