Friday, May 22, 2009

Antara rawatan moden dan alternatif..

Membaca entry Kak Nani tentang anaknya Iman yang mendapatkan rawatan alternatif di The Tole menimbulkan keterujaan di hati saya. Dalam masa 3 bulan, Iman sudah mampu meniarap, juga bergerak ke hadapan dan mengundur ke belakang. Terdetik rasa mahu mencuba di hati ini.
.
Foto dari www.thetole.org
.
Lalu saya memohon pendapat kedua orang tua di kampung dan juga ibu bapa mertua di sini. Kesemua mereka tidak bersetuju dengan cadangan saya. Bukan hanya mereka, malah bibik sendiri pun sangat-sangat tidak setuju. "Untuk apa lagi Kak? Rayyan kan udah banyak perkembangannya. Sabar2 sahajalah. Pasti bisa semua dia nanti. Dia kan anak pintar.."
.
Mungkin mereka bimbang dan takut apabila saya nytakan 4 batang jarum akan dicucuk ke kepala. Rawatan akupuntur memang begitu. Kata Mommy, "Sedang doktor bedah yang sudah bertahun-tahun melakukan pembedahan pun ada juga yang 'tersasar', bagaimana kalau jarum yang hendak di cucuk itu juga tersasar tempatnya, mahu kamu mengambil risiko itu?"
.
Ibu mertua saya yang pernah mengikuti rawatan yang sama suatu waktu dahulu juga menekankan perkara yang sama. "Ma dulu hanya di betis, ini kepala, jangan di buat main-main. Kang elok2 anak kita dah ok, terus tak ok. Ma dulu pun takde perubahan. Tgk juga keserasian badan kita. Biarlah dia lambat sedikit. Anak Kak Ina sebelah rumah Ma ni, umur 2 tahun setengah baru boleh berjalan. Puas berubat ke sana sini. Bukan ada apa-apa sakit pun. Kata doktor, dia hanya lambat. Akhirnya, boleh berjalan juga kan?"
.
Abah pula lain yang diungkap. Sebagai salah seorang pengamal perubatan alternatif, dia mengakui keberkesanan rawatan akupuntur. "Mana2 rawatan alternatif, objektifnya sama. Mahu 'menghidupkan dalaman' kita. Dan bagi rawatan akupuntur, ia menggunakan jarum. Itu sahaja bezanya. Samalah baris ayat-ayat Al-Quran yang Abah berikan untuk kamu amalkan pada Rayyan. Kalau kamu bacakan ke tempat yang abah pesan setiap hari, dengan izin Allah SWT, hasilnya juga sama. Percayalah dengan kekuatan Al-Quran. Yang penting, kamu mesti sabar dan rajin."
.
Percanggahan pendapat ini benar-benar bermain di jiwa saya. Kata orang, untuk berjaya, mesti berani bukan? Tinggi risiko, tinggilah pulangannya. Tapi kalau orang tua sendiri sudah tidak membenarkan, apakah saya perlu berdegil?
.
Sedari Rayyan masih di dalam kandungan, selain bacaan lazim, Zikrullah dan bacaan ayat-ayat Quran dari surah-surah tertentu yang abah berikanlah menjadi amalan saya. Saya panjatkan kepadaNya untuk memelihara kandungan saya, dan memulihkan Rayyan saya. Kuasa Allah SWT, walaupun Rayyan lahir dalam keadaan hampir tiada sel otak, dia menidakkan ramalan doktor bahawa dia hanya akan menghirup udara di bumi tuhan untuk dua atau tiga hari sahaja.
.
Lebih menakjubkan, pertumbuhan otak yang berlaku selepas pembedahan dan juga pencapaian Ian pada hari ini menunjukkan bahawa tiada yang mustahil dengan izinNya. Saya juga sudah berkira-kira mahu membawa Ian ke Darus Syifaa'. Belum terlaksana, tapi akan saya usahakan dalam masa terdekat. InsyaAllah.
.
Saya sebenarnya jenis orang yang tidak tahu sabar. Kalau boleh, mahu segalanya berlaku dalam sekelip mata. Mana mungkin bukan? Patutnya saya terus belajar untuk lebih bersabar. Seperti kata Ms. Sarjit, "Some parents some time are so anxious and get so frustrated when their babies didnt achieve something. It's not good actually, because babies can feel it.
.
Hmm.. Sabar itu iman kan? Contohnya, mata Ian.. Kalau dulu, dari dikatakan tidak mampu melihat, seterusnya mempunyai crossed eyes yang agak serius, sekarang segalanya sudah semakin baik.
.
Once upon a time.. =)
.

Dan juga tentang pendengarannya. Kami sendiri tidak pasti sejauh mana kemampuan Ian untuk mendengar. Tapi suatu waktu dahulu, dia langsung tidak terganggu dengan apa2 bunyi. Jiran sebelah kiri rumah yang sibuk membuat gril besi untuk rumahnya juga tidak menjadi masalah untuk Ian. Dia tidur dengan nyenyak sekali. Sehinggakan ada tetamu yang menegur, "Wahh.. Bising2 pun boleh tidur yea?" Kami hanya tersenyum. Malas mahu bercerita.

Tapi kini, dia sudah boleh pick up sesetengah bunyi. Mungkin hanya peka pada sesetengah pitch, tapi memang nampak perbezaannya. Apabila belon pecah sewaktu majlis hari jadinya, beria benar dia terkejut. Sama juga apabila saya menyanyikan lagu Horse Horsey (lagu abg Ridhwan) padanya, dia akan tersenyum. Ms Sarjit juga berpendapat mungkin dia dapat mendengar. Sewaktu sesi fisioterapi, dia akan bertindakbalas pada bunyi rattle dan tamborine.. Tapi hanya untuk telinga sebelah kanan sahaja (buat masa inilah, insyaAllah.. Nanti kedua-dua belah telinga pun ok.. Positif, positif, positif.. Tak gitu Mama Put?)

=)

P/s - Apa pendapat kawan2? Perlukah saya membawa Ian ke The Tole? Kata doktor, mungkin cepat atau lambat, InsyaAllah Ian mampu berjalan. Tapi, cepatkan bagus? Lagi pun, The Tole cam besar n best jer dia nyer tempat.. =)

P/s (2) - Malam sebelum party hari jadi Ian, saya bermimpi Ian sudah berjalan dan sedang 'mengemas' drawer baju saya. Lalu saya tanyakan padanya, "Eh Ian, kenapa Ian berjalan? Kan backbone Ian tak kuat lagi??" Dia hanya membalas dengan senyuman. Detik yang indah, walau hanya dalam mimpi.. :P

29 comments:

kamalnzura said...

Tiap kali singgah kat sini, sy kagum betul dgn Mama Ian....

Tentang pendpt tu, 50-50 gak.
Sbb tgk dr progress Ian, byk dah perubahan dgn perubatan moden

Ina said...

kalau pegi ada 2 kemungkinan. if ok... syukur. kalau xok... mcm mana? kalau sanggup ambil risiko n sanggup hadapi kemungkinan yg bakal terjadi... xpelah. kiter rasa xpayah la jiey sbb ian pn skrg tgh amik rawatan n latihan konsisten kan. insyaAllah lama2 akan ada lbh byk kemajuan. papepun terpulang pd jiey cz jiey yg lbh tahu kan. kalau boleh istikharah. itu yg terbaik. i wish u all d best!

Elyn said...

jiey pendapat saya pun sama mcm org tua awak..... x perlu bwk rayyann ke The tole dulu.....

kan rayyan dh byk berubah........ percaya la satu ari nnt die pun bule jd mcm budak lain..... cume amik masa sahaja.

mmg kite sebagai ibu ni x sabar nk tgk anak jln la, anak tumbuh gigi la.... tp usaha yg u buat pi phisio tu pun dh nmpk hasil kan??? sabar ek jiey!!

yatie chomeyl said...

jiey, kalu ikut pendapat mok buyung la kan..kade2 kito keno ikut ckp ore tuo. insya Allah ada keberkatan di situ. tapi kalu jiey dah istikharah, ikut lah kata hati jiey.

Adinina said...

Saya rasa mimpi Jiey akan jadi kenyataan...lmbt atau cepat sabarkan saja wpun tak sabar hehe... :)

But honestly, I agreed wt ur parents and PIL..risky. Jgn lah eh..sy plak yg takut..

Kan Ian itu fighter, he'll do it with the miracles from Allah.. :)

miela77 said...

salam...jiey, iela pun sependapat dgn org tua jiey gak...Ian tu memang istimewa dan kuat semangat macam jiey gak...insyaallah kita doakan agar Ian cepat berjalan dan sihat selalu...

e.l.i.s.s.m.i.e said...

x payah lagi laa jiey bawak kesitu..jiey sabar dulu laa..skang kan progress dier makin baik kan..harap Ian baik2 sajer..

AppleCrux said...

now its in your dream, insya-Allah akan menjadi realiti..ecece..mcm AF le plak..

puterikurekure said...

jiey sabar dulu ok. Ian tu baru injak setahun umurnya. baru lagi.

kadang2, Allah sengaja uji kesabaran kita. Ian makin banyak progress. insyaAllah, tak lama lagi Ian jalan la tu.

ok yang?

niza said...

jiey~sikap awk sama cam sy...nak sesuatu punyalah x sabar pastu nak hasil dan2 tu gak...hehe...ye..kite sbgai mak tentu nak terbaik tuk anak2 kan...tp jiey...sabarla sayang...ian dah menunjukkan perkembangan yg amat baik...insya allah jiey...ian akan menunjukkan perkembangan yg kita x sangka 1 ari nnti...sy doakan yg terbaik tuk ian...

Cikpid said...

Saya plak rase x salah nk cube...tapi ade baiknye jiey buat solat isthikarah..mnta petunjuk..
Saya doakan yg terbaik utk Ian

oMMy fiRuz said...

salam jiey,mgkn masalah anak2 kite berbeza tp akim pun dulu lps koma, matenye pun mcm ian jugak, smpai sy nangis2 ingat akim dah x nmpak..tp sy cpt2 istigfar byk2..x nk pikir bkn2..pastu akim buat ape pun sume lmbt & bhgn kanan badannye lemah..akim cume boleh guna kiri sahaja..sume perkembangan yg memberansangkan tu adalah berkat rawatan mcm ian buat skrg..jd sabar ye jiey..

alyyani said...

betul la kan, kite mak2 ni mmg tak saba pasal semua hal anak2 kite.. ape2 kite yg kelam kabut. mcm selalu ko ckp hati selalu nak lebih.. dia da bole respon or senyum kat kite pun da cukup baik kan??

aku pun rasa tunggu je la ian develop sendiri kebolehan dia sbb dia je yg tau keupayaan dia kan?

~Puteri-Nuur~ said...

Jiey,
Cik put pn royat lagu tu jugak bila nak bawa Idris ke homoepathy untuk akuapuntur. Cik kata, kesian tengok badan dia kena cucuk-cucuk..

Abah Idris pun sama, sangat-sangat reluctant, dan Put pun sama macam Jiey, kepingin sangat-sangat nak melihat Idris berlari. Tiap kali terpandang tangga dirumah, selalu Put cakap kat Idris 'Mama sanggup untuk berkejar naik dan turun mengejar Idris andai kata Idris dengan nakalnya memanjat tangga suatu masa nanti..'

Bilakah suasana itu akan dapat kita saksikan? Kita sama-sama sabar ye Jiey. Kita sama-sama tunggu masa tu terjadi..

..

[I][T][A] said...

Jiey.. ita rasa tak perlulah bawa ian ke the tole tu dulu.. risau plak takut apa2 yang tak baik terjadi pada ian... nasihat org tua jiey tu ada kebenarannya... dia org sayangkan ian dan tak nak apa2 yang tak elok terjadi pada ian... Skrang ni jiey kena yakin yang ian pasti boleh bjalan.. lagipun umur ian baru 1 thn... 1 thn xbleh bjalan pkara biasa!jangan risau ok..

SyahNur said...

kalo sy jadik awak.. sy mmg teruja utk mencuba.. tp bila memikir kan kebarangkalian yg buruk.. mesti akan membuatkan sy terpikar 10 kali n seterusnya solat istikharah... sy rasa usaha awak utk berubat dgn doctor sudah cukup bnyk n rayyan menunjukkan perkembangan positif, ini merupakan satu kejayaan... sy harap awk bny2 bersabar utk melihat lebih bnyk perkembangan Ian.. terpulang pd awk & suami.. bebincang la dari hati ke hati demi masa depan Ian!

Kerikil Kehidupan said...

Salam jiey..kak nanie fhm apa yg jiey rasa..k.nani sendiri masa nak teruskan rawatan iman pun sama..byk tentangan..terutama dr sblh suami..mak mertua melarang keras..akhirnya kami bawa satu batalion ke the tole..Di situlah umi menemubual ramai org..dan akhirnya umi benarkan..Tp kdg2 semua ni ikt keserasian anak kita..Kita tak blh terlalu mengharap..Apa2 pun terpulang pd jiey dan suami..Tp perkembangan Ian sgt positif..Maafkan k.nanie andai citer The Tole mempengaruhi jiey..

Anasfadilah said...

banyakkan doa dan minta petunjuk-Nya k Jiey

macam ramai kata sebelum ni

solat istikharah mungkin boleh membantu Jiey

p/s::semoga mimpi jadi kenyataan.Amin.IsyaALlah

Rose Nieza said...

Jiey My Dear, Seriau gak dgr kalo depa rawat gune cucuk2 tu. Jiey tangguh dulu la. Tgk cmne perkembangan Ian dalam 6-12 bulan akan datang ni. If development graph die ade peningkatan, maybe tak yah buat pun ok kut. Nanti Jiey email kat Rose ur full name,address, and phone number ek..Nak pos minyak Pak Aji. Hehe.Harap2 sempat le. Kalo Rose x bersalin lagi, Monday ni Rose ade cek up. Leh la pos time tu. My email; ghos_01@yahoo.com

MeL said...

erm..xsalah klu cuba. kita mmg harus sentiasa berusaha, cuma ada risiko disitu. apa2 pn terserah pd jiey. i doakan sumenye baik2 aje ;)

Liana said...

Jiey,
Kena fikir masak2 benda nie...Ini semua bergantung pada jiey dan hubby... Jiay banyak2 bersabar yer..

Farah said...

hmm susah jugak ek..terlalu byk pendapat..nak cuba takut..tak cuba rase rugi pula...

misz_nierah said...

kak, istikharah yea. Mintak petunjuk dari Allah. Dia Maha Mengetahui. Andai hati akak kuat utk The Tole itu, truskan niat akak. Terpulang pada akak. jgn putus hubungan denganNya. ^_^

Jiey^Mien said...

Kamalnzura : Thanks dear.. My mom pun ckp gitu gak, kalo takde perkembangan bleh la nak cuba.. Ni bukan takde perubahan langsung..

Ina : Thanks a lot dear.. Dah buat timbangtara, rasanya bia dulu la kot.. =)

Elyn : Thanks yea.. Itu la.. Jiey pikir2 balik pun, rasanya biar la dulu.. Maybe kdg2 bila tgk anak org lain dah berlari n belajar tentang byk perkara, buat hati ni membuak2 nk tgk Ian buat semua tu.. =)

Adinia : Aminnn.. Kalo boleh, by year end, biar la mimpi tu jadi nyata.. Boleh gitu?? :P

Miela77 : Thanks for the doa kak.. Mintak2 la biar ramai yang mendoakan, lebih makbulnya..

Jiey^Mien said...

yatiey : Okeh mok buyong.. ambo ikuk kato ore tuo.. timo kasih deh.. =)

elissmie : itu la.. tau sgt yang sabar itu iman.. cuma kadang2 tu, teringin sangat.. ye la.. umur dah setahun, still dok blaja meniarap.. Haihhhh... :P

applecrux : Aminnn.. Menuju puncak!! Hoyeahhh...

puterikurekure : AMinnn.. Nanti Ian bleh main kejar2 ngan Baby H yang dah tukar nama.. =)

Niza : Agaknya, semua mak pun camtu kot.. Tak sabar.. ;P
Thanks for the doa dear..

Jiey^Mien said...

Cikpid : Timer kasih coz bagi pendapat. InsyaAllah, kalau apa yang kami usahakan skrg tak menampakkan hasil, mmg nak cuba cara tu la plak..

Ommy Firuz : Baik kak!! (sambil tabik) :P
K la, kami tunggu dan usaha dengan sabar la..

aly : Bukan meragui keupayaan Ian ly.. Cuma nak 'tolong' dia.. mmg bangsa tak sabar la aku nih.. :P

Put : Itu la Put, tak sggp tgk kepala diorg kena cucuk kan? Buatnya diorg tarik or tolak jarum tu ke ape.. adoyai.. cuak gak.. k la my friend, sabar, sabar dan terus sabar..

Ita : dok wat timbangtara, rasanya, put on hold dulu la niat tu.. =)
Thanks for the advise dear..

Jiey^Mien said...

SyahNur : Hubby pun tak brp setuju la Nurul.. Dia suh jiey decide.. Nmpk sgt dia tanak amik risiko tuh.. Kalo ape2 jadik, dia mesti leh blame jiey.. Haihh.. Takpe la, jiey ingt nk put on hold dulu..

kerikilkehidupan : kak nanie, jgn la mintak maaf gitu, nmpk sgt penulisan kak nanie meninggalkan kesan n buat reader cam jiey nih tingin nak mencuba.. =)
Rasanya, kitorg pun on hold dulu la Kak.. Coz ian pun ada nampak progressnya.. Sabar.. Sabar.. Dan sabar lagi.. =)

Anasfadilah : Thanks dear.. Rasanya, dah dpt jawapannya.. =)

Rose Niza : Thanks a lot for the advise dear.. Tak sampi ati plak nak email.. Menyusah Rose yang tengah sarat..

Mel, Liana n Farah : Thanks dearest.. Rsanya, put on hold dulu.. Later, kalau takde apa2 progress, baru kitorg bawak..

MiszNierah : InsyaAllah dik.. =)

Precious said...

Salam .. I think u already decided deep inside ... naluri ibu amat tinggi. U know what's best 4 ur child. Trust ur instinct. Org lain boleh nasihat but yg menanggung nanti is u. Bulatkan hati n go for it. I can only iring ngan doa n I really wish laluan hidup u anak beranak dipermudahkan ...

Jiey^Mien said...

Preciuos : Before this, I was so excited about the acupuncture treatment. Not until I received an email from a sister, who's also a motehr to a special needs baby. From her, I learnt how to tolerate and not to let my son feels my impatience feelings..

Thanks for the prayer.. Aminnnn.. Doa beramai2 lagi afdhal.. =)