Monday, April 9, 2012

Hanya kekuasaan Allah SWT dan kekuatan dirinya..

Sewaktu sesi fisioterapi pada hari Sabtu yang lalu, Rayyan Ariff berdiri dengan sendirinya.. Lama.. Lebih lama dari kebiasaannya. Yang lebih menggembirakan ialah, bukan sekali, malah 3 kali dia berdiri..

Berdiri tanpa sokongan. Berdiri tanpa bantuan. Yang ada hanyalah kekuatan kakinya. Yang ada ialah keupayaan mengimbangkan badannya sendiri.. Yang nyata adalah nikmat dan kekuasaan Allah SWT yang terlalu agung.. 

Yang ada cuma satu, anak mama yang hebat dan kuat..

InsyaAllah, Mama harap Abang Rayyan akan menapak sendiri tidak lama waktu lagi.. 

Doa. Hanya itu yang mama ada. 
Ya Allah, semoga setiap satunya urusan anak ini Kau permudahkan. Aminnnn..

13 comments:

shaliza said...

Allahuakbar....Alhamdulillah:-)

mama ami rania said...

Allhamdulillah..saya tumpang gembira..

Lynn said...

Jangan putus asa..kuatkan semangat demi Rayyan..

the triplets said...

rayyan dah semakin besar dan ceria..

Angah said...

semoga Allah memudahkan segala-galanya...amin

AIN NAZRI said...

alhamdulilah.. seronoknya tgk perkembangan abg Ian. mesti Ian bersungguh2 nak berjalan sbb nanti leh jalan pimpin tangan adik Rifa kan.. usaha lagi Ian

me suya said...

Alhamdulillah.. Ian sangat baik...

yatie chomeyl said...

lepas ni abe Ian leh tolak stroller adik rifa, jalan2 kat taman pete2..go abe ian go!

Anonymous said...

ini bukti Kekuasaan Allah..ini juga hasil kegigihan kamu selama ini duhai ibu..
pedulikan kata nista yg mengusik rasa..persetankan pandangan jelik mereka yg tiada punyai hati..
tabahkan hati dengan cara kamu sendiri..Allah takkan menguji hambanya diluar yg termampu..

oren said...

Abang long Ian-well done!

Anonymous said...

Alhamdulillah..

Mama Naveed said...

Good job abg ian.. Name pun abg kan.. Hehehe ;)

Rozuan Ismail said...

InsyaAllah, tuhan lindungi ian