Tuesday, July 2, 2013

Setia seorang pencinta..

Sekali lagi, maaf ada yang jelak dengan bicaraku.. Aku tahu ini bukan slot drama TV3 yang bisa mengundang minat.. Ini hanyalah satu episod kehidupan yang ada turun naiknya.. Ada pasang surutnya..

Sering aku bercerita tentang hebatnya kasih seorang Atuk. Sehingga aku terlupa untuk berbicara tentang setianya cinta seorang cucu..


Selalu aku gelarkan Rayyan Ariff sebagai bayang-bayang Atuk.. Di mana adanya Atuk, di situlah adanya jiwa kecil itu.. Menuruti, mengekori tanpa jemu.. Nampak sahaja kelibat Atuk, bersungguh memanggil dalam bahasanya yang tersendiri.. Andai ada Atuk di depan mata, siapa sahaja tidak lagi dipandangnya..

2 ke 3 minggu sebelum Atuk jatuh sakit, Rayyan Ariff hilang selera makan. Sualah apa sahaja, pasti ditolaknya.. Memberi makan bagaikan satu episod perang. Aku tidak tahu apakah itu naluri, firasat, petanda atau kebetulan.

Pulang ke kampung selama 2 minggu dalam menghadapi Atuk yang sakit sehinggalah Atuk tinggal pergi, Rayyan Ariff masih dengan 'diet'nya.. Diaper dari saiz XL turun kepada L. "Kurus sangat ni, nampak tulang kat tangan tu.." Kata pakar kanak-kanak sambil membekalkan sebotol multivitamin.

Pulang ke KL selepas pemergian Atuk, Rayyan Ariff kembali makan seperti biasa. Aku jaga pemakanannya cukup dengan snack segala. Nasi pula 2 senduk penuh sekali makan.

Alhamdulillah, dia sudah pulih.. Sangka hatiku..

3 hari yang lalu, kami pulang ke Kota Bharu untuk majlis tahlil hari ke 40. Setibanya di sana, Rayyan Ariff menunjukkan sedikit tantrum.. Tarik rambut nenek, protes itu ini.

Kata nenek, "Nenek nak buat macamana Ian? Kalau nenek boleh pergi kubur ambik Atuk bawak balik untuk Ian, nenek buat.. Pinjam sekejap pun jadilah.."

Syahdu. Sayu.

Dua hari di kampung, Rayyan Ariff tidak mahu menjamah nasi walau sedikit.. Seharian, bertahan cuma dengan 7oz susu, 3 keping roti, semangkuk koko crunch dan sebekas kecil dadih..

Sangka kami, mungkin kebetulan. Atau mungkin dia kepenatan kerana perjalanan yang jauh..

Tiba di KL semalam, dengan jarak perjalanan yang sama, Rayyan Ariff kembali kepada sifat asalnya. Ceria seadanya dia. Makan dan minum seperti biasanya dia..

Tahulah kami, Rayyan Ariff tercari-cari Atuknya yang rajin menyuap makan. Rayyan Ariff ternanti-nanti Atuk yang setia menyambut di muka pintu setiap kali kami pulang ke kampung..

Setianya cinta seorang cucu.. Kalau bukan Atuk yang menyuapkan, sanggup sahaja dia memilih untuk berlapar..

Rayyan Ariff yang naif, belum memahami erti kehilangan, belum mengerti maksud kematian.. Namun sudah tahu menjadi perindu yang kental.. 

Semoga kalian bersua di syurga Allah SWT apabila tiba masanya nanti.. Ameen..

Al-Fatihah Atuk.  

13 comments:

Suliana said...

siannya ian.. di mana nak cari ganti atuk.. huhu

Mama Kembar Tiga said...

bergenang air mata baca ni... terbayang betapa ian rindukan atuk...

eiz said...

kak jie air mata berderai ble bce post ni..bulan ni genap 11 thun abah sye tinggal kn sye..msih terasa lg ciuman terakhir arwah di pipi sye walau telah 11 thun berlalu..Al-Fatihah wat arwah abah n ayah kak jie..

Mama3Q said...

Ya Allah, permudahkan lah segala urusan anak kecil ini....dan moga kerinduan itu tidak membuatkan rayyan arif putus semangat....amin...tears...

Mamanurin said...

Rasa sebak bila nenek bersuara..

Unknown said...

Air mata bergenang setiap kali membaca kisah Ian dan atukya. Betapa berat rindu yang ditanggung dan tidak dapat diluahkan melalui kata-kata. Semoga Ian sayang akan terus kuat. Doa kami mengiringi perjalanan insan istimewa Rayyan Arif.

Rizziela said...

Sedihnya akk baca..

Kesian kat Rayyan...

ieda said...

rayyan rindukan atuknya....kesian rayyan....(speechless dah...)

kayyana said...

sayu nye baca entry akak.. tabahlah ian.. atuk sentiasa ada di hatimu nak.. tabahlah kak.. sesungguhnya ian seorang anak yang penyayang..

Puteri Satu said...

menitis lagi airmata akak untuk rayyan ariff.... pasti waktu mengubati rindu rayyan ariff.... insyaallah...

leya_zaini said...

Allahuakbar... tersentuhnya hati bila baca luahan nenek. mudah2an ian akan terus tabah. yelah.. kalau kita pun hanyut dlm rindu lebih2 lg yg pergi tu sumone yg so dear to us... lagilah ian... tiada sapa yg tau pe yg tersirat dlm hati dia... hanya boleh baca dr perlakuan dia... semoga Allah kurniakan kekuatan utk ian ye syg....

Mazatul azura said...

Sayu rasa hati...

[leily.laily] said...

Ya Allah, sedihnya..
sumpah terharu...
kuatkan semangat yer..
saya pn pernah kehilangan org yang tersayang sebelum ni..
dlm sekelip mata,
tanpa diduga..