Monday, August 16, 2010

Bertemujanji dengan pakar bedah neuro..

Hari ini, kami akan menjejakkan kaki ke PMC Bangsar lagi.. Tujuannya adalah untuk menanggalkan pembalut dan membuka jahitan pada kepala Rayyan Ariff. Sudah dua tiga hari sup ikan haruan menjadi santapan anak kecil ini.. Harap-harapnya, luka Rayyan Ariff baik-baik sahaja..
.
Dan pada sesi pertemuan dengan Dr.Wong ini juga ingin saya manfaatkan dengan berbincang tentang perkembangan sel otak Rayyan Ariff. Tidak sabar rasanya.. Semoga ada berita baik buat kami sekali lagi..
.
Dan ini, aktiviti kami pada hari sabtu dan ahad semalam.. Tidak ke mana-mana kerana Rayyan Ariff masih lagi dalam proses pemulihan walaupun lasaknya bukan main lagi.
.Membaca dengan bibik.. =)
.Khusyuk menonton TV.. Tidak sedar langsung mama yang sibuk merakam gambarnya.. :P
.Bahagian yang dicukur botak sudah ditumbuhi rambut selepas 2 atau 3 hari.. Cepat benar.. Kami masih belum berkesempatan membawa Rayyan Ariff ke salon.. Mahu membotakkan sepenuhnya agar tumbuh sekata menjelang hari raya nanti..
. Kaki kecil, bila mahu berjalan?? Mama akan kerap berdoa untukmu.. Semoga ada keajaibanNya lagi untuk kita di bulan Ramadhan yang mulia.. =)
.
Lasak Rayyan Ariff bagaikan tidak pernah dibedah. Mengesot ke sana ke mari bagaikan tidak punya masalah.. Tapi mujur juga hanya bahagian kepala yang dibedah kali ini, kalau bahagian perut turut juga terlibat seperti dahulu, tentu sukar sekali untuknya bergerak dan proses pemulihan juga pastinya akan lebih memakan masa.. Tuhan itu Maha Adil.. =)
.
Dan buat teman-teman bloggers sekalian yang sudi meninggalkan komen pada entri-entri terdahulu, terima kasih kerana sudi mendoakan kesejahteraan putera kami. Hanya tuhan yang dapat membalasnya.. Maaf kerana tidak mampu membalas komen satu persatu.. Dan kepada mereka yang membuat entry khas untuk Rayyan Ariff (you know who you are, thanks guys!)..
Tak lupa juga buat teman-teman FB.. =)

10 comments:

adianiez AIDA said...

aduh. sayu membaca. berat mata memandang, berat bahu yg memikul. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, jiey. terus berdoa di bulan Ramadhan ni, insya'Allah dikabulkan. moga putera jiey sihat & kekal aktif. bakal memeriahkan waktu di hari raya nanti, selama2nya...

Kerikil Kehidupan said...

Alhamdulillah..Ian sudah semakin sembuh...lega hati umi dengar...Harap ian terus sihat dan bergembira menyambut lebaran....
Buat Jiey...Selamat berpuasa....

iCaLoVeZiE said...

Aunty juga doakan ian berjalan nanti.biar pening kepala mama nak kejar ian ya..

wanie_kashfi said...

jiey,

sayo baru ada kesempatan buka blog awk ni. Semoga Ian cepat sembuh, jumpa raya ni yer...

aSmiDar said...

dah sihat dah budak comel ni..
pasni cepat2 berjalan pulak yer..
acik eda doakan...:)

linziana said...

Semoga ada berita baik buat rayyan.... :)

Min said...

alhamdulillah melihat rayyan dah recover... semog dia terus dilimpahi kasih sayang Ilahi...

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

sedih tgk kepala Ian kena badah tu...semoga Ian cepat sembuh yer...

MaMaNuRiN said...

alaaa..tak sampai hati mamanurin nak tgk gambar rayyan ni...mama terasa sakit sgt tengok..kuatnya rayyan ni..tak nangis pun..moga terus kuat dan bersemangat yer budak handsome..begitu juga buat mama and papa dia..allah maha adil, insyallah pasti akan berbaloi pengorbanan kalian semua untuk rayyan..

mahyudin said...

Moga ALlah terus beri kesembuhan kepada Rayyan, sesungguhnya Ramadhan memang membawa keajaiban... insyaAllah Rayyan pasti boleh berjalan nanti, kami doakan!