Friday, July 9, 2010

Takut untuk kehilangan membuatkan kita menjadi tak keruan..

Ini adalah satu wajah yang penuh kecintaan di dalam hidup kami.
Saya tahu dia hanya satu pinjaman dariNya, namun saya ingin dia selalunya ada kerana dia adalah penyeri..
Kerana dia adalah lambang kasih dan sayang..
Saya faham bila mereka katakan "It's a lifelong condition and there will be no cure for him, just treatment.."
Saya sangat faham. Dan saya benci pada diri sendiri kerana ianya tidak berada di dalam kawalan saya..
Saya terlalu takut dengan sebuah kehilangan kerna saya tahu saya tidak akan kuat untuk menghadapinya..
Saya benci dengan H*************** dan H************ yang sering membuatkan saya ketakutan..
Sering kerisauan..
Saya benci menjadi seorang yang mudah panik..
Saya tidak suka melihat wajah sakitnya..
Saya sedih apabila dia tidak seaktif biasa..
Takut..
Kalaulah dia boleh bersuara dan menyatakan di mana sakitnya..
Kalaulah..

14 comments:

linziana said...

itulah lumrah sebagai seorang ibukan jiey???
I always pray for little rayyan,supaya dia sentiasa senyum....happy....

I will always be your supporter...

Lil'rayyan...stay healthy k sayang...?muah

Rizziela said...

Kenapa ni jie?

wanie_kashfi said...

sebagai ibu...kita semua takut jiey...tak kira macamana keadaan anak kita sekali pun...semua pasti ada perasaan tu...sebab tu la kdg2 bila tido & tiba2 terjaga tgh malam terus tengok ank...bimbang...macam2...takut org culik la, takut kena gigit nyamuk la, takut dia sejuk...semua ada...sama2 la kita doa anak2 kita akan sentiasa sihat & membesar

Jiji said...

betul laa jie.... kita panik.. kita takot rasa "tidak mampu" jadi penyebab kehilangan...

Ni Anis ni jiey... berat.. tak naik-naik.. orang sebok kata "jangan risau-risau"

tak membantu kan Jiey...

mcm jiey risau pasal rayyan.. seribu orang dok comfort .. tak akan jalan.. sebab perasaan yg kita rasa tu hanya allah yg mampu tenangkan...

A.I said...

Jgn camtu Jiey..sume org mmg takot ngan kehilangan org yg kita sayang. Kita sesama doa k. semoga diberi kesihatan yg baek utk dia.. :)

yatie chomeyl said...

ya Allah, kau kurniakanlah kesihatan kepada abe Ian. amin

Heartilyina said...

kenapa jiey? harapnya ian sihat2 n dilindungi Allah slalu...

mommyYen said...

hai jie
rayyan has a beautiful bright eyes..so hensem..

*as usual bila baca entry u,i baca pukal.seronok.*

Kak Rose said...

kenapa ni.. macam ada yg x kena jer... harap Ian akan sihat n ceria selalu... kebimbangan ttp ada.... wpun anak dah dewasa, bila dia batuk tengah malam pun kak rose masih risau... ni kan pulak Ian yg masih kecil... ah...naluri seorang ibu!

Noina said...

cantiknya mata Ian..Ibu rindulah kat Ian.. :) Rindu sangat..! sayangnya tak dapat jumpe Ian aituh..

Mayyonnizz said...

Jiey jgn pernah fikir akan kehilangan...

kehilangan adalah sesuatu yang amat kejam...

sebab kalau dia nak datang die tetap akan datang...

jangan fikir langsung... tetapi berdoalah agar dia takkan pernah datang.. :)

Watie Aziz said...

Jiey. adushhhh...sungguh seksi bibir Rayyan ...merah dan ranum..sungguh i jeles sbb Q punya bibir selalu kkering dan terkupas ..hu hu..

yg ..u owe me an emel..hehe ..remember?

shaliza said...

rasanya mereka yang bergelar ibu akan berperasaan begitu.
Berdoa la,mungkin ada miracle dariNya yang akan mengubah segalanya...amin

Aisya said...

saya juga sama seperti awak jie.Terlalu takut pada kehilangan..Membaca kisah Rayyan mengingatkan saya pada Aisya.Semoga mereka terus kuat dan kita juga diberi kekuatan dan kecekalan utk trs menjaga mereka selama mungkin.
Rayyan is a super hero!