Alhamdulillah, untuk kesekian kalinya, keluarga superkids kami dapat berkumpul pada malam minggu yang lalu..
Walau tidak lama, cukup untuk melepaskan rindu dan bertanya khabar..
Dan pada pertemuan ini juga, kami menyaksikan air mata kerinduan pada seorang teman..
Air mata kehibaan..
Air mata tanda kehilangan..
Dan hati ini terasa kepiluannya..
Namun tiada apa yang dapat kami lakukan..
"Ayu dah tak ada anak.." Luahnya berserta tangisan kecil..
"Ini ada anak ni.." Serentak saya dan Ita memegang Nadime.
Walau kata kami bersatu, namun kami tahu maksud sebenar kata-kata Ayu..
Bagaimana getaran yang hadir di jiwanya di saat dia memangku Alisya..
Bagaimana hebatnya dia cuba melampias rindunya pada arwah Alanna..
Saat itu, walau tangan ini masih menyuap Rayyan Ariff yang sedang berada di ribaan,
mata ini meliar memandang Zura yang memangku Habib..
mata ini sesekali berpaling pada Ida yang sedang memangku Aiman..
Kami mengerti bahawa Ayu terlalu rindukan Alanna..
Yang sudah tiada untuk dipangku..
Yang sudah tiada untuk dipegang..
Dan Nadime, bagaikan mengerti gelodak di hati mummy..
"Daddy, mummy nangis.." Sungguh Nadime kelihatan matang walau usianya baru dua tahun lebih..
Mungkin pengalaman 'mendewasakan' anak kecil itu..
Saya sebenarnya tewas pada saat dan waktu itu..
Air mata masih bergenang tatkala menaip entri ini..
Kerana terbayang mata Ayu yang berair..
Kerana terbayang sinar mata Syarul tatkala mendengar ayat Nadime..
Sakit dan perit yang tak terperi..
Teman, andai sahaja diri ini punya kuasa untuk mengembalikan segalanya..
Andai sahaja..
Kalau sahaja hati ini ada ruang kosong setelah pemergian itu, apa lagi hatimu..
Kalau sahaja air mata ini tumpah apabila teringatkan perpisahan itu, apa lagi air matamu..
Satu kehilangan, yang sangat menyakitkan..
Namun dia kini tenang di sana..
Sementara menanti untuk bertemu mummy, daddy dan abgnya..
Al-Fatihah..
Alanna Qish Binti Syarulniza
24/8/2009-5/6.2009
Ayu, Syarul & Nadime, tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempat Alanna Qish kerna dia terlalu istimewa.. Namun sudilah kiranya kalian terus melimpahkan kasih yang ada kepada Rayyan Ariff, Yasmin Nabilah, Megat Idris, Habib Azfar, Alisya Qaireen, Ammar Nazheef, Muhammad Irfan dan anak-anak yang seistimewa mereka.. Peluklah mereka semahumu kerna walaupun ianya tidak bisa menghilangkan rindumu pada Alanna, namun biarlah ianya menjadi sandaran walau seketika cuma..
.

"Dalam tahajjud cinta bersujud.."