Sunday, July 11, 2010

Owh saya tahu bahawa saya adalah seorang yang over!! :P

Seawal pagi khamis, saya terlihat ada bintik merah pada bahagian tepi bibir Rayyan Ariff. Mungkin gigitan nyamuk, getus hati.. Dan malamnya, pulang dari pejabat, saya dimaklumkan oleh bibik bahawa Rayyan Ariff tidak seaktif biasa. Selera makannya juga kurang.
.
Bintik di bawah bibir tadi semakin besar dan bagaikan kesan digaru. Namun dia sudah bisa tersenyum dan bergelak ketawa. Dan suhu badannya agak tinggi beserta hidung yang seakan-akan mula selsema. Mungkin tiada apa-apa yang serius, cuma demam sahaja. Saya berikan ubat kepada Rayyan Ariff sebelum tidurnya.
.
Dalam hati terbit sedikit ralat. Doktor ada berpesan supaya cuba mengelakkan Rayyan Ariff dari selsema. Kalau dia selsema berlanjutan seperti tempoh hari, ianya boleh memberi tekanan pada telinganya. "Perlu dijaga telinganya, sudahlah hanya satu pendengaran yang ada.."
.
Aduhh doktor, bagaimana mahu dijaga? Sebolehnya saya cuba mengelakkan dia selsema dengan memberikan Scott's Emulsion dan vitamin lainnya.. Kalaulah pendengaran itu bisa disimpan di dalam tupperware, sudah lama saya lakukan agar ianya tidak terjejas..
.
Jumaat, saya ke pejabat seperti biasa. Jam 8.30pm, saya menerima panggilan telefon dari bibik bertanyakan bila mahu pulang. Katanya, semakin banyak bintik-bintik merah pada bibir Rayyan Ariff. Seakan cacar air.
.
Saya bergegas pulang kerana mahu membawa Rayyan Ariff ke klinik. Kereta dipecut selaju yang mampu. Hubby yang tiba dirumah terlebih dahulu menelefon saya dan mengatakan ianya bukan cacar air. Hanya bahagian mulut sahaja yang berbintik. Mungkin ulser mulut, kata hubby. Hati ini sedikit lega.
.
Setibanya saya dirumah, Rayyan Ariff kelihatan biasa-biasa sahaja. Seperti tiada apa yang kurang. "Hmmm.. Esok sahajalah kita ke hospital. Lagipun, Ian ada appointment dengan Dr.Yong esok.." Kata saya kepada hubby dan dia terus bersetuju.
.
Esoknya, pagi-pagi lagi kami sudah ke PMC, Bangsar. Bibik ditinggalkan di KL Sentral kerana hari minggu ini adalah hari cutinya. Setibanya di klinik Dr.Yong, kami terus mendaftar dan kali ini, kami terpaksa membayar bil sendiri kerana kecuaian saya yang terlupa mengambil GL dari pejabat.
.
Sedang minum susu sewaktu menantikan giliran bertemu doktor.. Sudah mengantuk.. =)
.
Sesi bertemu doktor berjalan dengan lancar. Secara keseluruhan, doktor berpuas hati dengan keadaan Rayyan Ariff. Dengan berat yang hanya 10.11kg untuk usianya 2 tahun (he's still being measured by his corrected age), memang Rayyan Ariff berada di dalam kategori 'kurang berat badan'. Namun kerana ada peningkatan berbanding temujanji yang lalu, Dr.Yong sudah berpuas hati.. =)
.
Saya lupa berapa ukuran tinggi Rayyan Ariff. Namun yang pasti, he's in the 90th percentile! Yea, anak bujang saya memang tinggi. Tak lain dan tak bukan, tentu sahaja dari genetik ayahnya!! =)
.
Dr.Yong juga menyatakan mahu mengadakan development test pada temujanji yang seterusnya nanti.. (I'll blog about this later..) Berkenaan dengan bintik-bintik yang ada pada mulutnya, ia adalah sesuatu yang sangat tidak pernah saya jangkakan.. Berkali-kali saya meminta kepastian dari doktor, namun ianya memang HFM.. Oh Tangan, Kaki & Mulut, mengapa singgah pada Rayyan Ariff?? Kasihan anak bujang saya.. Kalau terus-terusan tidak berselera makan, makin kuruslah dia.. =(
.Ayah yang sedang mengambil ubat.. Bilnya, RM397.50 untuk sebotol ubat, dua jenis krim, dan harga konsultansi.. Hehhehe.. Itulah hospital prebet!!
.
Anak bujang saya yang sungguh lena.. Oh HFM, sila pergi dari anak ini secepatnya!
.
Tapi mujurlah dia tidak demam ataupun selsema. Syukur Alhamdulillah.. =)
.
Merujuk kepada entri sebelum ini, owh, saya tahu saya agak berlebih apabila tiba pada keadaan Rayyan Ariff. Namun saya tahu, saya cuma menjadi ibu kepada anak seistimewa Rayyan Ariff.. Pada badannya, terimplan satu alat yang menjadi faktor penting kemandiriannya. Maka wajarlah untuk saya terus berada di dalam kerisauan..
.
Alat itu, boleh berhenti berfungsi pada bila-bila masa. Tiada siapa yang dapat menentukan jangkahayatnya kecuali Dia. Tanpa alat itu, Rayyan Ariff mungkin tidak akan ada bersama-sama kami pada hari ini. Terima kasih kepada mereka yang telah menciptanya.
.
Foreign body tidak seperti tisu ataupun organ yang ada di dalam badan kita. Yang bisa pulih dengan ubat-ubatan sekiranya terkena infeksi. Tidak sama sekali. Kalau rosak, maka ianya perlu diganti. Di dalam kes seperti Rayyan Ariff, terdapat kejadian di mana si pemakainya koma kerana alat itu berhenti berfungsi dan ianya berlaku hanya di dalam tempoh beberapa jam sahaja.
.
Kerana itu saya menjadi fobia. Sering berkejar ke Bahagian Kecemasan setiap kali dia muntah-muntah yang disertakan dengan tidur yang berlebihan. Sering kerisauan apabila dia tidak seaktif biasa. Itulah sukarnya apabila kita hanya mampu memerhati.. Moga dijauhkan dari segala yang buruk. Moga ianya akan terus berfungsi.. Selama-lamanya. Semoga tuhan mendengar doa ibu ini.
.
Pernah, salah seorang daripada pakcik saya berkata, "Ish, dia takde apa2 la.. Sihat walafiat macam budak-budak lain. Pergilah suruh doktor buang benda tu. Takde dalam keturunan kita yang ada benda-benda macam ni.."
.
Saya hanya tersenyum. Biarlah Rayyan Ariff menjadi pemecah rekod 'keturunan'. Dia adalah wira saya yang sangat istimewa, makanya, segalanya tentang dia adalah istimewa dan tersendiri.. Bukan begitu?
=)

18 comments:

Min said...

salam jie...

moga rayyan cepat sembuh... thanks singgah blog kak min... i need sometime to browse and read thru rayyan stories... i will! insya Allah!

Noina said...

org mesti pikir camtu kan Jiey..keturunan zaman skrg ni tak menjamin apa2 kan..huhu..hurm..kita telan je apa org tua2 ckp..apa yang buruk kita buang jauh2 k..yang baik2 je kita amik..kuatkan semangat jiey..(dan pesan pada diri sendiri gak..hehe)

nisa said...

saya pengikut setia blog ini dan Rayyan, dan saya jadi kelam kabut membaca entry ini kerana risaukan keadaan kesihatan Rayyan. Semoga Rayyan cepat sembuh, kerana si kecil saya juga turut terkena HFM ini..alhamdulillah si kecil saya kembali sihat...

mama rifQy said...

akak mmg seorang yang kuat!

alyyani said...

HFM? dah ok ke ian jiey?

lain kali jgn lupe amik GL ye, kalau asyik lupe je, parah gak ko nanti. :D

dulu masa aku ceaser, ade bunyi2 sampai kat telinga ni, takde dalam keturunan yg operate. aku pun pemecah rekod keturunan. :D

linziana said...

Semoga rayyan pulih semula ye...Auntie always pray for u?



Kak Jiey keep update rayyan health status wokeh?tak sabar nak dengar rayyan dah baik. :)

Heartilyina said...

alala ian... sian dia. cpt2 sihat ye. rajin2 makan ubat tau :)

izzahazfar said...

menjadi ibu mmg begitukan kak!

semoga ian lekas embuh ya!

shaliza said...

Amin...
Moga Ian cepat sembuh...kat KB ni pun rasanya kes HFM ni meningkat.
Tapi rasanya ok tu sb Ian tak duk nursery.

Jiji said...

pace maker ke jiey?

AppleCrux said...

Oh..my son pun baru kena HFM nih..kesian you..sakit mulut..

Ibu Akidd said...

ooh jiey gitu ek rupanyer klu kena HFM .;. huhuhu cian ian.. get well soon lil hero!!!!!

iem said...

cian ian..moga cepat sembuh ye

puterikurekure said...

jiey, usahkan jiey yang punya anak seistimewa Ian yang sentiasa risau, kita yang punya anak seperti khalish yang lasak tu pon sentiasa dalam kerisauan. oh. dia baru baik dari demam.

Ian kena HFM eh? anak sedara kita pon kena gak aritu. lepas sapu ubat dan makan ubat, 2-3 hari terus baik. insyaAllah Ian akan segera sembuh. kita doakan.
:)

littlehumblelynn said...

jie,(its that ur name?)

how's ian now?
yes,as a mommy mmg we should more alert..peduli apa org nak kata..over ke tak over hanya kita yg tau susah senang jaga anak kita nih..

my lil baby pun baru jer kena hfmd..kuarantin kad tawakal 5h 4m..

smg ian cpt sembuh!!

Jiey^Mien said...

Kak Min:
Salam Kak..
Thanks a lot for the prayer..
=)

************************************************************************************

Ina:
Kuat, kuat dan terus kuat..
=)

**************************************************************************************************

Nisa:
Thanks a lot for the support sis!!
Harap2nya anak2 kita terus dijauhkan dari segala kesakitan..

*****************************************************************************************************

mama rifqi:
Thanks dik..
semuakan dr Dia..
=)

Jiey^Mien said...

Aly:
Dah ok sket..
Clearing la..

Seb baik leh claim..
Hehheheh..

Seb baik mak aku ceaser gak adik aku yg bongsu..
So mesti mak aku sebenarnya pemecah rekod keturunan..
Muahahhaha..

*****************************************************************************

Linziana:
Thanks a lot dear!!

I will!! =)

**************************************************************************************

Ina:
Sgt rajin!!
Siap tarik2 tangan lg mintak ubat tu..
Hehehhehe..

***************************************************************************************

izzah:
thanks dik!
=)

***********************************************************************************************

Shaliza:
Thanks for the prayer dear..
xdok nurseri pun leh kena..
*sigh*

********************************************************************************************************

jiji:
bukan la beb..
meh email aku meh..
pastuh aku bg full blown citer sebenar..
ngan ko aku tak kesah nk share..
=)

********************************************************************************************************

Jiey^Mien said...

Applecrux:
Ala.. SIyannya Nazhif..
Mesti tanak makan gak..

*************************************************************************

Ibu Akidd:
getting better n better..
=)

***************************************************************************************

iem:
thanks..
=)

*********************************************************************************************

Intan:
Being a mother = risau sepanjang masa..
hehhehhehe..
itu la.. ian pun dh nmpk cam nk ok dh..
kering dh semua..
=)

*****************************************************************************************************

littlehumblelynn:
Alhamdulillah, he's getting better and better..

ish, must be quite serious that she needs to be be quarantined for 5 days kan?