Cita-cita satu entri sehari memang tak tercapai. In between sibuk, nafsu berbelog pun dah agak kureng sebenarnya.. Sobsobsob.. Penangan IG kot.. Senang, cepat.. Snapped gamba, taip sket2 terus post. Linked pulak dengan FB, so kiranya sekali harunglah.. Senangkan?
Ok, berbalik pada cerita weekend.
Tanggal 21 September 2013, Abang sulung aka my one and only elder brother dah selamat berangkat ke Belgium untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. Saja apply nak sambung kat negara orang. Nak merasa katanya. Baguslah tu, sebab aku memang malas dah menanti.. Ekekeke.. So nanti, bonus simpan siap-siap kot2 nak gi Belgium katanya.. Kahhhh..
The four of us. Harap-harap ikatan yang terjalin mesra ni akan berkekalan dan takkan ada benda-benda yang boleh menggugat persaudaraan kami.. Aminnn
Dah jadi medan catching up. Abah's youngest brother turun serta menghantar. Tengok muka Rifa Aleesya, dah almost 10pm so muka memang dah ngantuk sangatlah kan..
Syahdu sebenarnya tengok gambar ni.. Kalau Abah ada, dialah yang akan jadi orang paling riuh. Orang paling bangga.. Agaknya, menghantar ke airport dah bangga macam dah graduate kot. Mommy tak ada sebab dia masih dalam edah.. Sedih lagi di situ. Cepatnya la hai Abah pergi.. Al-Fatihah abah.
Budak cewi jumpa beg tarik-tarik..
Peace ya'all..
Ni la pengantin baru ari tu.. Hitam putih kehidupan sungguh beza warna kulitnya.. =P
Flight sepatutnya pukul 1120pm kot.. Tapi delay sampai ke pukul 1am.. Sementara tu kami sibuk la ber camwhore.. Since flight delay gitu gaya, takde la kami tunggu lama-lama.. Budak kecik ada kan.. Siyan plak.. Parents in law my brother pun datang jugak..
Gagah sangatttt.. Muka Rayyan Ariff ada iras Uncle dia eh???
Ada la kot sket irasnya.. Tapi Ian lagi ensem la Uncle.. Uncle mana handsome.. Muka jambu..
My brother and his wife.. In Shaa Allah, Kak Farah akan menyusul ke sana by Januari.. Moga2 mereka akan dapat baby made in Belgium.. Aminnnn (cepat korang2 tolong aminkan!)
Even dah takde depan mata, tapi selalu je whatsapp. So takdelah rasa totally lost gitu. Teknologi katanya. Tapi seriously, hati aku berdebar-debar nak hadap kenduri sambut menantu on our side 13 Oktober nanti.. Bila Abang Long takde, Kak Ngah la yang kena take over kan?? Betapa aku sangat tak sanggup sebenarnya. Abah, Kak rindu Abah. Rindu sangat-sangat. =(
Esoknya takde apa yang menarik, just ke Port Klang untuk stimula Abg Rayyan kita.. =)
Sabtu semalam, 28 September 2013 pulak, aku ada di kampung halaman. Malam Jumaat bertolak with my younger brother dan sampai around 4am.. Tak sihat sebenarnya. Selsema dan batuk teruk. Tapi sebab ada urusan rasmi aka perbicaraan kes pusaka Abah, gagahkan jugak diri untuk balik.
Hari Sabtu tu busy ke hulu ke hilir. Mula-mula pergi rumah my Aunt untuk dapatkan geran tanah original. Masa orang dari Pej Tanah called, dia dah informed awal-awal suruh bawak geran asal untuk semua tanah yang dituntut. Luckily semua pun ada. Buku akaun bank dengan penyata selepas Abah takde pun memang dah siap awal-awal masa buat permohonan tempoh hari. Borang DDA pewaris yang tak dapat hadir pun dah hantar awal-awal.
Since dokumen dah lengkap, kami ke Pasar Siti Khatijah sekejap (ke nama lain dah sekarang? Rasa sama je kot. Wallahualam.). Kat sana, my mom beli sayur mayur dan buah-buah. Alang-alang, kami beli sekali doorgift untuk majlis my bro nanti..
Segar dan murah. #ThisIsKotaBharu
Lepas tu gi kedai yang jual barang pengantin. Rupanya kat sini lagi murah wehh!! Murah by RM0.30 jugaklah seunit. Cuba imagine bila beli dalam kuantiti yang banyak dah berapa beza dia.. Sighhhh.. Dah terbeli nak buat cemana. So just tambah beli paper bag je la kat sini.
Beli tiga jenis barang plus satu paper bag.. Tinggal lagi nak tempah apam polkadot dan beli gula-gula.. =)
Esoknya pagi-pagi, sebelum menghadiri perbicaraan, aku, adik dan mommy ke kuburan Abah terdahulu. Menziarah. Syahdu, tenang, damai.. Semuanya berbaur. Tak pernah aku bayangkan aku akan menziarahi Abah di tempat ini dalam waktu terdekat ini. Betapa sungguh kematian itu tidak mengira sesuatu apa.
Pertemuan pertama Mommy dan Abah setelah hari persemadian. Setelah habis edah. Tanah kubur Abah sudah nampak padat. In Shaa Allah pulang sekali lagi kami sudah boleh menempah belindan dan batu nisan untuk Abah.. =(
Usai bacaan yassin untuk Abah, kami menghantar mommy pulang dan terus ke HUSM sebentar. Mengambil ubat mommy yang sudah terputus bekalan. Selesai sahaja, terus ke Pejabat Tanah dan Galian. Perbicaraan berjalan lancar. Semoga dalam masa terdekat ini, perintah mahkamah dapat dikeluarkan tanpa masalah kerana ada sedikit isu yang timbul berkenaan dengan borang DDA yang ditandatangani oleh waris-waris yang tidak adil iaitu Mommy, Abang dan adik perempuan aku.
Pengalaman baru. Perspektif baru. Itu yang boleh aku simpulkan mengenai pengalaman aku menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan Abah.
"Ada melibatkan pembayaran tambahan ke bagi mengimbangi jumlah harta yang dibahagikan? Mungkin A bayar kepada B, B bayar kepada C supaya semuanya adil?" Tiada. Jawab aku.
"Betulkah semua setuju dengan cara pembahagian? Si C dan Si D akan dapat lebih, sedar dan maklumkah A, B dan E?" Tahu, puan. Sedar dan kami setuju. Jawab aku.
"Benarkah wang tunai ini tidak mahu dibahagi dengan waris yang lain? Hanya seorang penerima sahaja. Kamu sedar jumlahnya besar?" Sedar puan. Memang semuanya untuk seorang penerima.
Sungguh aku tidak tahu sama ada soalan-soalan yang diajukan adalah prosedur lazim bagi si hakim atau kerana dia berasa pelik dengan hasil pembahagian yang dipersetujui. Siapa yang tidak mahu harta berjuta? Terutamanya aku yang sangat-sangat perlu berkira setiap sen dalam mengubati Rayyan Ariff. Tapi pada kami, ianya semudah, harta dunia boleh dicari. Tidak perlu berebut-rebut sehingga perlu bersengketa. Bukan kerana kami orang senang atau kaya-raya, tapi mungkin kerana kami sudah biasa susah. Sudah terbiasa mengejar kesemuanya dengan keringat sendiri.
Untuk aku sendiri, aku yang menguruskan semuanya sedang mereka yang lain hanya menurunkan tandatangan. Kalau mahu menipu, memang mudah sahaja. Tapi aku mengambil langkah tambahan menerangkan setiap asas pembahagian kepada semua waris yang terlibat. Aku tidak mahu disoal di akhirat kelak untuk sesuatu yang bukan milik aku..
Menguruskan sendiri memang penat berbanding melantik pihak Amanahraya untuk menguruskannya. Tapi dari segi fee dan caj perkhidmatan juga besar bezanya. Untuk bayaran kepada Pej Tanah, hanya 0.2% daripada nilai keseluruhan harta yang dipohon. Bagi Amanahraya pula, mereka mengenakan fee sebanyak 2%.. Memang besar bezanya. Kalau mampu dan tidak mahu renyah, lantik sahaja Amanahraya. Bayaran akan dipotong dari wang tunai sedia ada yang dituntut milik si mati, dan bukanlah bayaran tunai.
Dalam kes kami, jumlah yang perlu dibayar iaitu 0.2% daripada nilai keseluruhan harta adalah menghampiri jumlah RM3K. Cuba bayangkan, kalau melantik Amanahraya, hampir RM30K jumlahnya! Sudah boleh dibuat duit muka membeli rumah. Sayanglah. Itupun kami anggarkan nilaian hartanah pada harga paling minimum. Kita bukan orang kaya dan berada. Jawabnya, urus sahaja sendiri dari A ke Z. Renyahnya, hampir beberapa kali juga saya perlu berulang-alik dari KL-KB untuk menyelesaikan urusan. Tapi puas. =)
Kalau ada yang berminat untuk mengambiltahu proses dan prosedur yang perlu dilakukan, In Shaa Allah saya akan berkongsi di sini. Melalui sendiri = Pengalaman = Penambahan ilmu. Alhamdulillah.. =)
3 comments:
klu ingin berkongsi prosedur tersebut boleh jugak...nilai setiap hartanah tu pihak PTG ke tentukan? TQ
mmg comel lah adik ipar Gie
Salam
Tidak faham sebenarnya bab2 pembahagian harta...mak mertua ada explain sikit tp still blur...thanks in advance sekiranya dikongsikan....
Post a Comment