Tuesday, January 31, 2012

Yang kelakar dan comel tentang anak-anak~

Rayyan Ariff, dah nak dekat sebulan selsema dan batuk. Dah berminggu tak gi sekolah. Last-last, semalam Cikgu called tanya tak baik lagi ke? Memang tak baik-baik pun lagi.. Semalam baru kena neb.. :P

 Kata Abang Rayyan, so mesti la tak nangis.. Aku kan abang! Hehehhee..

"It's too bad that he did not come to school for soo long.. With our daily physiotherapy, I'm positive that he should be able to walk independently in a short time.. And he's also smart academically. He managed to do all activities that we asked him to do. Very obedient except for certain cheeky part. He's among the smartest in his class. I just want him to walk as soon as possible so that I can change his class to the higher level.. If it's just sikit-sikit flu, just send him in.. Special children always have something with them so if it's just a little flu here and there, should be OK.."

Huk alohhh.. Terima kasih cikgu di atas keperihatinan. Bukan taknak hantar, kang berjangkit dengan students lain macam mana? Lagi pun, nama pun sakit aka tak sihat, kang kalau paksa2 buat exercise ke apa, datang pulak penyakit lain, macam mana? :-(

Kelakar jugak bila Cikgu dia kata Rayyan Ariff ni pandai and nak naikkan kelas.. Rasa macam anak dah sekolah rendah pulak.. Ye la, siap naik-naik kelas bagai.. Muahahhahah.. =P

Semalam jugak, bawak Rayyan Ariff jumpa his paed neurologist.. Ambik bekalan ubat macam biasa. Pastu kena neb sekalilah sebab dah nak masuk sebulan selsema and batuk tak baik-baik.. Breathing pun tak smooth.

"Apa penyakit dia tadi?? Which brain part yang injured?" Tanya Dr.Sofiah sambil check record dalam file.
"Which part? Eh, dia kan takde brain masa lahir tu.." Memang la rasa pelik sebab tiba-tiba Dr. Sofiah bleh tak ingat Rayyan Ariff..
"Ya Allah.. Lupa pulak saya.. Tengok, we dont need to have lots of brain actually, ni ha.. Banyak benda boleh belajar.. I mean, literally lah.. We dont need that much.." Dr. Sofiah berjenaka sambil ketawa..

Dr. Sofiah mula bermain-main dengan Rayyan Ariff dalam menilai dan melihat perkembangan Rayyan Ariff. "Dah nak boleh berjalan dah ni.. Sikit sangat dah ni.. Ish, kalau dapat kat saya, tiap2 hari saya paksa, sekejap je berjalan budak ni nih.."

"Should be able to walk soon" Dr. Sofiah membaca apa yang ditulis pada rekod kesihatan Rayyan Ariff. "Tengok, saya letak perkataan "soon" ni.. So, mak sila take note yea.. Usaha lebih sket.. Paksa banyak sket.."

Huk alohhh.. Soon yea nak... :-)

Happy hati mak bila dapat 2 good remarks on Rayyan Ariff..

Balik rumah, dapat lagi satu bonus.. Sejuk hati, kembang jiwa bila tengok budak mata bulat ni senyum.. Sayang kamu Puteri Rifa Aleesya!!

 Bergolek-golek atas katil sambil layan sang puteri 'berborak', priceless!!
.
Comel macam anak burung kan? *Mode angau dengan anak sendiri* =P

11 comments:

littlehumblelynn said...

jiey

mmg as mommy -- " kita sentiasa teruja dgn perkembangan anak2 kan"

mmg selalu angau dgn anak sendiri :)

mama ZZ said...

perkataan 'anak burung' tu lagi comel :)

abang pun sangat kacak. sungguh.

Rozuan Ismail said...

oo yeah!! ian dah nak boleh jalan

AdaM Hawa : klik!klik!ceritaku! said...

alhamdulillah.. ian mesti boleh!
rifa yang cute.. senyuman manis..

Mamanurin said...

Bravo!!!! congrate Rayyan. Do ur best lagi. Tak sabar unggu ibu update entry "Yes!! Rayyan berjalan dengan sendir!!!"

e.l.i.s.s.m.i.e said...

mak dia kena usaha lebih sket yer doc ckp.hehehehe. mak kena marah ;p

Papa, Mama & Azra said...

Sangat shomel okay!

atty's said...

semoga abang rayyan cepat sihat,
anak kty fir pun dah sebulan tak sekolah , sejak tgn patah..

oren said...

hahah..part doktor kata suh paksa berjalan tu, mmg bagus..

insyaAllah..abang Ian kan baguih..mesti cepat2 sihat dan pegi school..

Nadiah Sidek said...

angau dengan anak sendiri takpe. ehe..

Anonymous said...

Happy for you too!