Friday, August 27, 2010

Apabila ruang perkembangan seorang anak kecil ditutup, hati ini bagaikan dirobek!!

Satu persatu perkembangan Rayyan Ariff saya soroti melalui label “Development”
.
Betapa besar nikmat yang Dia berikan kepada Rayyan Ariff dan kami. Satu persatu progress yang ditunjukkan Rayyan Ariff adalah sesuatu yang sangat kami banggakan. Usaha tanpa jemu yang kami taburkan mendapat perkenan dariNya dan hasilnya, inilah Rayyan Ariff yang pernah dikhabarkan tidak mungkin akan hidup melepasi 6 bulan pertama hayatnya. Yang mungkin meninggal sebaik dilahirkan.
.
Walaupun baru sahaja 2 tahun lebih usia Rayyan Ariff, perjalanan ini bagaikan terlalu panjang dan memenatkan. Banyak waktu, kami terpaksa ‘menolak’ diri sendiri untuk terus melangkah. Syukurlah masih diberi kekuatan olehNya.
.
Sepertimana ibu-ibu lain, saya juga punya keinginan yang tinggi untuk mengasuh Rayyan Ariff dengan tangan ini sendiri. Namun kekangan dari segi kewangan menjadi penghalang. Saya perlukan pekerjaan ini untuk kehidupan yang selesa. Dan paling utama, kerana kemudahan perubatan tanpa had yang ditawarkan hatta ke mana-mana hospital swasta sekalipun. Semua ini untuk Rayyan Ariff dan adik-adiknya nanti juga.
.
Saya pernah bercuti tanpa gaji untuk seketika dalam memberikan sepenuh perhatian kepada Rayyan Ariff. Kesannya? Kami dilanda tsunami kewangan yang bukan sedikit. Namun hati puas memandangkan Rayyan ARiff membangun dengan pesatnya. Malahan, fakta ini sangat menggembirakan seluruh pasukan perubatan yang berusaha ke arah pemulihan anak kecil ini.
.
Namun kini, perkembangannya kembali lambat lalu kami cuba mencari punca. Mungkin dia tidak mendapat rangsangan yang secukupnya sepanjang berada dengan Kak Paridah. Namun setinggi manalah yang boleh diharapkan pada dia kerana dia tidaklah mempunyai pengetahuan seperti kita. Kerna itu, saya hanya memesan beberapa perkara sahaja untuk dilakukannya bersama Rayyan Ariff.

"Nak, kenapa tiba-tiba sahaja kamu kehilangan momentum?" Hanya tertanya-tanya.

Andai bisa dipanggilkan saat getir dalam kehidupan, inilah waktunya. Kebelakangan ini, segalanya bagaikan berserabut dan tidak terurus. Dari segi bebanan kerja dan juga kehidupan. Hati ini sedikit tercalar dengan sesuatu perkara di pejabat. Namun itu bukanlah alasan untuk terus cuba memberikan yang terbaik. Semoga ada jalan keluar yang baik untuk segalanya.
.
Tentang kehidupan, masih lagi berkisar tentang Rayyan Ariff. Saban hari, dia saya tinggalkan bersama pembantu rumah yang mesra saya bahasakan sebagai Kak Paridah. Kerna pada kami dia lebih daripada seorang pembantu, malahan, sudah dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga kami.

Kak Paridah memangku Rayyan Ariff. Kerna dia keluarga, apabila kami semua sedondon berpakaian oren pada majlis abang saya tempoh hari, dia juga tidak terkecuali. Untuk setiap majlis di sebelah pengantin lelaki dan perempuan, dia mendapat baju baru mengikut warna tema!

Dia juga membahasakan dirinya ‘makcik’ kepada Rayyan Ariff, bukannya ‘bibik’ seperti kebiasaan pembantu yang lain. Kerana pada kami dia adalah keluarga. Sehabis mungkin saya berbuat baik dengannya di atas dasar dia yang menjaga anak saya sepanjang ketiadaan saya. Dan Alhamdulillah, dia melayan Rayyan Ariff dengan sangat baik.

Tidak pernah sesekali pun Kak Paridah meninggikan suaranya dengan Rayyan Ariff. Kerenah Rayyan Ariff dilayannya tanpa rasa jemu mahupun amarah. Malahan, apabila saya atau hubby meninggikan suara pada Rayyan Ariff, dialah yang seringnya berlari ‘menyelamatkan’ Rayyan Ariff. Sehingga pernah saya menegurnya agar tidak terlampau memanjakan Rayyan Ariff kerana tidak mahu dia besar kepala.

Kerna itu, Rayyan Ariff sedikit keras dengan Kak Paridah. Rayyan Ariff sering menarik rambut Kak Paridah sekuat-kuatnya apabila dia marah pada ‘makcik’nya itu. Rayyan Ariff sering memukul Kak Paridah apabila tidak bersetuju dengan Kak Paridah.

Namun secara keseluruhan, Kak Paridah senang bersama Rayyan Ariff kerana dia selalunya anak yang patuh dan baik.

Bersama Kak Paridah, perkembangan Rayyan Ariff tidaklah sepesat mana. Malahan, ukurannya begitu jauh berbanding pada saat saya bercuti dan menguruskan Rayyan Ariff keseorangan. Bukanlah tiada perkembangan langsung, namun tidak sebanyak yang diharapkan. Kerna seperti yang sering kami letakkan pada Rayyan Ariff, dia adalah seorang anak yang penuh dengan potensi.

Dengan Kak Paridah, Rayyan Ariff belajar melambai ‘bye,bye’. Bersama Kak Paridah, Rayyan Ariff belajar menanggalkan baju dan seluarnya. Bersama Kak Paridah juga Rayyan Ariff belajar mengenakan baju dan seluarnya sendiri walaupun masih memerlukan bantuan.

Banyak jasanya pada Rayyan Ariff. Dia juga tidak pernah membiarkan Rayyan Ariff tidak makan. Seandainya Rayyan Ariff tidak mahu makan, sedayanya dia memujuk dengan pelbagai lagu dan pujukan.

Kerja-kerja rumah yang dilakukannya juga memuaskan hati.. Cadar senantiasa kemas dan tegang. Lantai rumah pula di mop setiap hari seawal jam 6.00am kerana Rayyan Ariff yang mengesot ke sana ke mari yang seringnya disulami dengan aksi menjilat lantai.

Kerjanya tidak perlu bersuruh. Dan saya berterima kasih kepadanya tentang itu.

Sering saya pesankan kepadanya apabila saya mahu ke tempat kerja hanyalah 3 perkara: pakaikan hearing aid pada Rayyan Ariff selama yang mungkin,;kalau tidak mahu membuat fisio padanya, biarkan sahaja dia meniarap kerna itu akan mendorongnya bangun dan merangkak sendiri dan;biarkan dia dengan segala jenis permainannya. Alat mainannya banyak sekali kerana saya benar-benar 'melabur' dalam hal ini demi untuk perkembangannya. Alat mainan berkonsepkan early learning.

Saya perhatikan Rayyan Ariff semakin rajin meneroka. Maka hari minggu yang lalu, dengan penuh bersemangat saya mengubahsuai kedudukan perabot di ruang tamu dan ruang makan seterusnya menjadikan ruang bertambah luas dan mudah bergerak. Semuanya untuk Rayyan Ariff. Agar dia mudah meneroka segenap sudut dan saya tidak perlu bimbang tentang kepala yang baru menjalani pembedahan itu terhantuk pada perabut yang menghalang laluannya.

Namun apa yang merobek hati ini adalah apabila mengetahui 'usaha' yang dilakukan oleh Kak Paridah untuk merangsang Rayyan Ariff untuk meneroka adalah tidak seberapa.

Beberapa hari ini, abang saya sering berkunjung ke rumah sewaktu kami di pejabat kerana dia sedang MC. Kakinya retak kerana bersukan dan dia mendapat cuti sakit selama sebulan. Dan semalam, abang saya menyaksikan penolakan Rayyan Ariff terhadap hearing aid.

"Pelik. Sepatutnya makin lama makin serasi. Ini makin menolak." Kata saya kepada abang.

"Memang la dia taknak. Dah tak biasa. Takde pulak Abe tengok Kak Paridah pakaikan waktu siang sepanjang Abe datang ni.."

"Tak pakai langsung?? Habis tu dia buat ape je??"

"Buat apa, tengok TV la.. Rayyan dia paksa la duduk kat atas riba dia. Kalau sejam dia tengok TV, sejam la dia riba Rayyan. Kalau lebih, lebih la.. Mainan yang dia bagi cuma dua. Yang warna kuning ni dengan yang ring stacker nih. Dia tak keluarkan semua mainan maybe sebab malas nak kemas balik. Kalau Rayyan dah bosan, dia protes la.. Dia nak turun Kak Paridah tak bagi. Jadi dia tarik rambut Kak Paridah. Dia pukul Kak Paridah. Pastu Kak Paridah pujuklah Rayyan.. Jangan pukul orang.. Tak baik.."

Subhanallah.. Rasa panas menyerbu ke muka apabila saya mendengar kata-kata abang saya itu. Rasa sakit, dikhianati, sedih, kasihan kepada Rayyan Ariff, terkilan, semuanya berbaur. Kalau kita dipaksa duduk selama 15min sahaja tanpa melakukan apa-apa pun sudah merasa bosan, ini pula anak sekecil Rayyan Ariff yang penuh dengan rasa ingin tahu!

Anak yang penuh dengan rasa ingin tahu dan ingin meneroka, bersama Kak Paridah *Baju yang dipakai Kak Paridah adalah hadiah dari kami*..

Selama ini saya sering diberitahu oleh mommy dan adik-adik saya bahawa Kak Paridah jarang melakukan fisio pada Rayyan Ariff namun saya tidak melenting. Kerna saya sering berfikiran bahawa banyak mana sangatlah yang saya boleh harapkan daripada seorang pembantu dari Indonesia ini yang pastinya tidak berpelajaran tinggi. Cukuplah sekadar dia menjaga Rayyan Ariff sebaik mungkin dan melakukan 30% daripada apa yang saya lakukan. Selagi boleh, biarlah..

Saya sering membawa dia ke sesi terapi Rayyan Ariff dengan keinginan agar dia turut belajar cara-cara melakukan terapi yang betul dan boleh dipraktikkan di rumah. Namun kebiasaannya, dia hanya bermain SMS ataupun tertunduk kerana tertidur.

Namun saya biarkan sahaja. Minat tidak bisa dipaksa. Kalau saya mahukan therapist, saya seharusnya menggaji jururawat ataupun therapist dan bukannya pembantu rumah!

Tetapi saya sama sekali tidak menyangka bahawa ruang untuk Rayyan Ariff meneroka ditutup sama sekali! Subhanallah!! Kasihan anak kecil ini.. Bagaimana dia mahu berkembang andainya proses itu dihalang!! Saya kecewa. Sungguh kecewa.

Saya mencari kekurangan saya sebagai seorang majikan. Mungkin saya terlalu berlembut. Dari segi gaji, Alhamdulillah, mengikut harga pasaran. Bonus tahunan dijanjikan sebulan gaji pada hujung tahun. Dibenarkan pulang ke Indonesia sekali ataupun dua kali setahun, bergantung pada keadaan cuti saya dan pastinya kos tambang adalah ditanggung oleh kami. Cuti 2 hari sebulan yang mana dia akan pergi berjumpa kekasihnya di Shah Alam dan menginap di rumah kakak angkatnya. Topup setiap bulan. Wang poket apabila dia bercuti. Pakaian baru. Duit raya pada musim perayaan. Dan banyak lagi.

Itu pastinya tidak termasuk dengan layanan baik kami kepadanya. Setiap kali makan, dia makan bersama kami. Dan seandainya kami makan di luar, dia akan makan dahulu bersama-sama ahli keluarga yang lain sambil saya memegang Rayyan Ariff kerana saya kurang selesa membiarkan orang lain kelaparan. Setelah dia siap, barulah Rayyan Ariff saya serahkan kepadanya dan giliran saya pula untuk makan.


Saya tidak melihat kekurangan pada pakej yang saya berikan kepadanya. Namun saya kecewa apabila Rayyan Ariff tidak mendapat pakej yang sama darinya.

Mungkin saya tidak boleh terlalu menghukum. Kerna mungkin pada hari kejadian dia sebenarnya masih sedang berduka kerana 4 hari sebelumnya, dia menerima berita bahawa anak saudaranya meninggal. Maka dia memilih untuk menonton TV sahaja demi menghiburkan hati.

Saya cuba mengetepikan rasa tidak puas hati di atas dasar kepercayaan. Namun bagaimana pula dengan dakwaan adik saya bahawa dia menonton sehingga 4 jenis sinetron dalam sehari sewaktu adik saya tinggal bersama tempoh hari? Bagaimana pula dengan dakwaan mommy bahawa dia tidak melakukan apa-apa untuk pembangunan Rayyan Ariff melainkan bernyanyi sahaja? Arhhh.. Kusut!!!

"I asked your maid about her work. She said she doesnt has to cook because you'll cook for Rayyan before you left for work. You and your husband also dont eat at home. She told me that the only thing that she needs to do is the laundry, which is of course done by the washing machine.. So she just need to do the folding and ironing. Taking care of Rayyan. Cleaning the house and of course, cook for herself. And I guess the house cleaning bit does not take much of her time because you're living in a condo and what mess can Rayyan do?? Obviously she just chose not to do the exercise on Rayyan.. Even when she's here, she was not paying attention. She was SMSing all the time.." Komen Sarjit pada saya dua bulan yang lalu.

Sarjit sebenarnya menyatakan ketidakpuasan hatinya apabila Rayyan Ariff tidak menunjukkan peningkatan yang menggalakkan walaupun sudah beria benar dia melakukan terapi pada Rayyan Ariff sedangkan sewaktu di bawah jagaan saya sepenuhnya, Rayyan Ariff berkembang pesat!

Saya tidak punya pilihan lain. Saya tidak mungkin menamatkan perkhidmatan Kak Paridah kerana saya tahu dia menjaga Rayyan Ariff dengan baik. Usai berbincang dengan hubby, kami mungkin akan terus menghantar Rayyan Ariff ke nurseri sebaik sahaja menemui nurseri yang sesuai. InsyaAllah kami akan memulakan pencarian dengan kadar yang segera.

Biar Rayyan Ariff dapat berkembang apabila berada di kelompok anak-anak lain. Peer pressure. Biar saya dapat ke pejabat dengan hati yang tenang kerana mengetahui anak saya tidak lagi dipaksa duduk diribaan sehingga kebosanan!

Ya Allah, seperti seringnya aku meminta, permudahkanlah perjalanan hidup Rayyan Ariff Ya Allah!!

27 comments:

mommy nazeef said...

uishh...emo betul saye bace entry ni!marah! sbb saye baru je amek maid xsampai sebulan.xtau la cam mane...diorg ni xbley dimanjakan sgt jiey...n jgn buat diorg rase diorg sebahagian drpd pameli. paling penting, jgn pggl selain dr bibik! itu nasihat dr orang lain kepada saya yg baru sebulan jagung amek maid... :)

yatie chomeyl said...

gitu pulop doh..sie ko abe Ian keno pakso tgk sinetron...x la xbest sinetron tu...molek la jiey hntr abe Ian gi nursery, biar abe Ian tamboh sain..pastu ado saing dio nok main toys

Ibu Iman said...

kesiannya rayyan..

mmg susah nk percaya dkt maid indon... kalo ada rezeki lebih awk upah la specialist assistant utk jaga rayyan.. sbb die boleh berkembang kalo sering dirangsang

semoga Allah memudahkan urusan perkembangan Rayyan Arif

zurazari said...

semoga allah permudahkan segala urusan... sakit hati bacer nie... mmg tak ngenang naseb tol org indon nie... sakit hati aku!!!
da d layan baik ko ley lak tak wat aper yg d suruh kan... sengal...
jie, anta la rayyan ker nursery, insyaallah mungkin itu yg lebey baik kot... ian.... semoga ian cepat becar n maju yer... salam sayang dari ibu adam..=))

Rizziela said...

Kesiannyer kat Ian.
Sampai hati k.paridah buat mcm tu. Bukannya banyak kerja yg dia buat..kenapa tak boleh bagi tumpuan yg penuh kat Rayyan? Kesinanyer

eRaY said...

btul tuh jiey, peer pressure
biar Ian dapat explore dunia bersama kawan2nya
dari tgk sinetrone yang tah hape2 tuh

wanie_kashfi said...

oghe jiey...meme tokke samo dgn kito..i think nursery is the best choice for rayyan..at least 1/2 day pun ok...nursery ramai saing, banyak aktiviti hok dio buleh buat..all the best

Liz Rohaizat said...

kalau perkembangan rayyan tidak memberansangkan di bawah jagaan maid tu, elok la tukar maid atau hantar rayyan ke nursery. mcm mana dia nak belajar kalau asyik kena riba dan tgk sinetron. kesian rayyan

CatlinaFly said...

baik nye jiey...sampai top up , beli baju bagai..maid tu kena hargainye dan asuh Rayyan sebaik mungkin..tapi tulah , kita jaga tak sama dgn org jaga..baru je anak sy naik bintat2 kat badan semalam kes pengasuh bg makan ayam walaupun dah beratus kali sy bgtau, E-ein tak boleh makan ayam,dan benda2 gatal...

mujurlah belum sampai sesak nafas, sempat sy dtg tghari sapukan ubat..

doa sy sentiasa utk perkembangan Rayyan Arif yang comel..

**psstt...ingat dulu kalau dapat anak lelaki memang nak letak nama Rayyan :)..tunggu adik E-einlah..

huda said...

salam,

mmg wajar hantar Rayyan ke nursery tp at the same time maid to kenalah diberhentikan. Kalau tidak lagilah merdeka dia tengok entah berapa sinetron sehari. Maaf cakap la saya mmg sentap pasal maid-maid tak tau diuntung ni. Saya dah kena !

Nursery pun kena pilih yang elok-elok juga. Make sure anak-anak yang dijaga tak terlalu ramai. Seriously, anak saya yang membesar kat nursery lebih cepat belajar dari yang tinggal dengan maid. Semoga segala nya mudah buat rayyan

Dong, Dia & Azra said...

kesian Rayyan...hurmmm...kalau Rayyan pergi nursery, semakin kuranglah kerja Kak Paridah....untung dia...tapi kalau berkira dengan dia, maknanya nasib Rayyan tak menentu....alahai....memang berat dugaan kamu Jiey...teruskan berusaha....semoga dipermudahkan urusan Rayyan...amin.

A.I said...

aduhhhh :(

aku rasa, baik kau bincang ngan kak paridah elok2. ckp trus terang apa yg perlu dia buat..

Heartilyina said...

macam tu ke kisahnya. hmmm susah juga. sesayang dia pd ian tp nmpknya masih xcukup. dia xcukup caring maybe sbb dia tau dia org luar. ntahla. mebi jiey n hubby boleh bncg dgn dia ke? papepun jalan yg jiey moga dipermudahkan n berjln lancar ye.

ieda said...

jiey...u have to make a line between u as an employer & ur employee..akak yakin dia sayangkan rayyan...full hearted.tp mungkin dia jg rasa lemak sb dimanjakan majikannya.satu lg mungkin pada dia rangsangan itu tidak penting..she might think that rayyan will somehow gain something by himself..tu yg buatkan dia malas nak stimulate rayyan..talk to her..thats the best we can do.

TRIPLETSplusONE said...

i rase wat u offer ur maid is more than wat others akn kasi tu die naik lemak.
one thing about maid, bile diorang mula2 masuk mmg kite sesama manusia mane lah sampai hati nk kerah diorang buat itu ini ( i mmg lemah bab nk kerah2 ni) tp at the end of the day diorang yg naik lemak. in my case, husband i yg firm. so bile time nk kena kasi instruction kerah2, mmg husband akn kasi. so die akn takut with one of us.

bile i baca "Dari segi gaji, Alhamdulillah, mengikut harga pasaran. Bonus tahunan dijanjikan sebulan gaji pada hujung tahun. Dibenarkan pulang ke Indonesia sekali ataupun dua kali setahun, bergantung pada keadaan cuti saya dan pastinya kos tambang adalah ditanggung oleh kami. Cuti 2 hari sebulan yang mana dia akan pergi berjumpa kekasihnya di Shah Alam dan menginap di rumah kakak angkatnya. Topup setiap bulan. Wang poket apabila dia bercuti. Pakaian baru. Duit raya pada musim perayaan. Dan banyak lagi."

tebeliak gak mata i, mak ai byknye. tak penah lagi i dgr maid dpt bonus tahunan (i naik kn gaji skit every year) and mmg tak penah i dgr maid dibenarkn balik indonesia every year apatah lagi2 kali setahun and u pulak yg tanggung tu.
lazimnye maid balik every 2 years. and top up pun u kasi? wusihh yg i tau most majikan tak allow maid ade handphone, tp u siap kasi top up. maid i ade hp tp die akn gune belakang kami bukan secara terbuka sbb i tak penah show approval die ade hp so die pun tak sure i allow ke tak so die gune senyap2 instead of dpn kami.

maid i dibenarkn cuti once a month, di mane die akn bermalam umah sedara die, tp mmg lah i tak kasi extra poket money. the only time i kasi xtra is musim perayaan.

tp i paham maid i sure penat dgn kerenah anak2 i,tu sbb bile i kuar bwk kids outing ngan husband, i tak bwk die. sbb tu je time tuk die have her own space.sume manusia need a break kan, i pun bleh biul dgn anak2 i, apatah lagi die yg tiada langsung tali persaudaraan

i rase lebih kpd die dh naik lemak bcoz u mmg giv in a lot compare to other maid. try talking to her bgtau yg u were told die tak buat 3 perkara yg u suruh (tapi kang bile abg u dtg je die belakon kan...)

ops byk lak i membebel.

Elyn said...

speechless!!

kamalnzura said...

jiey, smntr nak dpt nursery yg bagus, apa kata pantau maid tu...
kos yg murah, ala2 cctv.

pasang laptop, dan rakam apa yg dia buat setiap hari.(download free software je)

itu yg sy buat sejak pakai maid ni. tak smpai sebulan pun lg pakai maid ni.

jadi sy tau dia buat apa kat anak2 sy.

baru ni dia tarik telinga si abg, terus sy warning. apa sj yg x kena, terus sy warning.

mmg jimat byk, dr psg cctv.. :)

Anonymous said...

melampauuuuuuuuuuuu!!!
jgn lembut sgt ngn bibik!! ieeee...geramnyeeeeeeee

transformed housewife said...

meme Jiey keno tegas sikit esp. bilo bab2 jago Ian tu. kalu tok buat jugok, terpaksola caru jln lain mace hantar kat nursery.

.mem besor. said...

based on the research i have done through experience with indonesians, all i can say is they are very good at acting and such drama queens and kings. and they are superb at taking things for granted. just be careful if you want to advise her. to most of them, it turned out not so good. takut nnt ian yang jadi mangsa. hurmm we msians are just too nice kan? tak sampai hati nak buat diorg mcm2 but they have the heart to do sorts of things to us. benci betul diorg hishh. sorry kak but i hate them so much after so many bad experiences with them.

Min said...

jiey...

tak salah kita berbuat baik sesama insan dik. tapi perlu berpada. jgn sampai kita pulak yg menanggung kesusahan. kak min doakan Allah mudahkan kehidupan jiey dan memberikan jalan keluar dari segala masalah untuk jiey dan keluarga serta terus memberi kekuatan dan ketabahan buat our mujahid, Ian...

iCaLoVeZiE said...

hmm.. ica rasa jiey bertuah sebab dapat maid yang baik dan sayang pada rayyan, plus pandai kemas rumah rasanya itu dah cukup.

Dan keputusan jiey untuk hantar rayyan ke nursery juga tepat. Sebab kita takkan dapat pakej lengkap kan?

Walaupun dia halang rayyan untuk terus berkembang, yang paling penting rayyan selamat dengan dia.

Sebab ica cakap macam tu, berapa ramai maid yang dera anak-anak kecil masa ibu bapa bekerja. Tapi Paridah tak buat pada Rayyan.

Cuma yang ica tak berapa setuju,bila jiey lepaskan Paridah bercuti dan jumpa kekasih, tak mustahil suatu hari nanti Paridah boleh lari dengan kekasih dia bila dah asyik bercinta.

Anak sedara sepupu ica kena tinggal sehari seorang diri bila maid lari. masa tu umur dia baru 4 tahun. Semua sebab maid tu ade kekasih.

Jangan amik hati, pandangan ica je ni, Yang mana baik, guna. yang mana tak setuju, lupakan je. :D

Anonymous said...

..bersangka baik..setiap masa..setiap ketika...sesama manusia..lebih2 lagi pada saudara seagama...itu lah yang terbaik sekali yang di tuntut oleh Islam..SAHIH.

Namun sebagai manusia biasa...atas dasar iman yang pasang surutnya dalam diri kita membuatkan kita begitu jauh ketinggalan, apatah lagi bila melibatkan si permata hati kita...

Kasih seorang ibu...kasih seorang bapa...apa mungkin insan lain memahami?...atau apa mungkin ada juga yang mengasihi?...

Sekiranya mampu, mahu sahaja disediakan segalanya..dipertaruhkan semuanya..bahkan nyawa..untuk permata hati anugerah Ilahi ini...tapi mampu kah kita?..kerana segalanya milik Allah...hatta semua yang ada di dunia adalah makhlukNya..milikNya..

Mungkin Allah merindui hambaNya..merindui keluh kesah...merindui permintaan yang pada awalnya cuma lah berkisarkan nyawa permata hati ini..untuk memberikan peluang kepada anak ini merasai nikmatnya hidup...memberikan peluang untuk menjadi ibu dan ayah kepada permata ini...

Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani...Maha Mengetahui...Maha Mendengar..

Wallahu'alam...

Anonymous said...

salam mama ian,

sejujurnya saya adalah antara yang tidak setuju dengan kehadiran maid dalam fmily, apa yg blh saya katakan cuba lah usahakan mencari nursery ... ini yg terbaik ... sebaik mana pun "mak cik" kepada ian, tak sama mcm mana family sendri ... kalau di nursery sekurang2nyer ian akan jumpa ramai kawan, dia akan terdorong tuk buat apa yg kids lain mampu buat ... percayalah ... di situ akan "tercipta satu ruang untuk ian"

salam ramadhan tuk jiey sekeluarga, moga keberkatan ramadhan ni memberi kekuatan jiey untuk membuat "perubahan" dalam perjalanan ini ... amin ...

miezrina said...

salam jiey... lama x menitip kata rindu buat ian...

jiey.... pilu n perit hati membaca tulisan yg ini... sambil telinga di sajikan lagu2 indah....

subhanallah.... apa lg yang hendak di uji hati ibu ini.... ya allah... sekali kau beri sinar yang terang... aku bermohon kau tetapkan kadar sinar itu agar mereka ini mendapat segala yang tebaik drp anugerahmu ya allah....

tiada nasihat dpt ku berikan ketika ini... daku juga baru belajar mempunyai pembantu... itu la doa kita... sudah di berikan yg terbaik.. maka mengharap yg terbaik juga di balas.. bkn utk kita pun.. tp utk anak2... namun hati org jauh mana dpt kita duga... hati kita juga sering berubah2... kan?

x apa la jiey.... usahakan yg terbaik... anggap lah perkara ini sekadar ujian Allah bg jiey ketika ini... agar jiey lbh beringat sblm perkara tsbt berlarutan lbh lama...

benarlah jiey... apa sgt yg blh di harap drp dia.. terus terusan fikirkan sesuatu yg lbh menyedapkan hati buat sementara waktu ini... demi rayyan ariff kita sama2 berdoa....

subhanallah....

de' Elle said...

ya Allah sedihnyeee..

klu la kita bjiran, biarlah Elle asuh Rayyan & Luna bsama..

mnitik airmata, kesian Rayyan..
isk betul,klu la kita bjiran, Elle sanggup asuh & jaga Rayyan,wlu tanpa d gajikan..akan jaga seperti anak sendiri..mungkin lebih baik,sb Luna,Elle cubit2 juga klu xnak tdo..tp Rayyan,insyallah yang tbaik..tak sanggup cubit anak org..

tp Jiey,kita jauh..ahhh sedihnyaaa

mirah said...

anak insyaAllah akan dapat yg terbaik di tangan ibunya sendiri. Namun benar, kekangan kewangan bisa membutuhkan hasrat menjaga anak2 dgn tangan sendiri kan.. Moga Jiey dapat cari penyelesaian dlm perkara ini. Doalah utk yg terbaik.