Apabila menyatakan tentang keengganan Ian menggunakan kaki untuk berdiri atau pun menyentuh sebarang permukaan, kami diusulkan dengan banyak cadangan. Kebanyakannya, yang menjadi petua orang tua-tua. Ada yang kami ikut dan ada yang biarkan sahaja. Kenapa Ian tidak mahu berdiri? Adakah kerana 'kekurangan' pada kakinya?
.
Alhamdulillah tidak. Kaki Ian baik-baik sahaja. Tapi otaknya yang 'mengarahkan' kaki untuk berkeadaan begitu.
.
Kata physiotherapist Ian, anak2 yang mempunyai masalah berkaitan dengan otak ini, perlu diajar berulang-kali. Ini sebagai proses untuk mengingatkan mereka, hatta cara untuk meniarap sekalipun.
.
Sebagai contoh, bagaimana dia telah berulangkali mengajar seorang anak syndrome down ini supaya berdiri. Berkali-kali juga anak itu tidak mahu. "We've tried so hard but I don't know why, her brain just doesn't want to accept it."
.
Hal ini dikenali sebagai sensory integration.
.
Ian with a bunny that was given by Abg Adam n Sara. As expected, he refused to touch it. BTW, it's not just Ian's feet. His hands are also sensitive to touch. He can hold and touch things, but he doesnt like his hands to be hold.. Aduhai anak.. Kitorg tak sedar until Ms. Sarjit bgtau.. Before this ingatkan dia saje je tarik2 tangan dia kalo org pegang.. :P
What is sensory integration?
Sensory integration, simply put, is the ability to take in information through senses (touch, movement, smell, taste, vision, and hearing), to put it together with prior information, memories, and knowledge stored in the brain, and to make a meaningful response. Sensory integration occurs in the central nervous system and is generally thought to take place in the mid-brain and brainstem levels in complex interactions of the portions of the brain responsible for such things as coordination, attention, arousal levels, autonomic functioning, emotions, memory, and higher level cognitive functions.
.
What causes sensory integration problems?
Sensory problems result from neurological differences, and new research is being done to confirm this. It’s a difference in how the brain and nervous system are wired. Sensory problems are quite often seen in children born prematurely (especially the smallest and the youngest), those adopted from overseas, children who have experienced birth trauma or prolonged hospitalization, and those exposed to heavy metals. Sensory problems are a common symptom of other special needs diagnoses. However, a child can have sensory problems and nothing else.
.
Maklumat ini baru saya perolehi dari seorang doktor yang pernah bekerja di Neuro Clinic di GH dan kini membuka kliniknya sendiri. Saya suka berbual-bual dengannya kerana dia sering berkongsi tentang banyak perkara berkisar tentang ilmu-ilmu perubatan dan keupayaan otak manusia. Harap-harap, banyak yang saya akan perolehi darinya dan mampu untuk saya kongsikan di sini.
.
Makanya, untuk mengatasi masalah Ian, sepertimana yang disarankan oleh therapist dan doktor rehab Ian, kami perlu mendedahkan Ian dengan seberapa banyak tekstur yang mungkin. Ini untuk merangsang deria rasa dan otaknya, agak tidak terlalu sensitif.
.
Kerana itulah saya berfikir beberapa kali untuk mendapatkan jumperoo untuk Ian. Bimbang andai Ian tidak mampu menggunakannya. Pasti membazir. Tetapi saya terperangkap di antara rasa serba salah antara ingin mencuba menggunakan jumperoo selain daripada cara yang diajar oleh MS. Sarjit atau pun hanya fokus kepada cara Ms. Sarjit semata-mata, iaitu rangsangan..
.
Kerana itu saya memohon pendapat teman-teman sekalian. Dan saya sangat terharu dengan maklumbalas yang saya dapat. Terima kasih semua. Sokongan yang anda nyatakan saya terima sebagai satu bentuk 'penerimaan' ke atas diri Ian. Terima kasih. Seharian saya diselubungi rasa terharu.
.
Bukannya hanya komen yang diterima, tetapi juga kiriman emel daripada beberapa teman. Salah satunya dari
Mommy Miezrina yang mahu memberikan alat yang lebih kurang sama fungsinya dengan jumperoo, iaitu fisher price hop n pop kepunyaan anaknya Akid yang hanya beberapa hari lebih muda dari Ian.
.
Akid yang comel. Ikut muka daddy dia nih. Abangnya Anid, rambut cantik woo.. Seb baik hubby takde masa the Miezrinas datang umah, kalo tak mesti dok gila2kan rambut Anid. Dia dok bercita-cita kalo ada anak laki nak wat rambut cam Anid. Camne nak buat, rambut Ian kan titim.. :P
.
Cara Na menyusun ayat sama ada saya sudi menerima pemberiannya ataupun tidak, sudah cukup menyentuh hati. Bukan kerana dia mahu memberikan sesuatu, tapi kerana 'kesudian' memberi itulah yang tidak ternilai harganya. Berhamburan tangisan keterharuan saya di hadapan PC di pejabat hingga menyebabkan teman sepejabat saya datang bertanya. Bimbang andai saya mempunyai apa-apa masalah.
.
Mana mungkin saya menerimanya. Belum pasti Ian mampu menggunakannya. Nanti membazir. Lebih elok kalau ianya nanti diturunkan kepada adik2 Akid. Dan saya usulkan agar ianya dipinjamkan sahaja buat sementara waktu. Andai Ian boleh menerimanya, bolehlah kami membelinya untuk Ian. Lebih menimbulkan rasa syahdu apabila Na berkata, "Na x kisah la, terpulang pada Jiey.. Simpan la sthn ke, mn tau 6 bln lg ke br serasi ngan ian..". Air mata saya semakin laju.
Di dalam entri semalam, baru sahaja saya menyatakan kebimbangan saya tentang penerimaan masyarakat tentang keadaan Ian. Alhamdulillah.. Kami tidak keseorangan. Banyak tangan yang dihulurkan untuk memimpin Ian. Terima kasih teman-teman. Sungguh terima kasih. Kerana menerima anak-anak seperti Ian dan turut serta dalam perjuangan kami semua. Terima kasih di atas segalanya! Terutamanya di atas kata-kata dorongan yang tak pernah putus. Mokcik terharu!! Macam terima anugerah plak.. =)
MommyOfTripletsPlusOne juga membuka tawarannya, "nway if u nk try yg lompat2 tu..can try mince first. takyah beli lagi. kang bazir lak if ur son tak suke."
Sangat2 terharu.. =)
Ian dan Akid sewaktu kunjungan mereka sehari selepas sambutan hari jadi Ian. Thanks for the effort to come although it's one day after. Bila dok sebelah Akid, Ian nmpk cam abang kan? Padahal, Akid lebih 'abang' dari Ian dari segenap segi.. :PBak kata Elyn mommy Wafiq, "jiey kalo saya ade jumpeero tu bule saya bg Ian pakai tp saya pun x terbeli sbb rega nyer yg mahal....".
And Mama Put, "Kalau Sophia dah besar, sure Mama Put buwi jah ko Ian jumperoo hok ada dirumah ni.. ;)"
Dear, it's ok. It's the thought that counts!
Cutey Idris in his Fisher Price Hop n Pop, actually, Put lah yang bercerita tentang kebaikan jumperoo ini untuk anak-anak seperti Ian. Tapi saya takut untuk mencuba, takut tak menjadik utk Ian.. Kepala otak dok pikir, baik hire personal physiotherapist dtg umah dengan duit tuh.. Kira top up physiotheraphy selain dr yang Ian dok buat ngan Ms. Sarjit.. Tapi sudahnya tak hire jugak. Bibik takut kalo org tu dtg ms kitorang takde.. Aduhai.. :P
Terima kasih yea kawan2 semua.. Hari ini, tuhan tunjukkan saya tentang konsep "Penerimaan", mungkin kerana itu yang bermain di minda saya selama ini. Mungkin ada yang memandang dengan pandangan yang kurang menyenangkan, tapi saya cukup pasti kini, ada juga mereka yang memandang dengan pandangan penuh kasih dan pengharapan!! =) Alhamdulillah..
P/s - Biasanya entry mokcik scheduled post. Buat byk2 masa weekend. Tapi ni special entry buat teman-teman sekalian!! Bersengkang mata mokcik. Esoknya, kembali pada scheduled post yea.. =)