Thursday, March 1, 2012

Cabaran ibu beranak dua yang tidak pernah surut!!

Blog semakin sepi, hebat benar penangan beranak dua! Apa yang saya sibukkan? Rutin yang biasa sebenarnya.. Rumah-pejabat-rumah-pejabat-rumah, berulang-ulang hingga menampakkan life saya kurang havoc di situ.. :P
.
Entry ini adalah hutang saya pada Ina, Ibu Yasmin Nabilah dan future Adik.. :-)
*Maaf Ina, dua hari Jiey ambik masa untuk siapkan satu entry.. Fuhhhh.. Berpeluh!*

Entry apa yang saya janjikan untuk Ina? Entri tentang kehidupan seorang ibu yang punya anak lagi setelah bertahun hanya memberi fokus pada seorang anak istimewa sahaja. Saya tahu, saya bukanlah orang yang layak untuk bercerita tentang cabaran kerna saya baru sahaja 4 bulan menjadi ibu kepada dua orang cahayamata.. Namun seandainya perkongsian ini bisa dijadikan panduan, apa salahnya.. Lagipun, setiap orang melalui pengalaman yang pastinya berbeza.. Maka apa salahnya kita saling bercerita..
.
Seperti mana Ina, saya juga menggeletar tatkala melihat dua jalur merah yang keluar pada alat pengesan kehamilan yang saya beli di farmasi setelah teman baik tak kunjung tiba. Saya tidak tahu berapa hari haid saya lewat kerana ianya memang tidak teratur. Sungguh, tidak saya jangkakan Adik ada bersama kami! Adik was conceived in February last year.. Sesuatu yang sangat-sangat tidak saya jangkakan. 

Walau pernah saya katakan saya hanya akan mengandung lagi apabila Rayyan Ariff sudah mampu berjalan sendiri, namun Dia maha mengetahui sesuatu yang terbaik untuk hambaNya.. Sungguh saya bersyukur kerana kehadiran Adik adalah pada masa yang paling tepat! 

Di awal kehamilan, saya tidak mengalami muntah-muntah dan hilang selera makan yang melampau seperti waktu Rayyan Ariff. Namun saya sering kepenatan. Sering saya lewat ke pejabat kerna tidak mampu bangun pagi.. Bukanlah bermaksud saya terlajak tidur sehingga ke tengahari, tetapi apabila saya terjaga dari tidur, saya perlu berbaring seberapa ketika sebelum bersiap ke pejabat. Di pejabat juga, ada waktu saya perlu tidur untuk berehat. Penat benar! Saya juga hanya dapat makan di dalam kuantiti yang sedikit kerana cepat benar perut ini ketat!

Apabila badan sering lemah dan tak berdaya, aktiviti untuk Rayyan Ariff terkubur sebegitu sahaja. Sementelah waktu itu ayahnya juga baru menjalani pembedahan di lutut. Rasa bersalah pada Rayyan Ariff tinggi menggunung, namun apalah daya diri.. Bulan puasa lagilah, jam 8 lebih sudah tidur dan solat isyak hanya dapat saya lakukan pada waktu saya bangkit untuk bersahur.. Bila waktu tidur sebegitu awal, aktiviti malam hilang entah ke mana.. Sedangkan siang sudah dipenuhi dengan kerja pejabat..

Ringkasnya, selamat tinggal fisioterapi. Selamat tinggal tapping. Selamat tinggal vestibular. Selamat tinggal flash cards. Selamat tinggal bantuan rangsangan untuk anak istimewa. 

Cabaran yang paling besar yang boleh saya katakan ialah tentang pantang angkat-mengangkat. Sering kita mendengar nasihat daripada orang tua-tua, di awal kehamilan jangan sesekali mengangkat sesuatu yang berat. Maklumlah, kandungan masih baru lalu dikatakan masih tidak begitu kuat.. Masalahnya, untuk seorang anak yang punya limitasi untuk bergerak, apa lagi cara yang ada kalau bukan bergantung kepada ibu bapa dan penjaganya? Di dalam kes saya, mujur juga ada bibik.. Tapi permasalahannya masih sama tatkala bibik keluar bercuti.. Takkanlah mahu di harap pada suami yang baru menjalani pembedahan lutut pula..

Itu belum lagi dengan cabaran menghadapi perangai Rayyan Ariff yang bukan kepalang. Kalau kebiasaannya, boleh pula dipimpin ke mana-mana. Namun sepanjang saya hamil, manjanya menjadi-jadi.. Jarak antara bilik air ke katil yang sejengkal cuma pun, dia meraung-raung tak mahu berjalan. Mahunya di dukung sahaja.. Subhanallah.. Sabar sahajalah dengan kerenah bakal abang yang mahu dimanjakan ini. Kalau A mahunya, mesti terus sahaja di beri A. Cubalah beri B, serata rumah diamuknya! Kalau dengan anak tipikal, reasoning would be the right way pada usia 3 tahun lebih.. Tapi Rayyan Ariff masih tidak mampu untuk mendengar hujahan ataupun reasoning yang kita beri untuk setiap sesuatu.. Benar-benar mencabar.

Apabila kandungan semakin sarat, cabaran angkat-mengangkat semakin nyata. Mujurlah lutut hubby sudah semakin baik, maka dialah yang mengambilalih tugas membawa Rayyan Ariff ke sesi terapi. Saya hanya memandu ke pejabat sahaja. Mujurlah jarak di antara perut dan stereng kereta masih bersisa 1 inci.. Hehehhe.. Kalau tidak, langsung tidak bisa memandu agaknya.. :-)

Pada saat kelahiran juga memberi sedikit kesan pada emosi saya kerna perlu berjauhan dengan Rayyan Ariff. Mujurlah ada Atuknya yang banyak membantu. 

Pertemuan pertama Abang dan Adik.. 
:-)

Tak lari jauh dengan Adik.. :-)

Sape2 pegang Adik, sure dia kerumun.. Abang Ian oh Abang Ian! Comel macam anak kucing!!
.
Nak tengok Adik kekdahnya.. :-)

Sebelumnya, segala tumpuan hanyalah pada Rayyan Ariff sahaja, maka kedatangan Rifa Aleesya benar-benar mengundang cemburu di hati si Abang. Sudah sering saya diingatkan, apabila si Abang mahukan perhatian, fokus sahaja dahulu padanya kerna Adik masih belum tahu erti cemburu. Tambahan pula, kita tidak mahu si Abang melihat Adiknya sebagai pesaing yang mana ianya akan mengurangkan rasa kasih sayang di antara mereka.

Pada seorang anak normal, ada waktu mereka berdikari sendiri.. Ada waktu mereka mahu bermanja dengan ibuabapa mereka. Namun tidak untuk seorang anak istimewa. Bayangkan, sehingga usia 3 tahun lebih, dimandikan seperti masih seorang bayi, makan bersuap persis seorang bayi, mahu berjalan juga perlu berdukung laksana seorang bayi.. Maka bonding yang ada antara si anak dan penjaganya berlebihan berbanding biasa.. Kalau untuk anak normal, ada juga ruang waktu untuk mereka meneroka dunia bersendiri.. Ada juga masanya mereka berkawan dan berteman dengan anak seusia mereka. Tetapi untuk anak istimewa, kadar kebergantungan mereka yang lebih itu menjadikan manja mereka juga extra..

Pernah, hari kedua saya pulang ke rumah setelah bersalinkan Puteri Rifa Aleesya, pada sebelah malamnya, Rayyan Ariff memeluk saya sambil menangis tersedu-sedu. Tangisan yang cukup syahdu dan memecah jiwa. Apabila saya alihkan adiknya ke baby cot, barulah dia diam. Terus sahaja tangannya mencapai botol susu dan berbaring di dalam pelukan saya sehingga terlena..

Memang sehabis mungkin saya mahu memberi tumpuan pada Rayyan Ariff dahulu, namun apabila Rifa Aleesya menangis mahu menyusu, harus sahaja saya tinggalkan Rayyan Ariff seketika kerna Rifa menyusu badan. Tiada pilihan di situ. Sehingga sekarang juga. Apabila saya menyusukan Rifa Aleesya, Rayyan Ariff akan datang dengan senyuman manisnya dan berdiri sambil berpaut pada lutut saya. Cemburu masih bersisa mungkin..:-)

Waktu berpantang juga membawa cabaran yang tersendiri. Jangan sekali ditinggal berdua, cepat benar tangan si Abang singgah pada Adiknya.. Kerenah manjanya usah ceritalah!! Memandangkan saya bersalin melalui kaedah pembedahan, penjagaan yang teliti tersangat perlu. Saya tidak boleh mengangkat sesuatu yang berat dan untuk meriba Rayyan Ariff juga perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati, takut terkena perut. Sementelah pula beratnya sudah mencecah 13kg.. Masih terbayang-bayang wajah kecewa Rayyan Ariff apabila permintaannya untuk didukung atau duduk di ribaan terpaksa saya tolak. Kasihan, namun apalah daya saya..

Depresi yang saya alami sewaktu di dalam berpantang juga adalah cabaran. Apabila kerenah Rayyan Ariff tidak terlayan dan memeningkan, ada rasa kecewa di situ. Betapa itulah satu-satunya saat saya kecewa dengan asal kejadian Rayyan Ariff. Mengapa tidak kamu normal sahaja nak? Agar bisa kamu fahami kesakitan fizikal ibumu.. Ada waktu, kesedihan menguasai diri sehingga saya terfikir, mampukah saya menyayangi Rayyan Ariff sepenuh jiwa lagi? Sungguh itu mainan syaitan yang menguasai diri. Ialah, badan sakit, jiwa lemah, tentu sahaja fikiran waras bagaikan terkunci..

Pemulihan daripada luka pembedahan juga memakan sedikit lebih masa berbanding dahulu. Sebab yang paling utama adalah kerana mengangkat Rayyan Ariff. Sering ada rasa sakit apabila saya mengangkat Rayyan Ariff. Dan mengangkat di sini, bukanlah bermaksud saya mendukung dia ke kereta contohnya. Kebiasaannya, saya pimpin dia ke kereta. Namun untuk naik ke tempat duduk, sayalah yang perlu mengangkat. Sudahnya, rasa sakit itu datang. Kata doktor, pulling sensation. Tempat luka itu tertarik-tarik tatkala kita mengangkat sesuatu yang berat. Secara idealnya, setelah 4 bulan ke atas barulah kita dibenarkan mengangkat sesuatu yang berat. Mana mungkin! Sedangkan saya terpaksa menghantar dan mengambil Rayyan Ariff di sekolah..

Dan cabaran yang terkini, masih lagi dengan pembahagian waktu. Hari sabtu, sudah didekasikan untuk sesi terapi Rayyan Ariff. Sudahnya, adik ditinggalkan lagi. Maksudnya, termasuk hari bekerja, 6 hari seminggu adik ditinggalkan di rumah. Memanglah boleh sahaja membawa Adik bersama, namun hospital bukanlah tempat bersiar-siar untuk seorang bayi kecil yang baru sahaja menjangkau 4 bulan hari ini. Mungkin apabila Adik sudah besar nanti, kami akan melibatkan dirinya di dalam setiap aktiviti Rayyan Ariff..

"Kasihan Adik.. Abang selalu dapat lebih masa dengan Mama.." Pernah kata ini singgah di telinga saya. Namun apalah daya  yang ada. Abang perlu dibantu di dalam segenap segi, maka tumpuan untuknya juga perlu lebih.. Mama mohon pengertian Adik di situ. Lihat sahaja Adik, di dalam kesibukan Mama, dengan sendirinya Adik sudah bisa meniarap. Dengan sendirinya, Adik sudah boleh mencapai objek. Sedangkan Abang perlu dibantu dan diberi input untuk hampir kesemua pergerakan yang dia pelajari.. 

Dulu, ada masanya, saya akan berjaga pada waktu malam untuk menyediakan bahan sensori Abang.. Banyak waktu, saya melayari Internet untuk mendapat lebih ilmu untuk membantu si Abang. Namun semenjak kehadiran Adik, segalanya bagaikan mustahil. Saya perlu tidur awal kerna Adik akan bangun beberapa kali untuk menyusu sepanjang malam. Jika saya layankan sesuatu yang lain dan tidak tidur secukupnya, alamatnya, mengantuklah di pejabat.

Kerja di pejabat juga banyak dan menimbun. Bagaikan berlari rasanya, tak terkejar waktu! Saya perlu pastikan saya mengepam susu untuk Rifa sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali sehari. Apabila sudah mengepam, waktu kerja juga lari.. Sudahnya, kerjalah lebih masa untuk menyiapkan kerja.. 
.
Apabila terkejar-kejar dengan kerja, tiba di rumah juga sudah lewat. Tengok si Abang sekejap, 'berborak' dengan si Adik sekejap, susukan si Adik pula, sedar-sedar waktu tidur sudah menjelma. 

Begitu jugalah dengan hari minggu. Padat dengan pelbagai perkara.. Cabaran yang bukan sedikit. Namun jujur saya katakan, kehidupan saya hari ini adalah sangat membahagiakan. Terima kasih tuhan di atas kurniaanMu ini.. Segala penat lelah bagaikan angin lalu setiap kali saya menatap ke dalam mata cahaya-cahaya cinta saya ini. Sungguh anugerah-anugerah ini adalah terhebat untuk dinikmati!   

Pada masa terdekat, apabila saya perlu outstation dan juga berkursus, pastinya segalanya akan lebih hectic lagi. Namun saya tahu, pasti segalanya akan dapat kami hadapi bersama.. *Senyum*

Sayang Tuan Rayyan Ariff sepenuh jiwa! Sayang Puteri Rifa Aleesya sepenuh hati. Tanpa kalian, jiwa Mama kosong, hati Mama bisa mati.. Semoga Allah SWT benarkan Mama menjaga kalian sepanjang hayat Mama.. Aminnn

Ina, cukuplah dulu.. Kalau nak diukir segala kegusaran di hati, makin panjang berjela la jawabnya entri ni.. Of course la risau, rasa nak buat macam2 untuk Ian. Seribu perkara. Nak ganti balik masa pregnant (9 bulan) dan masa confinement (2 bulan) yang tak dapat buat apa-apa untuk dia.. Ialah, umur dah nak masuk 4 tahun tapi takleh bercakap lagi,, Stress mak! :P

9 comments:

Noina said...

Huhu,patutlah mkn masa 2 ari. Panjang.hehe. air mata ku bergenang jiey baca entry mu.tadi lepas solat,tak putus2 doa moga adik nabila selamat. Rayyan mau gak melangkah. nabila 100% berdukung. Adoiyaii.sabau jelah.

Apapun thanks jiey. Harus kubaca entry ini byk kali untuk peringatn sendiri. Hihi.

Anonymous said...

syurga milik kamu wahai sang ibu..
besarnya pengorbanan ini..

Nida Mohd said...

Syabas kerana menjadi seorang ibu yang kuat.. saya sendiri belum tentu boleh menjadi sekuat ini..semoga terus kuat dan tabah dalam menghadapi segala cabaran mendatang..Allah takkan menguji hambanya melebihi dari kemampuan hambanya...

Anonymous said...

terima kasih utk entry ini...saya sesungguhnya selalu hilang sabar dgn kerenah anak2,dgn life yg saya rasakan sibuk dan hectic, tp bagi jie pastinya yang lebih mencabar ini, masih lagi penuh kesabaran..redha ALLAH bersamamu insyaAllah....

mama najjah said...

suka baca blog ni..untuk muhasabah diri sebenarnya..sungguh! Hanya Allah yg tahu apa yg terbaik untuk hambanya..

Ayuz said...

terkedu bila membaca netry nih...kagum sgt...masuk kali nih dah tiga kali saya ulang-ulang baca entry nih...anak ke3 saya bukannya anak istimewa tetapi memerlukan penjagaan yang rapi juga..tapi bagi saya dia istimewa sgt...dan skang nih saya mengandung lagi....sama keadaan cam jiey...penat, tidur sewal kul 8 dan dua org abang perlu jugak perhatian saya...entahlah....

BondaRyan said...

hurm..tabah lah mommy ian yer.saya walau tidak punya anak se'istimewa ian..namun punya 4 org anak kecil yang jarak umur setahun satu.saya bekerja..iya, saya juga pernah mgeluh..lumrah bagi kita yang bergelar manusia.kadang kala hanyut terbuai dgn perasaan.namun tidak DIA mengaturkan sesuatu tanpa sebab dan kekuatan yang seiring.saya percaya mommy boleh!!!

Anonymous said...

sesungguhnya kamu perlu bersyukur kerana dikurniakan zuriat.....berbanding dengan saya yang sedang menunggu kehadiran cahaya mata setelah 5 tahun berkahwin...

ch@ said...

jiey, life kita lebih kurang sama je. awak lagi tough nak handle seorang yg istimewa. it's ok, perjalanan seorang emak mmg lumbrahnya begitu. kita ni pun, boleh mengalir air mata akibat stres. hahaaa.