Thursday, March 15, 2012

Abang Rayyan yang menakutkan mama..

Hari selasa, saya bangun pagi dan mula mahu bersiap ke tempat kerja. Namun Rayyan Ariff kelihatan cukup berlainan dari biasa. Saya sentuh badan dan dahinya, panas. Terus saya ambil termometer dan suhu yang tercatat adalah 39.3! Terus sahaja anak itu saya angkat dan mandikan..
.
Menangislah Rayyan Ariff menahan kesejukan. Tangan dan tapak kakinya menguning tanda kesejukan. Namun badannya masih panas. Terus sahaja saya mengambil sebiji setengah PCM suppository untuk dimasukkan ke dalam rektum anak kecil itu.
.
Beberapa minit berlalu dan saya masih tekun membasahkan badan Rayyan Ariff dengan air asam jawa. Minit bertukar jam namun anak itu masih lagi menggigil. Saya mula panik. Sudah dua jam keadaannya namun suhu badannya tidak mahu turun-turun. Matanya sudah menampakkan kelainan. Petanda awal sawan! Terus sahaja saya kejutkan Rayyan Ariff dan memastikan dia terus di dalam keadaan sedar.
.
Saat itu, ayahnya sudah di dalam perjalanan pulang ke rumah. Saya juga sudah mengarahkan bibik untuk menyiapkan keperluan Rayyan Ariff kerna maklum, kalau sahaja kami ke hospital, pastinya berkampung di sanalah kami.
.
Sesudah dua jam setengah berlalu, suhu badan Rayyan Ariff mula menurun dan perlahan-lahan, dia berhenti menggigil.. Alhamdulillah.. Sumpah, dua jam setengah itu adalah antara detik yang paling menakutkan di dalam seluruh kehidupan saya! Subhanallah..
.
Sehingga ke hari ini, demam Rayyan Ariff masih datang dan pergi. Selsema dan batuk masih juga ada. Namun sekurang-kurangnya, tiada lagi episod demam panas yang menakutkan itu.. Kasihan juga anak kecil ini, cuti sekolah seminggu berlalu begitu sahaja kerna terpaksa berdepan dengan demam, selsema dan batuk. Ok, mari kita cuba TF pula to boost immunity system.. ;-)
.

Seronok tengok dua beradik ni macam ni.. Abang kena selalu sihat eh so that boleh main-main dengan Adik..
.
Sudahnya, hari selasa saya dan ayahnya hanya di rumah. Cuti kecemasan. Masa kami dihabiskan dengan memerhatikan keadaan Rayyan Ariff dan tentunya, menjaga keperluan perubatan anak kecil itu. Menjelang tengahari, Rayyan Ariff mula kembali aktif dan sememangnya kami kepenatan melayan perangai mengada-ngada anak bujang ini. Namun itu lebih bermakna daripada melihat dirinya terbaring tidak bermaya dan kesakitan.. =)

11 comments:

the triplets said...

comelnya dua beradik ni...

wanie md zain said...

Alhamdullilah jiey ian tak apa2...suka nyer tgk anag dan adik..tekun jer adik tgk abg buka buku..

AdaM Hawa said...

moga rayyan cepat sembuh ya..
sonok tgk dua beradik ni.. comel!

Anonymous said...

Salam Jiey..
Alhamdulillah anak bujang mama fyeza dah sihat.
Ya Allah..KAU peliharalah anak ini (Rayyan Ariff) dari segala kesakitan...aminn.

Siti_btp said...

Anak akak pun tengah demam masa ni.Anak2 mcm ni mudah demam ,antibodynya krg,,

Bahayanya diorang ni tak menangis tapi suhu mencecah 40.

littlehumblelynn said...

Alhamdulillah :-D

lega baca.smg xde episod mcm tuh lgk.

Papa, Mama & Azra said...

Rifa pun sama tekun nak tahu pasal kereta favorite abang eyh. Hehe...so somel dua beradik ni.

transformed housewife said...

Mujur Ian ok doh. Meme lg sanggup layan anok hok mengada2 dr tengok anok tu tok sihat.

Rozuan Ismail said...

nasib baik ian x pape.

Yaati Nor said...

huii saya baca pun cemas ketak..alhamdilillah semoga semuanya sihat2 belaka.

Noina said...

Hurm,bella aritu nangis2 terputus bekalan TF. Huhu. Parah gak ayahnya runner amik TF kat rumah. Seb baik ada sebotol tak bukak lagi. Hurm,TF mmg ok untuk anak2 kita jiey.