Tuesday, December 2, 2014

Bila banyak sangat entry tertunda~

Kita start dengan birthday Kakak dulu. Kakak la sangat khennnn?? Kalau dia bahasakan diri dia Kakak, sure bibik akan tanya, "Adiknya mana?" Tanak kalah, dia biasanya akan tunjuk si Kotak. Patung baby kesayangan dia. Huduh patung tu.. Tapi dah dia sayang nak kata apa?? Kahhhhh.. =P
 
Alhamdulillah puteri kami genap 3 tahun pada 1 November 2011. Momma hari tu tersangatlah busy. Sorting out orders sebab sehari sebelumnya ke Singapore ambik stok YL. Rumah bersepah dengan barang, mana menyusun jadual appointment patients dengan Sis Yonie lagi.. Mana berwhatsapp about the next day sharing session. In between bawak Rayyan Ariff gi therapy and malamnya bawak Kak Yonie and her cousin out for dinner. So memang la kelam kabut tak sempat nak potong kek bagai.
 
Yang si ayahnya mula la tarik muka sebab dia awal2 dah tempah kek. Kata momma busy semacam sampai ignore birthday anak. Eh bolehhh?? Bukan ignore. Dahulukan mana yang kena settle la. Pagi2 dah wish pun. Potong kek tak semestinya on the day itself. Kan boleh KIV. Lagipun si abangnya tak sihat. Kesian betullah si Abang. First time dia tak sihat, bibik yang uruskan mostly 90%.
 
Abangnya batuk kungkangkungkang tahap ape ntah.. Dah lama tak kena sekali tiba2 je.. Yang si adik plak, sapu siap2 wellness blends takut berjangkit. Hari ke3 ber YLEO, Alhamdulillah si abangnya sihat. Tak sangka pulak dengan dia punya batuk tahap ape ntah.. Momma sket lagi nak bawak gi neb kat klinik cam yang lepas2 tu.. Hekhek. Tak sangka kental pulak..

Dia nak kek Sophia the first. Apaknya mengikut.. Silalah sila.

Say cheeseeee.. Muka happy tak happy. Dari hari sabtu dia mintak nak potong kek. Isnin baru dapat.. Bagus budak ni, dia dengar kata. Bila kata, "No cannot cut now, dont have candle. Momma go and buy candle first yea.." Dia jawab OK. Lagi sejam kang dia tanya balik bila boleh potong kek.. Hehehehe..

Bapaknya yang muka happy lebih. Tekalah befday sape sebenarnya??

Ni je audients masa celebrate befday nya.. Hahaha.. Kesian kakak.. Balik2 muka ni je jugak.. Celebrate on Monday kat Kluang Station je pun. Hekhek. Next year la kakak yea kita buat elok sket. Kakak la takmo gi school. Tidak kalu, leh buat kat school..
 
Dah besar budak ni. Sesekali still keluar jugak lagi peel suka nangis tu.. Yang paling tak menahan, kalau membuang, berperang nak membasuh. Hoihoihoi sungguh! Dah umo 3 tahun still pakai diaper, takmo dia kalau kita kata jangan pakai sebab dah besar. Dia jawab abang dia lagi besar pun pakai.. Ada pulak nenek dok skali, memang naik minyak. Nenek dia kata, biarlahhh.. Biasalah budak-budak sekarang.. Nanti 3 tahun setengah cubalah potty train. Bolehh??
 
At the age of 3 ni, sama je dia dengan budak-budak lain of her age. Rasa tak relevant dah nak senarai kebolehan kata kenal nombor, kenal hurif, kenal color, kenal shapes etc.. Sebab rasanya every kids of such age nowadays pun memang takde isu nak buat all those unless they are special kids.. Hahahaha..
 
Tapi melayan kerenah budak2 baya gini memang syok la.. Tambah2 minah saleh celup ni. Slang diva kekdahnya.. Hekhekhek..
 
video
Makhraj cukup lengkap bila dia bercakap ko!
 
video
Cakap melayu pelat bukan main.. Bukan pelat biasa budak2 tu, pelat omputih cakap melayu. Masalahnya, makcik tak putih. Coklat yooo
 
video
Kalau mintak apa pun sure ada pretty please skrg ni.. Siap buat tangan dengan mata sekali. Pengaruh TV sungguh.. Ni dia mintak ambik gambar starfish kat buku dia..
 
 
Apa2 lah anak. Harapnya sihat senantiasa la hendaknya. Membesar jadi anak solehah, dengar kata, cukup ilmu agama, sihat tubuh badan dan sentiasa dipermudahkan urusan. InShaaAllah. 
 


2 comments:

Marsha~ said...

budak terer cakap omputih niiiiiiiii

Mila Hilas said...

makin comel lah....geramnya dgr dia ckp slang BI tu..terer sungguh