Orang tua2 ni byk pantang larang.. Masa berpantang, pantang bebetul.. Kalau tak rasa sakit sekarang, dah umur 50 nanti terasa la.. Tapi bila anak tak duduk sama, bukan senang nk berpantang..
Kata mummy, “Takpe.. Kat spital tu ramai yang jaga Rayyan. Kita tu jaga diri baik2.. Kang kalo tak sihat, cam mn nk jaga anak?”
Ada kebenaran pada bicara ibu itu. Tapi rasa bimbang yang terbit dari hati seorang ibu juga mengatasi segalanya.. Hari ini dikhabarkan berita gembira, esoknya mungkin diusulkan perkhabaran duka. Hati hanya akan tenteram saat melihat wajah tenang Rayyan Ariff. Kerana itu, dikuatkan semangat untuk selalu pergi menjenguk putera hati..
Dan slps lebih 100 hari, kesannya mula terasa.. Belakang terasa sengal. Kaki terasa berat. Langkah terasa sempit. Pagi ahad nanti, ada appointment dgn makcik urut.. (Susah betul, nk urut pn kena wat appointment??!?.) Harap2, tiada lagi kesakitan selepas ini.. insyaAllah..
I end this entry with a video of Rayyan Ariff. Betul2 nangis ke, atau sj nk grab attention?? Ala2 tak bersungguh jer.. Hehehhe..
2 comments:
emmmmm rayyan kt spital ke??
He was. For 1 month and a half.. Went thru 4 operations. Skrg, Alhamdulillah.. Di sisi mama and ayah..
Post a Comment