Monday, April 23, 2012

Just like me and my brother!

Beza usia saya dan abang saya cuma setahun. Rayyan Ariff dan Rifa Aleesya pula 3 tahun bezanya. Tapi apa yang saya harapkan hubungan persaudaraan ini kekal mesra sebagaimana saya dan adik-beradik saya yang lain.

Berbanding di awal kehadiran Rifa Aleesya, cemburu Rayyan Ariff sudah banyak berkurang. Seronok benar tatkala melihat Abang dan Adik ini bermain bersama-sama. Kelmarin saya terdengar bebelan En.Hubby yang membuatkan saya tergelak sendiri..

"Ish, Rifa ni, apa yang Abang pegang, dia nak ambik. Apa yang Abang ambik, dia pun nak pegang.. Kang Abang lepuk kang, sakit.."

Kelakar. Bebelan untuk anak kecil berusia 5 bulan 20 hari. Macamlah Adik faham.. Mungkin berpegang pada prinsip Melentur buluh biarlah dari rebungnya.. Hehehehe..

Abang dah elok jeling bila mana Adik try nak ambik kereta polis dia.. :P

Pernah di hadapan saya, Rayyan Ariff cuba berkasar dengan Rifa Aleesya sewaktu adiknya itu bermain dengan permainannya. Takut pula tengok marah si Abang yang sewenang-wenang cuba memukul dan menarik tangan Adik. Sudahlah begitu, wajahnya merah bagaikan menahan tangis. Mungkin cemburu apabila saya memberikan perhatian pada Adiknya.

Untuk Rayyan Ariff, kami juga tidak terkecuali daripada menerangkan kepadanya, "Jangan buat Adik. Adik will be in pain.." Sejauh mana pemahaman dia, kami tidak tahu. Namun saya akan pastikan dia mencium Adiknya setiap kali dia berkasar pada Rifa Aleesya.

Time kongsi main elok-elok pun ada.. :-)

Pernah sewaktu Rayyan Ariff sibuk 'membaca' bukunya, Rifa Aleesya datang dan cuba 'merampas' buku Abangnya. Cepat sahaja saya berikan buku yang berlainan untuknya. Si Abang memerhati cuma.

Mata saya pula tidak lepas dari mengawasi kedua beradik ini. Setelah seketika, Rayyan Ariff mencium dahi Adiknya. Comel. Ada rasa sejuk pada dinding hati.. Untuk kedua kalinya, Rayyan Ariff merapatkan hidungnya ke wajah Adik. Saya masih menjadi pemerhati yang setia. Kali ini bukan ciuman, tapi Rayyan Ariff menjilat adiknya! Hahaha.. Masih comel.

"Ian, apa 'rasa' Adik? Manis ke tawar?" Saya bertanya dalam ketawa.

Deria rasa Rayyan Ariff masih di tahap yang rendah. Tangannya belum cukup untuk memberi sensasi yang cukup lantas lidahnya dijadikan saluran deria rasa alternatif untuk dia menghayati sesuatu objek.

Buku kereta sorang satu.. :-)

Adik pula, di dalam fasa cubaan untuk merangkak. Setakat ini hanya selangkah yang berjaya dilakukan. Bergoyang-goyang badan tatkala dia cuba mengimbangi badan di dalam posisi merangkak. Comel. Mungkin kerana saya biasa melihat kanak-kanak berusia 3 tahun merangkak iaitu Rayyan Ariff, apabila saya melihat Rifa Aleesya, serasa terlalu kecil pula dia.. :-)

Segala kesyukuran saya panjatkan kepadaNya di atas kurniaan ini. Menyayangi seorang anak lelaki agak berbeza dengan menyayangi anak perempuan. Kasih yang ada sama banyaknya. Cinta yang ada tidak sedikit pun berlainan. Cuma cara yang membezakan. Untuk anak lelaki, terasa sedikit manly. Untuk anak perempuan pula, terasa kemanjaannya. Tersangat halus dan feminin.. Hahahaha.. Emo di situ, maklumlah, masih terbuai dengan pesona seorang perempuan.. :P

Yang pasti, baik Rayyan Ariff atau pun Rifa Aleesya, kedua-duanya anak emak. Untuk Rayyan Ariff, saya punya 'under blanket approval' untuk mencium atau menggomolnya semahu hati. Tiada marah dan tidak juga dia mempamerkan wajah kurang senang. Kalau Ayahnya yang mencium, cepat sahaja tangannya menolak muka Ayahnya. Kalau sudah geram sangat, ditarik rambut pula.. heheheh..

Mungkin kerana sedari kecil saya jadikan amalan untuk mencium dan memeluk Rayyan Ariff. Sering saya katakan padanya, cium dan peluk tanda Mama sayang Ian. Mungkin pernyataan itu melekat padanya.

Rifa Aleesya pula sama sahaja bagai anak kecil yang lain. Tengok Mama, meraunglah jika tidak diambil. Maka sesibuk mana pun saya, saya akan pastikan ada waktu untuk saya bermain dengannya. Waktu saya untuknya tersangat terhad. Mungkin juga bonding yang terhasil melalui penyusuan susu ibu yang mengikat kami. Sekarang Rifa Aleesya sudah pandai menghulur tangan minta didukung. Kalau di atas dukungan Mama, apabila ayah hulurkan tangan mahu mengambilnya, cepat sahaja dia menoleh ke belakang. Tanda tidak mahu. Kalau di dukungan ayah, bila sahaja mama hulurkan tangan, laju sahaja dia datang.

Betul kata Yatiey Chomeyl di dalam komennya pada entry lama saya *sudah lupa entry yang mana*, tak kisah la anak yang keberapa, memang akan jadi anak manja emak.. =P

5 comments:

Rozuan Ismail said...

wah, harap besar nanti boleh berbaik2 lah

Sherwieyna Muzzawer said...

salam kenal. i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

Cik Cammy Lia said...

suke bace blog akk...xtahu nk ucap kata2 yg cmne..semoga akk berjaya harungi segala dugaan dgn kehadiran 2chaya mata yg tidak ternilai ini :-)

yatie chomeyl said...

haha ore pun xingat entry mano hok ore tulis gitu, tp meme anok no berapo pong...seorg mak tu meme akan syg anok dio sepenuh jiwo rago cumo mungkin raso tu lain utk girl & boy ;)

harap2 baby SN Jr ni girl la, leh ore raso gapo yg jiey raso lo ni ;)

transformed housewife said...

kalau dah adik beradik tu, mmg ada masa berbaik dan ada masa bergaduh. bila besar biasanya akan jd rapat.