Aku rasa, rata-rata orang pun setuju bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang agak relax dari bebanan di tempat kerja. Bukanlah tak ada, tapi masih boleh bernafas.
Pada aku sendiri, Ramadhan adalah bulan untuk diri sendiri mendekatkan jiwa dengan tuhan dan bulan untuk keluarga. Alhamdulillah, setakat ini, seawal jam 4.00-4.15pm sudah dapat pulang ke rumah. Memasak untuk keluarga seperti tahun-tahun yang lalu.
Peruntukkan sejam untuk memasak dan selebihnya, melayan kerenah the RAs. Memang seronoklah.
Menu iftar 2 Ramadhan - Telur goreng sambal, sup ketam, rendang daging, sayur bayam, ulam dan nugget.
Menu iftar 3 Ramadhan. Sedikit meriah sempena sambutan hari lahir En.Hubby. Siakap 3 rasa, telur goreng kicap, udang goreng kunyit, tomyam campur, ulam, budu dengan tempoyak, kek dan pizza hawaiian chicken.
4 Ramadhan berbuka di rumah PIL di Rawang.
Menu iftar 5 Ramadhan. Sambal sotong, sayur bayam, udang masak lemak, ulam, budu dengan tempoyak, selar kuning dan bawal goreng. Untuk pencuci mulut, chicken fingers dan fishball, kuih lopes dan tembikai.
Nampak banyak tapi semuanya in a small portion. Dan kami juga ada syarat baru untuk tahun ini. Nasi tidak bertambah dan lebih kepada meratah lauk.. ;-)
Selamat berpuasa dan selamat berterawikh untuk kawan-kawan semua.
7 comments:
rajin akk masak byk2 ye hehe
sedapnya menu berbuka.. akk x masak nasi utk berbuka..en hubby x suka mkana nasi..so masak yg simple2 like murtabak ker..mee ke..bihun ker...tp malas nak ambilgamar...blh gitu?
memey poso2 ni masok lauk sikit2 jah. sbb kalu tok habih, tok lalu nok makey pulok.
meriahnyer meja..saya tak tentu boleh siap semua dalam masa sejam tu..hehe..tapi bagus juga azam tak tambah nasi hanya ratah lauk tu apa pun salam Ramadhan..
TshirtLabuhTermurahDiPasaran
salam ziarah & salam perkenalan :)
It has been a while since my last visit to your blog jiey. Selalu nengok jiey masak via IG. How i wish I am your neighbour. hahahaha
dapnye ketam.huhu
Post a Comment