Monday, March 19, 2012

Superhero kami~

Update laju-laju since kehidupan peribadi dan dunia pekerjaan adalah tersangat hectic! *MintakNyawaMintakNyawa*

Semalam Abang Rayyan jatuh. Sudahnya, dagu terbelah sket.. Bawak gi klinik panel, kebetulan glue stitches kat klinik dah habis. Kalau nak jahit, maybe kena dalam 3 jahitan.. Tapi klinik advise gi hospital sebab kesian kat budak ni kalau nak jahit. Glue stitches takyah bius and jahit satu-satu. Tepek je kott..

So, kami bawak gi A& E Ampang Puteri.



The best part is that, hero kita ni tak menangis even dua tiga kali mengerang sakit masa nurse cantumkan luka dia tu. Yup, he's one of a kind.. Our superhero.. :-)
.
Natijahnya, pagi tadi ada orang tak gi school la.. Dapat MC katanya. Doctor risau kalau dia melasak kat school with minimal supervision, jatuh lagi kang, kena kat tempat sama, sape pulak yang susah. So, dapat la dia joint adik dia bangun lewat.

Kenapa boleh jatuh? Macam mana boleh jatuh? Next time bila ada masa, saya update.

P/s - Macam ni nak bayar RM700 utk satu tugas?? Chehhh.. Rakyat ko kena dera ko sibuk kecoh satu dunia. Budak kecik yang cedera sebab negligence rakyat ko sampai terbelah dagu, lebam pipi, ada ko ambik kira?? Yup, saya marah. Sebab terang2 kes CUAI. Kalau kita dah ambik precaution method and benda nak jadi jugak, memang takleh buat apa la.. Nak wat camne. Tapi ni dah terang-terang, CUAI!!!

13 comments:

Papa, Mama & Azra said...

RM700 satu tugas boleh tapi kena hantar yang ada diploma dari kolej yang diiktiraf supaya senang sikit nak faham arahan takde majikan nak sakit kepala maid tak faham buat kerja lembab.

Papa, Mama & Azra said...

Pastu kalau tugas kau memasak, presentation level hotel ye. Setakat masak 3 kali sehari kau nak gaji RM700?? Piiraahhh..

Rozuan Ismail said...

ini mesti jatuh ada sebab amah kan

jie said...

cepat sembuh ya abang rayyan. kesian dia.

yatie chomeyl said...

ho kok palor bibik..apo ni tebolas jago abe Ian. tunggu deh abe Ian, nati Cik Ti kelik Msia, cik Ti kokkk palor bibik

Marsha~ said...

bibik buat apelah smp rayyan boleh jatuh ni?? sian abang long.. eh tp dia nampak sgt panjanggggg....

zura_habib said...

kita bako... mcm mana si tin tin nie...kena marah ke dok?

mama_kimey said...

setujuuu (even saya xde maid)...

mengada & melampau betul 1 tugas rm700... kang suruh tgk ian 24jam sampai berpinar mata baru tau...

pasni leh claim duit sewa bilik, mkn, minum, api, air segala...bru padan muka diorg

littlehumblelynn said...

Adoikkkhhh kesiannya.mg x serius hdknya.

Maid careless punya kes ler nih kan?adoiikkk geramnya :-|

Noina said...

huhu...adoiii rayyan..ibu tgk pun ngeri nak..Huh! ku geram jiey..bayar memahal..jatuhkan anak org..! seb baik hero diam jer..huhu..

Mamanurin said...

huuuu rayyan yang kuat dan penuh semangat. nasib baik sikit je..tapi kira sakit jugak tu..

Yaati Nor said...

waduh bibik cuai..waduh2 en asben dah cakap dah 5 ke 10 thn lagi kita boleh pakai bibik..tapi hahaha tak payah bibik kot..tah lakan..harap ian baik2 je..

adarnadzmie said...

alahai sian abg rayyan...moga cepat sembuh luka tu..:)