Tuesday, August 12, 2008

Sudah tiga bulan..

Sudah tiga bulan usia Rayyan Ariff..
Sudah tiga bulan saya bergelar mama..
Sudah tiga bulan saya berpantang makan..
Sudah tiga bulan tidur saya tidak selena dulu..


Tapi serasa,
Baru semalam kami shopping barang2 wedding..
Baru semalam kami bersanding di pelaminan..
Baru semalam kami dikhabarkan doktor; bakal menerima orang baru..
Juga serasa,
Baru semalam kami shopping barang2 baby..
Baru semalam kami menerima perkhabaran duka..
Baru semalam kami menitiskan air mata syahdu menyambut kehadiran Rayyan..
Baru semalam saya menyaksikan hubby mengazankan Rayyan..
Baru semalam saya meratap sedih..





Dan hari ini,
Rayyan semakin aktif..
Rayyan semakin sihat..
Rayyan semakin tembam..
Rayyan semakin disayangi..

Walau masa depan masih kabur, walau perjalanan masih jauh, terima kasih Tuhan..

P/s - Rayyan sudah 4.4kg.. Dgn corrected age of 1 month, Rayyan Ariff agak besar bagi premature baby..

1 comment:

missdreamcatcher said...

rayyan - a real fighter.

no one could ever be stronger than him. not even us.