Sunday, August 15, 2010

Rayyan Ariff: Sumber ketabahan saya melalui kekuatan dirinya..

Ini adalah jadual hari sabtu Rayyan Ariff minggu yang lalu, iaitu beberapa jam sebelum 'serangan' itu bermula.. Ini adalah rutin hari sabtu kami yang padat. Walaupun memenatkan, namun kami tiada pilihan kerana semuanya untuk kebaikan Rayyan Ariff..
.
Sesi kami bermula seawal jam 900am untuk terapi pertuturan yang memerlukan kami keluar dari rumah sedari jam 815am kerana jarak dari Ampang ke Subang Jaya bukanlah dekat.
.
Sesi terapi pertuturan.
.
Seterusnya, diikuti oleh sesi terapi carakerja. Kerna pada waktu petang nanti Rayyan Ariff punya sesi fisioterapi, maka saya memilih untuk tidak pulang ke rumah dahulu. Kalau jaraknya sekadar 3-4jam, kami memilih untuk berehat di kawasan sekitar sahaja atau ke rumah saudara-mara terdekat. Namun sekiranya jaraknya sehingga 5 atau 6 jam, kebiasaannya kami pulang ke rumah dahulu dan datang lagi kemudiannya.
.
Namun hari sabtu yang lalu, kerna Che Su Rayyan Ariff ada di Shah Alam, kami memilih untuk ke UiTM Shah Alam bertemu dengannya. Sebelum ini Che Su lah yang tidak jemu menjadi pemandu Rayyan Ariff ke sesi terapi pada hari biasa, dan setelah Che Su mengikuti pengajian di UiTM Machang, maka kami menghimpunkan semua sesi pada hari sabtu.
.Sepanjang perjalanan, saya hanya membiarkan Rayyan Ariff dengan lenanya.. Recharge battery untuk sesi fisioterapi..
.Rayyan dan Che Su
.
Che Su datang ke UiTM Shah Alam kerana mewakili UiTM Machang dalam beberapa acara sukan..
.Makan tengahari kami. McD menjadi pilihan kerana Rayyan Ariff masih lagi hanya bisa memakan bubur sahaja.
.
Usai makan, kami terus sahaja bergerak ke SDMC untuk sesi fisioterapi ditemani Che Su dan rakannya. Kata Che Su, rindu pada Sarjit iaitu therapist Rayyan Ariff. Setibanya kami di hospital, terus sahaja kami ke tandas untuk menukar lampin Rayyan Ariff dan menyegarkan badannya.
.
Memandangkan tandasnya agak luas dan bersih, saya terus sahaja memandikan Rayyan Ariff agar dia lebih segar untuk sesi fisioterapinya..
.Mandi air suam memang best! =)
.
Setelah mengenakan pakaian pada badan Rayyan Ariff, terus sahaja kami bergerak ke Rehab Centre.
.Terpaksa mengulang pakai baju yang sama pada Rayyan Ariff kerana bibik hanya menyediakan shorts dan sleeveless-T sebagai baju persalinan.. Kasihan pula kalau mahu dipakaikan baju tanpa lengan dan seluar pendek dengan aircond hospital yang kuat..
.
Sewaktu kami tiba di rehab centre, masih ada seorang pesakit yang sedang melakukan terapi. Sementara menantikan giliran kami tiba, saya cuba memenuhkan masa lapang Rayyan Ariff dengan sesuatu yang digemarinya agar dia tidak bosan.
.
Membaca @ membelek buku.. :P
.
Setelah sesi terapi berakhir, kami terus bergerak menghantar Che Su dan rakannya kembali ke UiTM Shah Alam dan terus pulang ke Ampang. Kami tiba di rumah jam 6pm dan di saat itulah 'serangan' itu bermula..
.
Kalau dilihatkan jadual hari sabtu Rayyan Ariff sememangnya memenatkan. Berulang alik untuk dua kali dalam masa sehari dari Ampang ke Subang Jaya mungkin agak sukar untuk anak sekecilnya. Namun kerana saya sayangkan therapists Rayyan Ariff yang sangat berdedikasi, maka saya sanggupi sahaja kesemua ini.
.
Pernah saya berkira-kira untuk menukarkan sesi terapi pertuturan dan carakerja ke Gleneagles, Jalan Ampang dan hanya meneruskan fisioterapi sahaja di sana, namun saya masih belum berbincang dengan Rehab doctor Rayyan Ariff lagi.. Tengoklah nanti..
.
Untuk anak sekecil Rayyan Ariff, saya rasakan dia cukup kuat apabila harus melalui jadual yang padat ini dan masih memberikan kerjasama yang baik untuk setiap sesi. Kalau Rayyan ARiff sebegini kuat, saya tidak boleh kalah dengannya.. =)
.
Tentang 'serangan'? InsyaAllah, to be continued in the next entry..

11 comments:

shaliza said...

Salam,betul tu kalau ank sekecil Ian sekuat itu, kenapa kita nak tunjuk lemah kan...be strong Jiey,InsyaAllah doa kami semua akan menguatkan lagi semangat kalian sekeluarga....

aSmiDar said...

Ian dah sihat ek skg??
Mujurlah..
sayang Ian..:)

Noina said...

ibu baca pun dah penat Ian tgk jadual kamu yang padat..takpe..demi kebaikan juga kan..Go Ian go.. :)

Jiey..penat lelahmu terbayar dengan pencapaian Ian sekarang ini.. Alhamdulillah..

Marsha~ said...

ooowwwhhhh... rayyan sgt sexy mandi dalam sinki... heuheuehueheu... cepat update jiey.. nak tau sgtni..

MaMaNuRiN said...

wahhh rayyan mmg anak yang kuat semangat, kalau mamanurin, sure dah tertiarap kepenatan...yeah, ibu rayyan pun kena kuat mcm rayyan kan..his so lovely dgn che su dia..cute sgt

transformed housewife said...

Jiey wat semuo utk kebaikan Ian. Tula sbbnya Ian pun kuat.

sayangsayangibu said...

terserlah ketabahan di raut wajah
terserlah kekuatan ryyan ariff menempuh segala ujian yg terpaksa diharunginya
semoga tabah..........

iCaLoVeZiE said...

Senang dok kl. ada macam2 theraphy. bab ni dok rural area memang fail. :(

Rizziela said...

Sukannya Rayyan dapat jumpa che su dia yer

littlehumblelynn said...

jiey

u ibu yang kuat !!proud of u,im thinking to come over to ur place.im staying at ampang too..so touched read through this blog..

CikPuanMiera said...

rayyan..

hmm speechless

auntie doakan semoga rayyan sihat2 saje.. amin :)