Tuesday, October 18, 2011

The day he looked so normal~

Rayyan Ariff, melalui satu fasa tumbesaran tanpa memerlukan penjagaan yang merumitkan. Segalanya tentang dia adalah mudah kerana dia anak yang tidak banyak ragam.. Sepanjang usia bayinya juga, dia menarik banyak mata yang memandang.. Bukan kerana kelainannya, namun kerana kecomelan yang ada pada wajahnya..  Dan juga kerana senyuman yang tidak pernah henti terukir pada bibirnya..
.


Raut wajah dan perlakuannnya adalah tersangat biasa.. Tidak membezakan dia dengan anak-anak seusianya yang lain.. Dia comel dengan senyumannya.. Dia bertindak balas selayak anak seusianya apabila ditegur.. Lantas tiada yang menyangka bahawa dia adalah anugerah Allah SWT yang tersangat istimewa.. Tiada yang menduga bahawa lahirnya dia adalah berserta dengan seribu satu kekurangan..
.
Seiring dengan pertambahan usia, dia juga perlu terus berkembang dan segalanya bagaikan tidak terkejar oleh batas kebolehannya.. Pada usia 3 tahun 5 bulan, dia masih belum bisa bertutur dan masih belum mampu berjalan sendiri.. Lantas, perbezaannya berbanding anak-anak normal semakin jelas ketara..
.
Di mana sahaja dia berada, pasti akan ada mata yang mencuri pandang.. Banyak waktu, dia juga menjadi mangsa renungan yang sangat tidak menyelesakan.. Namun dia tidak mengerti dan masih lagi dengan senyuman. Dan kami, bagaikan sudah lali dengan renungan yang tidak berbudi bahasa itu.. Bagaikan sudah terbiasa dengan pandangan yang berserta rasa ingin tahu dan mungkin juga terisi simpati itu..
.
Itu pandangan orang padanya. Namun kami melihat syurga di dalam anak matanya.. Kami melihat satu anugerah di dalam senyumannya.. Dan bagaikan mengerti, dia pasti akan merenung kami dengan anak mata yang tersenyum.. Bukan hanya senyuman di bibirnya..
.
Keterbatasan fizikal saya membuatkan saya tidak dapat menemani dia ke sesi terapinya lagi.. Hanya bibik yang membawanya kepada Sarjit sementara saya hanya mampu duduk di tempat menunggu di lobi hospital.. Setelah sesinya tamat, Sarjit memilih untuk membawa anak kecil itu turun sendiri ke lobi.. Dengan hanya dipimpin sebelah tangan, Rayyan Ariff mengatur langkah dengan cantik sekali.. Di dalam lif, dia masih berdiri dengan sokongan minima daripada Sarjit..
.
Dari kejauhan, saya melihat seorang anak kecil berjalan sambil sebelah tangannya dipimpin ringan.. Tinggi, comel dan normal. Itulah garis fizikal yang tuhan anugerahkan kepada anak itu.. Saya hanya melontar sekilas pandang sebelum mendengar suara Sarjit memanggil..
.
Ya Allah, itu Rayyan Ariff saya rupanya! Langsung saya tidak mengenalinya kerna tubuhnya kelihatan tegap sewaktu berdiri.. Langkahnya tersusun kemas walau dengan hanya sokongan minima daripada Sarjit.. Jalanannya cantik dan teratur..
.
"He's getting there Wan.. I'd only give him minimal support.. In fact, he was balancing himself well in the lift just now.. He was cruising nice and fast against the wall as well.. I guess, next time, just let him be with me because he's the type that can do better without his mother.. Hahahha.." Ujar Sarjit dalam nada berseloroh diiringi satu tawa kecil..
.
Saya tersenyum sendirian apabila mengingatkan adegan itu.. The irony of the scene is that, he always looks normal to me.. Hahahha.. :P

16 comments:

Aisy Nasiha said...

wah bagusnya, rayyan dah makin tambah kemahiran. syukur banyak kepada Illahi...ni pun sebab mama rayyan yang tak putus sokongan dan doa..trskan.

shaliza said...

Sungguh senyuman Ian memang menwan..infact first time jumpa blog ni mmg tulah yang menarik untuk jenguk dia selalu...nak tengok budak comel tu senyum.....alhamdulillah

mirah said...

Alhamdulillah. InsyaAllah Ian boleh jalan tu. Mmm..nanti lagi busy mama dia nak kejar lah.. :)

Rozuan Ismail said...

biarkan org melihat pelik,asalkan dia selesa dengan hidupnya.

KILA said...

Salam Jiey..

Semoga Allah merahmati hidup kalian sekeluarga.

Hari ini saya terpanggil untuk memberi komen sedangkan telah lama saya jadi pembaca di blog Jiey.

Entahlah, bergenang airmata saya membaca entry Jiey kali ini.Malah dari yang sebelum-sebelum ini pun dah banyak yang menyentuh hati dan jiwa saya sehingga mengundang air mata. Saya juga memiliki anak sebaya Rayyan Ariff.

Kegemaran kanak-kanak.. menyepahkan barang sehingga mengundang marah. Tapi saya selalu kenangkan Jiey dan Rayyan Ariff bila termarahkan anak saya. Betapa sabarnya Jiey sebagai seorang ibu.

Itulahkan? Allah menguji setiap hambanya pada tahap yang boleh diterima oleh hambanya. Jika saya menjadi Jiey, belum tentu saya akan mampu seteguh Jiey..

Take care.. dan saya akan terus menjadi pembaca setia blog Jiey.. Please dont stop writing/blogging..

Anonymous said...

u such a great mother to a great son..he's very cute..never missed to read ur blog..coz sometimes u gave peoples outhere a strength..semoga dipermudahkan kelahiran yang kedua yer...kita merancang,,Allah jua merancang..tetapi perancangan Allah adalah yang TERBAIK.

jie said...

alhamdullilah, syukur atas segala nikmat-Nya. Abg ian, u can do it ;)

AIN NAZRI said...

so sweet Abg RA ni.. alhamdulilah.. banyak perubahan dari hari ke sehari.. lurv u Abg RA

littlehumblelynn said...

jiey

yes..he is normal to me as well but miracle inside..only ALLAH knows well.

his cute face , his smily face..doesnt look differenced than others..

he will walk on his own..will be..sooner or later..he will jiey

Ma Ri Ni said...

I really like this entry, touch deep in my heart....

e.l.i.s.s.m.i.e said...

kadang2 pun tengok gambar ian, memang kalo tak tahu, mesti pandangan biasa ajer seperti anak2 kita yang lain. kena duk jauh sokmo la ngan mak ni , baru cepat berdikari erk :)

Tika said...

Jiey..
Rayyan memang sangat comel.. anugerah Allah yang menyejukkan mata yang memandang.Jadi biarlah sesiapa pun nak memandangnya.. biarlah apa pun hati dan fikiran mereka berkata. Jangan ada prasangka dari kita. Positif saja yang kita kena fikir. Kita patut bangga anak kita menarik perhatian ramai. Anugerah Allah ini memang hebat..

Jiey, dulu paed yang merawat Aimy pernah berkata.. Mereka yang istimewa ini tidak akan nampak kelainan dan kekurangan sebelum usia 1 tahun. Semakin mereka membesar, akan semakin nampak kelainannya. Bukan saja pada wajah, malah segala segi.

Apa pun Alhamdulillah Jiey.. dalam usia Rayyan yang baru 3 tahun lebih, rayyan dah pandai macam². Kalau dilihat dari gambar, macam budak normal jer... sebab kita tak bercakap dengan dia. Hanya orang yang bertemu mata sahaja yang mungkin perasan.

Biarlah apa pun istilah dan label yang diberi untuk anak-anak kita, mereka tetap anak kita yang seistimewa anak-anak lain.

oren said...

yerp, acapkali begitu..anak2 normal pon, kalo ada mommy, alahai, manja mengada2..kalo mommy takde, ok jek, pandai bawak diri..

so, i guess, same goes with Ian..meaning that, kelakunya itu sama saja mcm anak2 normal yg lain

be proud, okeh :)..as always..

Heartilyina said...

alhamdulillah! proud with u ian. mrs sarjit pn surely sgt enjoy n puas hati sgt dpt tgk ian jalan. mama dia of course la lagi happy :)

Anasfadilah said...

oit Ian,makin hensem makcik tengok kamu ni. :)

fifa said...

salam ukhwah~
my baby name is same:rayyan..
and urs is too cute to resist!

i came across babies with special needs almost everyday..but one thing for sure,,they sure will be fine in this world..

keep on praying~with all the treatments+physio..he can walk insyallah,one fine day..amin..