Akhirnya, saya dapat mengawal hati dari melepaskan kemarahan pada Rayyan Ariff kerana berjaga dan menangis pada waktu malam. Siyan dia.. He did not do it on purpose. Rupanya perut Rayyan Ariff kembung. Bloated!
Tangisan ketidakselesaan itu buat saya mengerti, ini rupanya perasaan ingin bertukar tempat. Saya selalu mendengar, tapi kini sudah merasa. Tidak sanggup melihat tangisan kesakitan itu, ingin sekali bertukar tempat dengannya.. Biar saya yang menanggung rasa sakit itu.
Sudah beberapa kali disapu minyak angin, hasilnya tetap sama.. Ada apa2 idea tak??? Konon2 kena tukar feeding bottle, and we already did.
Mahal benda alah ni! Tapi takde kesan pun! Dah dekat sebulan pakai..
6 comments:
Pakai la minyak Yuu Yee Chap Limau, bagus untuk kembung perut budak2.
Tu kata iklan la. Saya sendiri pun tak pnah try. Hihi
wey taruk la minyak yuyi cap limau..ibu sapu kat perut adan dulu..ermmm try laa...
Dah taruk byk dah minyak yuyi nih.. Tak jalan pun.. Ade idea lain tak??
Jiey-try la tuam perut dia, akak sempoi je..amek kain napkin tu, tuam-tuam kat seterika, kasi panas suam sikit, pastu tuam-tuam kat sekitar perut baby...
and lagi satu, slps dia menyusu, sendawakan dia tak? kadang-kadang, kalau tak sendawa pun boleh kembung perut....
anyway, semanga betul Rayyan, dah over 5kg... bulat pipi dia.. baby prem mmg cepat besar...
my first one tu, kat sekolah dia la paling tinggi, dan besar, kalau kat assembly, dia berdiri belakang sekali..ehehehe
hehe. kenot give u idea hun *but i would love to learn some for future rainy days!*
just bersabar and chill ya. insyallah will get better soon :)
akak p-nut - dah cuba segala, x jalan.. Skrg ni dh ok sket.. :-)
missdreamcatcher - salin all those petua sye.. useful nnt.. :P
Post a Comment