Monday, March 5, 2012

Bukan hanya air mata~

Hidup berkisar pada banyak perkara, ada duka dan ada suka yang tersendiri. Tidak adil untuk hanya memperincikan tentang cabaran dan kepayahan, kerana di setiap kepayahan, pastinya ada seribu kemanisan yang menanti.. 
.
Saya bersyukur kerana diberikan peluang olehNya untuk menjadi ibu kepada Tuan Rayyan Ariff dan Puteri Rifa Aleesya. Menjadi ibu kepada anak istimewa dan tipikal pastinya cukup berbeza.. Lain cabaran, maka lain juga bentuk kesabaran yang diperlukan..
.
Yang pasti, di setiap saat yang ada, saya amat-amat bersyukur dan gembira dengan kurniaan ini.. Ada sahaja telatah mereka berdua yang menyinari hari saya.. Ada sahaja gelagat mereka yang mengundang tawa kami suami isteri.. ;-)
.
Abang, kalau nak baca buku sekali pun, tak payah la parking kat muka Adik!

Tekun sungguh Abang kita ni.. Yo yo je.. Cam nak exam.. :-)
.
Bila Adik tolak-tolak buku ke atas coz nak lepaskan diri, Abang pulak tekan-tekan ke bawah coz nak betulkan buku dia.. Hahahhaha.. Lawak la diorang ni.. :-)
.
Semalam, Abang Ian mintak nak makan nasi sendiri.. He nicely scooped his food and put it into his mouth.. Well done Abang!
.
Bila mana saya mahu menukar baju Adik, Abang akan cepat-cepat datang.. Menolong sekadar yang mampu.. Biasanya, dia akan bertugas untuk menanggalkan stokin Adik dan menghulurkan barang pada Mama.. Kalau saya pangku Adik, dia akan menunjukkan pada dada saya, suruh susukan Adiknya.. Caring kan?
.
Sememangnya, berdua lebih baik! ;-)

12 comments:

Ina said...

Comel. InsyaAllah Ian pn makin cpt pandai bila ada Adik Rifa. Adik Rifa pn mcm tu juga. Nyesal xbg adik cepat2 kt Ihsan hihi.

Eray Majid said...

caring nye abg ian...geram jek tgk rifaa tu, cam nak gigit2 :)

Eray Majid said...

caring nye abg ian, untung rifaa ade abg yg caring :)

AdaM Hawa said...

elok je adik tak menangis abg ian baca buku atas muka adik ya..
cute mereka berdua..

Miss Fadhilah said...

alalla comel betul abg ian neyh!!! adik pon mcm nk mkn buku jah 2...ehheh

zura_habibhaariz said...

beli jer hok baru

zura_habibhaariz said...

so sweet:-)

Anonymous said...

abg ian so cheeky.nak bacakan buku dkt adik tue :).good job abg ian sama2 nak tolong mama jaga adik

Lynn Abd Latib said...

:-D

alhamdulillah,smg lebih kegembiraan buat jiey & hubby dgn kehadiran 2 anugerah Allah ini.

Noina said...

Hehe,comey dak rayyan sengih gitu jiey. Geram lak ina tgk dia.

ch@ said...

so sweet dorang ni. jap-jap, auni penah tak ek buat mcm ni? dia beri adli pensel suruh melukis lagi ada. boleh? hahaaa.

@lfidah @dim said...

abg nak bacakan adik buku tue..si adik tetap maintain chomel...