Thursday, April 5, 2012

"Cantik kete. Semalam race kat mana kak?"

Oh yea, hari ni kita bukak tajuk kereta eh.. Iye la, kan dok mentioned pasal kete before this. Oh yea, ada yang mintak saya publish the comments that made me upset. Taknak la kot.. Since this blog is about my kasih, so I think the content should also reflect the same thing.. What past is past so biarlah.. Org dh mintak maaf, sejauh mana kita nak simpan marah? Marah tak bawa kita kemana-mana pun.. :-)

Ok, berbalik kepada topik hari ini. BTW, kalau Cik Anon nk kata saya show off lagi pun, silalah kata.. Ada aku kisahhhh?? Nampak sangat dia takde kerja and takde jiwa sampai boleh otak dia pikir orang punya nawaitu tu nak menunjuk ke apa.. Cayalahhh *high five*..

Semalam saya blogwalking to a few blogs, something yang dah lama takde masa nak buat sebab masa yang suntuk. So I landed on a few blogs yang cerita macam-macam. Iye la, nama pun belog. Ada yang baru beli kete and amik gambar depan kete pastu upload kat blog. Ada yang update pasal perjalanan beli rumah darilah waktu survey, membawak ke sign agreement, renovation sampailah pindah. Dah pindah, cerita dekor la pulak, sekecil2 pasu pun amik letak kat belog.

Then saya terfikir, "Eh, aku tengah baca citer dia ni, apsal dalam hati aku takde pun kata dia ni nak show off ke apa.. Nape eh?" Then saya realized, it's because every one have different perceptions on blogging. Pada saya, it's an online journal that others can read. Dan biasanya orang bercerita tentang kehidupan masing-masing. Dah memang dia beli kereta baru, dia upload lah gambar kereta dia. Takkan dia nak update pasal jiran dia beli kereta kot.. Dah dia beli rumah baru, tak kisah la dia nak update pasal renovate rumah hatta gambar setiap baris anak tangga nak di update sekalipun.. Dah belog dia, kot kalau kita tak puas hati, klik je pangkah kat atas tu.. Lagi bagus. Kalo tak, sesia je dapat dosa kering sebab mengata orang & buat orang sakit hati..

Ehh, melalut pulak.

Actually, entry ni sebab nak high five dgn Asha Mama Naveed. Yes dear, totally agree. Bawak kete kecik senang nak menyelit.. Hehehehe.. I heart my Kancil lah!
.
My Kancil aka Kaka, sayang weh kete ni.. Actually masa beli dulu, memang penakut kawkaw nak bawak kete.. In fact, masa Rayyan Ariff dah umur setahun lebih kot baru start drive.. Tu pun sebab desperate nak bawak anak gi therapies. So redah la jugak. And sampai la recently, saya memang takut nak bawak kete lain selain daripada Kancil. Sebab tak confident dengan saiz. Takut calar balar tersagat kereta orang.. Takut tak lepas parking and macam-macam lagi la.. So end up, memang bawak kancil je la..

Pernah jugak la kena sound direct dengan my boss, "Why dont you consider buying yourself a new car?" Tanya beliau dengan nada seselamba yang mungkin.. Hok alohhh.. Tau la kete saya dah nak runtuh bos.. Siap dengan muka pelik kot masa tanya tu.. Hahahha..

Then En.Hubby yang kaki kereta ni pun buat la a few things on my Kaka.. Touch up katanya.. So berubah la wajah Cik Kaka kita..


Kete yang banyak berjasa.. :-)

Pernah sekali, masa saya drive thru kat McD, adik yg amik order tu tegur, "Cantik kete Kak.. Race kat mana semalam?" Ok, serius rasa malu gila.. Iye la, kalau la kita ni umur 23 tahun, baru grad, bleh la kot nak rasa bangga.. Ni umo dah 29, tengah heavily pregnant plak masa kena tegur tu, rasa macam, eh, bleh plak ko bawak kete yang budget muda cenggitu.. Kalau orang laki takpe la kot.. Diorang kan tak pernah nak tua.. Hehehehe.. Serius malu! Rasa macam mak buyung tak sedar diri masa budak tu tegur..

Tu pun En.Hubby nak pasang ekzos besar yang bunyi vroom vroom vroom.. Tapi of course la saya tak bagi.. Malu kottt..

Tapi to be honest, since I gave birth to Rifa, baru 2, 3 kali je kot bawak Kaka. Bukan sebab dah kerek since ada Livina. Tapi sebab kereta tu manual and takde power steering. So berat la sket..

Rasanya tak pernah lagi saya citer kat sini the complication that I had when I gave birth to Rifa last time. To cut the story short, luka kat tempat czer tu tak nicely healed.. Masa hari ke 30, luka kat bahagian hujung berdarah.. 5 days later bernanah and 2 days after that, jahitan dia terbukak! So kena la 3 jahitan baru kat tempat luka tu.. Nk jahit 3 jahitan tu pun kecoh satu bilik doktor.. Heheheh.. Ishhh.. Seriau wehh kalau ingat balik!

After 60 days, dah start kerja balik.. Kebetulan plak masa tu Ryyan Ariff sekolah kat USJ, so saya terpaksa bawak kete sejauh 107km sehari Ampang-USJ-Hartamas-USJ-Ampang. Since luka tempat operate pun dok rasa sakit-sakit lagi, my mom bertegas tak bagi bawak kete manual. Dengan traffic jam gamat, harus la berurat kaki dok tekan clutch.. Belum lagi masuk part steering kancil yang berat tu, harus tertarik urat perut makcik! So my mom risau la takut jahitan terbukak lagi and she asked (actually more to instructed) me to drive a car with auto transmission.

Sebagai anak yang patuh, k la.. Kita bawak la kete auto. Nak bawak Livina tak berani.. Rasa macam panjang nau! Sebab memang saya penakut and tak pernah bawak kete selain daripada kancil. Since saya dok rasa Livina tu cam panjang, saya pinjam kete MyVi adik saya.. Seb baik la adik beradik saya jenis tak berkira. Padahal, kete tu baru sebulan lebih kot dia beli..

Then one day, dia nak blk kampung so he has to take his car back. Masa tu memang dah redha nak bawak Kancil balik.. But my mom berkeras tak bagi.. Kata dia, belum pun 4 bulan czer dah nak drive kete manual.. Ok la, malas nak argue, saya cuba-cuba bawak Livina..

Sekali dah bawak, ehhhh best pulakkkk.. Haaa kauuu.. Terus melekat sampai la.. Bila dah confident bawak kete besar, mula la nafsu ni naik mencanak.. Mata ni dah start melilau tengok kete besar kat jalan.. This time, takde dah pandang kete sedan or MPV, terus mak tgk kete yang tinggi-tinggi dah.. Kalau CRV putih lalu sebelah, perghhh.. Buntang mata ko! Tapi angan-angan je la kot.. Besar benar kalo stakat nak ulang alik gi keje..

Then, terberkenan lak kat Suzuki Crossover kaler putih.. Ish, kalau dapat, harus ada yang tido dalam kereta!


Pic source: Google image. *Meleleh air liur ko!*

Bila hati dah berkenan, sibuk la dok google review SUV ni.. Tengok harga and what not. Selalu la dok bertasbih kat telinga En.Hubby pasal kete ni.. Kata dia, "Suka hati la, awak yang nak membayar..".. Errkk, ok, kita kira balance duit dulu.. Tolak sana, tolak sini, ishhh InsyaAllah, cukup ni.. Hehehehe.. Bulat mata ajak En.Hubby gi showroom...

Tapi lepas fikir-fikir balik, nak buat apa kereta baru? Sebab nafsu je kot.. Kalau betul nak bawak kete baru, bawak je la Livina tu.. Baru 5 bulan pun umur dia.. Takde masalah pun.. Nak kereta auto? Livina tu kan auto.. Nak kereta jimat minyak? Crossover tu bukannya jimat mana pun.. 1600cc tu.. Baik beli Viva je kalo betul nak kete jimat minyak, ada power steering and auto transmission..

Tapi kalau amik Viva, sama jugak dgn isi minyak extra.. Yea la, installment lagi, servis lagi.. So tak jimat jugak.. Lagi pun, kami memang tak perlu dua kereta since En.Hubby bawak motor gi keje.. Dulu masa kete Perdana, memang saya tak berani sentuh la sebab heavily modified. Yang Livina ni suci murni takdak modified mana-mana.. So apa reason yang ada nak beli kereta lagi? Takde..

Lepas buat timbangtara, hati ni terpujuklah yang kami lebih memerlukan sebuah rumah daripada kereta.. Tengoklah rumah sekarang, harga orang dok jual dah lebih RM70-RM80K daripada harga yang kami beli in 2009. Sedangkan kereta, makin lama makin depreciate value dia.. Lagipun, monthly installment of RM1k per month untuk sebuah Crossover, baik la saya invest kat Rayyan Ariff.. Banyak benda lagi nak beli untuk dia ni.. Baik dari segi peralatan, mahupun perubatan..

Owh, ada kawan saya kata, tak salah kita melabur untuk kereta yang kita minat sebagai ganjaran. Ye lah, kita dah kerja penat-penat, nak la bawak kereta best gi kerja.. Baru la rasa semangat nak drive.. Hehehehe.. Takpe la, saya kerja penat-penat untuk anak-anak.. Kita makbapak ni gitu la kan.. Jujur saya kata, kalau la sebuah pendengaran itu boleh dibeli, saya sanggup kerja mati-matian dan jual segala harta benda untuk beli n bagi pada Rayyan Ariff.. Hahaha.. Saiko!

As a conclusion, saya akan tetap setia dengan my Kaka.. After 6 months from the date of my cesarean nanti, nak start bawak my Kaka balik.. Harap-harap, lepas sebulan lagi ni dah tak rasa sakit sangat dah kat tempat luka tu and bleh la melasak sket.. For the time being, kita lenjan la kete ni dulu yea.. Hehehehe..

En.Hubby panggil Livina Impul ni kete saya sebab dia takleh nak modify. Memang saya tak bagi sebab Perdana dulu bumpy gila lepas dia modified. Kaka lak kete dia sebab leh modify.. Heheheh.. ;-)
Tapi, baik kete Mama ataupun kete Ayah, dua-dua takleh lawan kete Ian yang atuk bagi.. 

 Sport rim kilat leh buat cermin! 

Kata Ayah Chik, "Amboii Ian, harga kete dah sama dengan harga sport rim Ayah Chik.." Itu la, Atuk ni kalau Ian bukan main lagi.. Kitorang adik beradik dari dulu sampai sekarang, takde pun nak merasa.. Kan Ayah Chik, kan?? ;-P

Oh, ada kawan yang tanya, "Wan, apa jadi ngan Kancil? Nak jual ke? Kalo jual berapa? RM4000 ehh??" Cehhhh.. Kena lagi!! Ada ke dia taruk RM4k! Huhuhu.. Takpe la Kaka, orang kutuk Kaka pun, akak tetap sayang Kaka.. :P

13 comments:

Mama Naveed said...

Hehehe.. Kereta kecik mmg senang nak cilok2 n parking tp asha surender ngan kancil sbb terkial2 bawak manual.. Hahaha.. Jadi wt mase skrg ni dok bawak la kereta wira hubby yg die beli dr zaman lom kawen dulu sbb auto..

Same la mcm asha gak sbb hubby g keje naik motor, so agaks x berbaloi kalau nak beli kerete sendiri2 walaupun teringin sgt nak beli wish tu..tp sbnrnye tak confident sbb die besar n tgi..

Skrg since die da beli alza, die asyik ckp, "bawak je la kereta yg sedia ade ni, klau awak nak beli kereta lain, tgu naveed da ade driving licence nanti.." Hahahha.. Seems to be berbelas tahun lg..

Tp tetap syg kereta wira tu sbb da byk kali calarkan pun tetap xkena marah.. Wakakakakak.. Siap paling best leh langgar tiang kat bumper belakang smpai pecah! ;)

littlehumblelynn said...

K.lin pun masih pko kenari cabuk tuh.yg pki vios adalah hubby.teringin nk mpv,tggu ank ramai sikit.huhuhu

yatie chomeyl said...

jange lasok sgt mokcik weh. samo la kito, kdg2 ore saloh anggap oyat ambo ni riak sbb sokmo cerito pasal kepandaian SN..eh doh meme anok ambo pandia, keno la nunjuk (ayat koya seorang mak* hahaha astghfirullahhalazim... segala2 tpluang ko niat la jiey deh..

btw, comey keto abe Ian..nanti aidk SN nok tupe retep deh..buleh la buleh la abe Ian

Eliss Mie said...

sama la keta ian dengan nuha :)
saya hari2 duk berzikir suh jual keta skang kat hubby. dia sayang sebab tahun depan abes bayar.terpaksa laa kawe pakai keta tu sehingga akhir hayat ;p

angahjamal said...

erm... mcam sama citarasa la... saya suka bawa kete 'tinggi' coz kami ada pajero n akan ada triton vgt launched mac baru nie (show off....hahahah). tapi itu kete husband bw kije. dulu ingat kete beso susah handle. rupa2nya lagik tinggi n beso, lagik mudah. nmpak luas and semua nmpak. nk parking pon senang.

skang i pakai kete buatan malaysia jek..dh abih byr n teringin beli kete baru. asyik rece mpv n sama taraf dgn nya jek la nie..tapi bila baru2 nie terbawa kelisa abang, eh...mcm rasa best lak. senang handle kete kecik n minyak giler save..so... tgh berkira2 lak, nak amek kete beso ke kete compact yg comey ek???

kena pk bnyak kali nie... setakat nak show off mmg mampu amek kete beso, tapi biler pk keperluan, kete biasa2 pon ok. tak beli kete baru pon tak per coz kete skang nie pon ok jek lagik..baik mthly payment kete baru, kita wat benda len yg lebih berpekdah.

tapi klu nak show off pon, per salahnya... lntak kita la ek... blog kiter....kahkahkah....

Syafinaz said...

Lama x singgah sini.Seronok baca cerita psl kereta : )

mama akid said...

saya senyum sorang2 baca entry akk ni..sedih pun ada..yg penting akk heppy ngn kaka...biarla ape org nk... kaka kan dh banyk jasanya...comel kaka akk...=)

AIN NAZRI said...

chumelnya kete abg Ian.. lagi hebat kete masuk umah.. hehehe.. kaka or livina xleh masuk dalam umah.. ekekeke

make 1 year laa kak baru bawa si Kaka tu. bagi betol2 kuat dan kemas jahitan operate tu.. ye laa.. ain paham kalu kete yg xde power streng ni.. jenuh memulas.. since idop KL ni penuh dgn jam. jadi livina tu better. esok2 kalu jahitan dah ok.. leh lenjan ngan Kaka yg putih mulus tuh.. apa2 pon please take care kak

me suya said...

same goes here.. my first car kancil.. masa tu rezeki mak bg masuk U.. Then skrg dah kerja, amik keta lain... tp once me balik... me mesti usap2 n bawa jugak si kancil tu.. Miss Whitey kesayangan

ieda said...

advantage keta kecik...senang cilok & senang parking.
disadvantage...gerun bila berada in between treller @ bus....hehe

setuju la dgn jiey...lebih baik beli rumah dari beli kereta.simpan tak rosak...nanti boleh bg anak2.value pun makin naik (ikut lokasi jugakla).

Pnut said...

youuuu i terasa youuuuuu kata beli rumah citer kat blog... renovate umah citer kat blog... hiks...

tapi as u said, blog kiter... suker ati kiter la kannn??

alza abdullah said...

salam perkenalan kak jiey, selama ni jadi silent reader unuk blog kak jee je, walaupun saya masih muda namun pendapat saay sama mcm kak jee keetaa mmg sedap nak show off, yela makin besar keta ni makin rase bangga, mmmg la makin mahal hage keta makin selesa namun kalau difikirkan rumah tu lg penting, menjamin keselesaan n bleh dapt modal sumer.. xpe la saya doakan semoga Rayyan yg ckeeky tu sentiasa ceria dan gembira mana la tau rezeki dia di satu masa nanti mampu membahagiakan kak jiey sekeluarga dan menutup mulut2 yg mengeci & menghina..tuah manusia kita x tau, tapi Allah swt sentiasa adil buat hambanya..^_^

Yaati Nor said...

Jiey saya rasa elok dah kalau awak nak beli rumah. skrg nie beli umah lagi untung gila2.saya dgn asben beli umah low kos 42k masa bujang dulu. Skrg ni tgh tgu umah tanah kami siap.belum pun mula byr lagi..huuhuhuh..tapi umah tu terlalu besar pulak tok duduk utk keluarga kecik kami..C how la nnt..